Firman Allah Ta’ala surah al-Imran (surah 3)
ayat 26:
قُلِ
اللّٰهُمَّ مٰلِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ وَتَنْزِعُ
الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَآءُ ۖ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَآءُ
وَتُذِلُّ مَنْ تَشَآءُ ؕ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ؕ اِنَّكَ
عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Katakanlah
(wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau
kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan
Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu."
(QS. Ali 'Imran 3:26)
(QS. Ali 'Imran 3:26)
Ayat itu
menjadi wirid sembahyang kerana diulangi bacaannya tiap-tiap lepas sembahyang
oleh imam-imam di dalam masjid atau pun sembahyang di rumah. Ayat ini diajar
oleh nabi SAW maka kita ikut nabi SAW berwirid selepas sembahyang. Ayat ini
berkait dengan pemerintahan.
Allah
Ta’ala menyatakan Dia mempunyai pemerintahan. Dia memberi kepada sesiapa dan
menarik daripada sesiapa. Pemerintahan dalam bahasa Melayu, dalam bahasa Arab
al-Mulk dan dalam bahasa Inggeris politik. Jadi baca ayat politik lepas
sembahyang. Ayat ini mengingatkan kita bahawa kuasa yang mutlak, yang tidak
boleh dipertikaikan dan yang kekal selama-lamanya adalah kerajaan Allah SWT.
Kerajaan-kerajaan
yang ada di atas dunia semenjak nabi Adam sehingga hari kiamat, sama ada
kerajaan itu adil atau kerajaan zalim semuanya tidak kekal. Masyarakat yang
dipimpin oleh nabi
Adam AS, tiba ajal semuanya habis.
Kerajaan
nabi Yusuf AS yang berkuasa dalam bidang pertanian dan sumber negara ada
ajalnya dan tinggal cerita sahaja.
Kerajaan
nabi Daud AS yang menjadi ketua negara tamat ceritanya.
Kerajaan
nabi Sulaiman AS yang memerintah negara paling besar dalam sejarah manusia,
kerajaan yang Allah SWT tidak memberi kepada orang lain sehingga hari kiamat.
Nabi Sulaiman memerintah manusia, jin, binatang, burung-burung yang terbang di
udara, diberi mukjizat menguasai bahasa binatang. Walaupun kuasa kerajaan hebat
tamat ceritanya.
Kerajaan
Zulkurnain, kerajaan yang adil, raja yang adil tamat juga riwayatnya.
Kerajaan
Thaulut, kerajaan Islam yang memerintah Bani Israil, tamat riwayatnya.
Kerajaan
nabi kita Muhamad SAW, diwafatkan nabi, disambung oleh khulafat ar-Rasyidin
selesai riwayatnya. Kerajaan Umar Abdul Aziz yang adil itu memerintah dua tahun
sahaja.
Begitu
juga kerajaan-kerajaan kafir, kerajaan Namruq dan kerajaan Firaun yang disebut
dalam Quran selesai riwayatnya.
Kerajaan
komunis Russia, satu kuasa besar di zaman kita tumbang dan habis riwayatnya.
Kerajaan
macam ajal manusia, tidak selama-selamanya. Kerajaan-kerajaan ini ada ajal dan
tempuhnya. Jangan kita fikir kerajaan yang ada sekarang kekal sampai kiamat.
Kenapa
Allah SWT membuat silih berganti?
Dalam
ayat wirid yang kita baca itu Allah SWT memberi kepada sesiapa dan Allah
SWT menarik daripada sesiapa.
Kerajaan
adalah ujian dunia. Umur kita, kesihatan kita, harta-benda kita adalah ujian.
Allah Ta’ala memberi harta kepada orang baik dan Allah Ta’ala memberi harta
kepada orang jahat.Begitulah politik, adalah ujian daripada Allah. Jangan kita
perlekehkan.
Quran
menyebut Allah SWT akan menyoal berkenaan dengan politik, bukan sahaja mengenai
sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Allah Ta’ala akan memanggil pemimpin-pemimpin
sama ada sultan, raja, maharaja, presiden, perdana menterI atau wakil rakyat
untuk dibicarakan. Macam ibu-bapa dipanggil oleh Allah Ta’ala dan dibicarakan
bagaimana anak-anak dididik.
Firman
Allah Ta’ala surah Sajadah (surah 32) ayat 24 dan 25:
Allah
SWT berfirman:
وَ
جَعَلْنَا مِنْهُمْ اَئِمَّةً يَّهْدُوْنَ بِاَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوْا
ؕ وَ كَانُوْا بِاٰيٰتِنَا يُوْقِنُوْنَ
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (QS.As-Sajdah 32:24)."
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (QS.As-Sajdah 32:24)."
Allah
SWT berfirman:
اِنَّ
رَبَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ فِيْمَا كَانُوْا
فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ
"(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukum-Nya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya (QS.As-Sajdah 32:25)
"(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukum-Nya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya (QS.As-Sajdah 32:25)
Jangan
kita fikir bila dapat RM50 atau RM500 maka selesailah. Tidak selesai kerana
akan dibicara di akhirat kelak. Mengundi
adalah politik, memilih pemimpin dan seterusnya memilih kerajaan yang
memerintah
Firman
Allah Ta’ala: “Ingatlah pada hari kiamat kelak Kami panggil tiap-tiap manusia
dan pemimpin yang dipilih, pemimpin yang dia ikut di atas dunia, dan suratan
amal bukan sahaja suratan amal berkait dengan berniaga, bercakap, bercocok
tanam, termasuklah pemimpin yang dipilih. Barangsiapa yang mengambil suratan
amal dengan tangan kanan mereka tidak dizalimi, barangsiapa yang buta mata
hatinya di dunia, di akhirat lebih sesat dan lebih buta lagi.”
Jadi
masalah negara satu masalah yang besar. Islam
mengajar memilih pemimpin yang tahu dosa dan pahala. Rakyat kena belajar tahu
dosa dan pahala. Masa depan umat mesti ditadbir dengan cara politik yang betul.
Dalam
negara yang mengamalkan demokrasi yang sihat rakyat diberi peluang menjadi
hakim melalui pilihan raya. Jika kerajaan membuat salah rakyat menghukum dengan
menjatuhkannya dalam pilihan raya, pilih kerajaan lain pula. Pilihan raya dalam
sistem demokrasi diambil oleh orang barat setelah mereka belajar daripada orang
Islam.
Sebelum
belajar daripada orang Islam, mereka tidak tahu hendak buat. Di England bila
rajanya zalim, rakyat berarak mengangkat senjata, tangkap raja, tangkap menteri
lalu disembelihnya dan memilih pemimpin yang lain pula. Perkara ini berlaku di
Peranchis, Revolusi Peranchis, berlaku di Rusia zaman Zal, berlaku di Amerika
dan berlaku di mana-mana, sehinggalah mereka belajar daripada kitab fekah
politik yang ditulis oleh ulamak-ulamak Islam.
Apa
yang menjadi masalah kita belajar fekah sembahyang, belajar fekah haji, fekah
puasa, fekah munakahat, fekah politik kita tidak belajar. Dalam fekah Islam ada
fekah politik.
Allah
Ta’ala menyebut dalam al-Quran maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu
supaya kamu menunaikan amanah dengan menyerahkan amanah kepada orang yang boleh
melaksanakan amanah itu dan apabila kamu menghukum, memerintah, mentadbir,
mengurus di kalangan manusia semuanya (tanpa mengira agama dan bangsa)
hendaklah berlaku adil. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu dengan ajaran yang
sebaik-baiknya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Allah
Ta’ala tahu semua dan akan dibicarakan pada hari kiamat. “Wahai orang-orang
beriman taatilah Allah dan taatilah rasul dan ulil amri (pemimpin yang
memerintah dan para ulamak). Sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara
maka kembalilah kepada Allah (Quran) dan kepada rasul (hadis nabi SAW), jika
kamu sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan hari akhirat itulah penyelesaian
yang sebaik-baiknya.”
Nabi kita Muhamad SAW mengajar bagaimana memerintah negara. Apabila nabi tidak
diizinkan memerintah di Mekah nabi SAW berhijrah ke Madinah. Orang Madinah
menerima nabi SAW dan nabi mendirikan kerajaan Islam. Nabi mengajak orang
Muhajirin yang berhijrah dan orang Ansar yang masuk Islam dan mengajak
orang-orang yang bukan Islam dan orang munafik duduk di dalam negara yang
didirikan.
Di
Madinah Allah Ta’ala menurunkan ayat-ayat yang dikumpulkan dalam surah
al-Madiniah. Ayat-ayat ini berkait dengan urusan kehidupan, politik, ekonomi,
pentadbiran, jenayah, undang-undang perang, undang-undang antarabangsa semuanya
ada dalam Quran.
Jadi
nabi mengajar bagaimana hendak mentadbir negara mengikut perintah Allah. Rakyat
tidak boleh menyembah ketua negara macam menyembah tuhan. Jika ketua negara
membuat salah rakyat kena tegur. Jika tetap berdegil, pecat dan ganti orang
lain.
Bila
nabi SAW sudah wafat, para sahabat bermesyuarat untuk memilih pengganti nabi
SAW. Ada tiga calon yang dicadangkan. Pertama Saidina Abu Bakar dicadang oleh
muhajirin. Kedua, Saat bin Ubadah calon daripda kalangan Ansar, penduduk
Madinah. Ketiga Alin bin Talib, calon daripada anak-beranak nabi SAW. Akhirnya
mereka memilih Abu Bakar menjadi khalifah dan semua bersetuju.
Bila Abu Bakar menjadi khalifah, dia naik atas
mimbar dan menyampaikan ucapan politik dalam masjid, “Wahai tuan-tuan semua
yang hadir, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, saya bukan orang yang
terbaik, ada lagi orang yang lebih baik daripada saya. Jika sekiranya saya baik
betul tolong saya, sekiranya saya terpesong perbetulkan saya. Benar adalah
amanah bohong adalah khianat. Orang kuat dizalimi adalah lemah di sisi saya,
saya mengambil hak yang dirampas daripada orang yang lemah dan orang yang lemah
adalah kuat di sisi saya, saya akan membela dia. Tiada sesuatu kaum yang
meninggalkan jihad untuk menegakkan Islam melainkan Allah akan menghinakan kaum
itu.”
Mana-mana kaum orang Islam, bangsa apa
sekalipun jika tidak berjuang menegakkan Islam, bangsa itu akan menjadi hina.
Orang Arab pun menjadi hina jika tidak menegakkan Islam. Melayu pun menjadi
hina kalau tinggal menegakkan Islam. Apa sahaja kaum yang menerima Islam
kemudian tidak berjihad untuk meninggikan Islam kaum itu menjadi hina.
“Taat kepada saya selagi saya mentaati Allah
dan rasul. Sekiranya saya tidak mentaati Allah dan rasul jangan taat kepada
saya.” Itu ucapan Abu Bakar.
Bila Saidina Abu Bakar mati, naik Saidina
Umar memberi ucapan yang sama, Saidina Uthman memberi ucapan yang sama dan
Saidina Ali memberi ucapan yang sama. Pemimpin-pemimpin yang adil dalam
kerajaan Islam memberi ucapan yang sama dan ulamak-ulamak kita menulis di dalam
kitab-kitab fekah mereka.
Orang Eropah tidak tahu bagaimana hendak
memerintah negara melainakan setelah mengkaji kitab-kitab fekah Islam. Ada
kumpulan cerdik-pandai orang Eropah dinamakan orientalis yang kerjanya mengkaji
kitab-kitab Islam. Mereka mengkaji kitab-kitab sains dan teknologi, kitab-kitab
perubatan, kitab pertanian, kitab haiwan, kitab politik tetapi tidak masuk
Islam. Antaranya apa yang dinamakan demokrasi.
Demokrasi asalnya satu sistem pemerintahan
yang diamalkan di Greek. Demokrasi dalam bahasa Greek ‘demosratus’ bermakna
kuasa rakyat. Rakyat ada kuasa untuk memilih dan menghukum kerajaan. Pada
awalnya demostratus ini diamal di Greek, bila kerajaannya mengumpul orang-orang
kenamaan, orang kampung, petani, orang miskin, hamba orang dan orang-orang
perempuan tidak ada hak. Mereka tidak boleh membuat perubahan melalui cara
demokrasi yang diajar di Greek melainkan setelah mereka membaca dan mengkaji
kitab-kitab fekah Islam. Lalu diubah amalan demokrasi kepada pilihan raya yang
diberi kepada rakyat.
Rakyat diberitahu tiga tahun atau lima tahun
lagi akan diadakan pilihan raya. Diberi hak kepada media menyiarkan hujah
pemimpin-pemimpin parti politik. Kesalahan pemimpin didedahkan dan semua rakyat
boleh mendapat maklumat yang sebenar. Oleh itu rakyat akan menghukum dalam
pilihan raya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment