Friday, December 23, 2016

ALAM BARZAKH - (KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH)



Ulamak mengatakan mati hanya sekejap sahaja. Bila roh berpisah daripada jasad, roh itu diangkat ke langit dan kemudian turun terus hidup semula.

Bila mayat dimasuk ke dalam kubur mayat berbau tanah kubur dan boleh nampak dua malaikat berdiri di hujung kaki berwarna hitam kebiru-biruan menunggu saat untuk menanya soalan.

Bila liang lahad ditimbus dengan tanah paras lutut malaikat Munkar dan Nakir terus berdiri di depan mayat. Di masa itu malaikat menghalau sembahyang, halau zakat, halau haji dan halau semua ibadat kecuali satu sahaja yang malaikat tidak boleh halau.

Apa dia?

Iaitu Quran yang dibaca sebelum sembahyang Subuh

Firman Allah Ta’ala:

“Quran yang dibaca sebelum Subuh akan menjadi peguam bela kepada kamu waktu berada di alam barzakh.”
 
Malaikat tanya soalan. Ada orang ditanya selama lima minit selesai. Ada orang ditanya berpuluh-puluh tahun tidak selesai kerana tidak dapat jawab soalan.

Orang yang boleh jawab soalan, lepas selesai sahaja malaikat sandar di dinding kubur berkeadaan duduk berlunjur kaki. Hadis sebut orang itu boleh nampak kain kafan turun ke bawah dan Allah tunjuk hari pertama di alam barzakh iaitu matahari mula jatuh.

Lalu orang itu berkata:

“Wahai malaikat aku belum sembahyang Asyar lagi.”

Malaikat berkata:

“Tiada solat untuk kamu, tidak ada haji untuk kamu, tidak ada lagi zakat untuk kamu. Kamu sudah berada di alam barzakh sekarang. Tidurlah bagaikan pengantin baru untuk diri kamu.”

Lalu dia tengak tubuhnya di bahagian pinggang dan berkata:

“Oh aku sudah meninggal dunia.”

Di saat itulah Allah datangkan roh-roh orang yang sudah meninggal dunia sebelumnya. Dia nampak roh-roh itu datang menghampirinya dan dia dengar roh itu berkata-sesama mereka:

“Dia baru meniggal, biarkan dia. Dia penat lagi.”

Dia berkata:

“Saya tidak penat. Kain kafan ini anak saya yang pakaikan.”

Dia menceritakan siapa yang membawanya ke kubur. Jadi di alam barzakh hidup.

Firman Allah Ta’ala:

“Bahkan kamu hidup.”

Rasulullah kata:

“Aku tidak pernah tengak huruhara sebagaimana dahsyatnya huruhara di alam barzakh. Tidak ada suasana yang lebih teruk daripada itu. Siapa yang selamat di alam barzakh maka selamatlah ia di alam mahsyar.”

Jadi sesiapa yang tidak selamat di alam barzakh maka tidak selamatlah di alam mahsyar. Oleh itu kita kena bersedia mulai dari sekarang semoga kita selamat di alam barzakh dan seterusanya berakhir di syurga Allah.

Bila tiba masanya kita dipaksa oleh Allah bangkit di padang Mahsyar, berdiri, berjalan dan dimasukkan ke dalam syurga bagi orang beriman. Sebaliknay orang tidak beriman berakhir di neraka. Nauzubillahi minzalik

SOAL JAWAB
 
Soalan 1:

Adakah kesakitan itu salah satu cara Allah hendak menebus dosa orang mukmin.

Jawapan 1:

Bagi orang mukmin kesakitan masa dekat hendak mati Allah untuk mengampunkan dosanya. Ini disebut dalam hadis nabi SAW. Bila mati dia bersih daripada dosa dan beruntunglah dia.

Bagi orang tidak beriman, tuhan tidak beri kesakitan masa hendak mati kerana Allah hendak menebus kebaikan yang dibuat atas dunia dan bila mati dia tidak boleh mengungkit-ungkit kebaikan yang dibuat atas dunia dulu.

Soalan 2:

Bagaimana pengetahuan mengenai kesakitan ketika hendak mati diperolehi

Jawapan 2:

Iman Ghazali kata pengetahuan atau ilmu itu diperolehi berdasarkan kepada pengamatan orang sakit masa hendak mati dan digabungkan dengan hadis-hadis nabi SAW serta daripada ayat Quranul Karim.

Soalan 3:

Adakah semua orang akan lalui kesakitan itu?

Jawapan 3:

Ya semua orang akan lalui kesakitan itu tetapi berbeza berdasarkan kepada amalan masing-masing atas dunia.

Soalan 4:

Adakah tanda-tanda tertentu sebelum seseorang itu meninggal dunia?

Jawapan 4:

Ya ada tanda-tanda tertentu yang Allah kurniakan. Berbagai notis diberi Allah SAW bagi seseorang sebagai tanda kematian.

Tanda-tanda besar seperti uban, gigi banyak gugur, kulit berkedut, mata kabur dan ingatan meleset. Kadang-kadang diberi penyakit semakin hari semakin banyak. Sahabat-sahabat yang sebaya umur mula meninggal dunia.

Ada tanda-tanda yang hampir dengan kematian. Antaranya hidung mula jatuh, mata hitam mula berubah menjadi putih dan seumpamanya. Ada orang yang Allah jadikan tanda seperti teringin minum minuman yang dia tidak biasa minum.

Kereta ada signal bila minyak kurang. Manusia pun tuhan jadikan begitu juga. Mata kabur, gigi tidak boleh makan makanan tertentu dan di saat akhir makanan disuap keluar semula. 

Soalan 5:

Ketika jenazah di masuk dalam kubur adakah roh atau kedua-dua roh dan jasad yang dapat merasai kesakitan.

Jawapan 5:

Kedua-dua roh dan jasad akan terasa. Ulamak-ulamak berkata semasa pengkebumian berlaku dua-dua terasa. Oleh itu berlemah lembutlah dengan mayat kerana Rasulullah menyebut berlemah lembutlah dengan mayat. Jika berkeras dengan mayat roh dan jasadnya terasa sakit.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment