Di kalangan orang Islam
ada juga orang alim yang bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin yang zalim.
Mereka menyembunyikan ilmu mereka, menyembunyikan ayat-ayat Quran yang mereka
tahu menyebabkan orang ramai menjadi keliru.
Kepada mereka ini Ibni Kathir mengatakan
perlu dibaca hadis nabi SAW:
“Barangsiapa yang menyembunyikan sedikit
daripada ilmu yang Tuhan berikan kepadanya, tidak memberitahu kepada orang,
Tuhan akan simpalkan mulutnya dengan api neraka pada hari kiamat.”
Ini ditujukan kepada ulamak-ulamak
Islam dan orang tahu agama tetapi tidak menyampai dengan sebenar sebagaimana
yang ada dalam Quran dan hadis nabi SAW.
Hari ini orang Islam menghadapi ujian yang
dilakukan oleh musuh-musuh Islam terdiri daripada kuasa-kuasa besar dunia yang
takut dengan kebangkitan Islam yang berlaku dalam dunia Islam pada hari ini.
Oleh kerana mereka merasakan tidak berjaya
menyekat kebangkitan Islam yang berlaku hari ini, kerana orang Islam hendak
juga kepada Islam, lantas mereka mengemukakan Islam bentuk baru. Islam ini
tidak ada amal ma’aruf dan nahi mungkar, Islam yang tidak melaksanakan kukum
qisas dan hukum hudud.
Jadi orang murtad mesti dibiarkan kerana jika
diganggu bercanggah dengan kebebasan beragama.
“Jika orang Islam murtad diambil
tindakan maka bercanggah dengan hak asasi manusia dan hak asasi manusia
termasuklah kebebasan beragama”, kata mereka.
Kita dapati kerajaan-kerajaan orang
Islam hari ini membiarkan orang murtad kerana mengikut arahan kuasa-kuasa besar
dunia. Akibatnya
mereka mengambil kesempatan menyebarkan agama Kristian dan agama-agama lain
daripada Islam dengan menggunakan wang, perempuan untuk dikahwinkan, rawatan
dan menggunakan segala kesenangan dan kemewahan untuk menarik orang Islam masuk
agama mereka.
Berita penangkapan pengembang agama Kristian
dari Korea oleh golongan Taliban di Afganistan disiarkan seluruh dunia. Taliban
telah membunuh dua orang pengembang agama Kristian yang dimasukkan ke
Afganistan untuk menyebarkan agama Kristian.
Jika di Afganistan dan di Iraq,
negeri yang bergolak masa itu mereka hantar pengembang agama Kristian maka
bagaimana negeri orang Islam macam Malaysia yang tidak bergolak. Sudah tentulah
mereka hantar lebih ramai lagi untuk menarik orang Islam menjadi murtad.
Menjadi murtad tidak semestinya
masuk agama lain. Murtad boleh terjadi dengan mengingkar mana-mana hukum yang
ada dalam Quran.
Ulamak-ulamak mestilah berani menerangkan
perkara ini kerana ulamak-ulamak ialah pewaris nabi. Mereka adalah penyambung
perjuangan nabi-nabi. Jika tidak menerangkan kepada orang ramai bermakna mereka
khianat amanah yang diberi kepada mereka sebagai penyambung ajaran yang
ditinggalkan oleh nabi-nabi ASTS.
Berbagai-bagai cara dibuat oleh penjajah
untuk menipu orang Islam. Setelah gagal memisahkan orang Islam daripada agama
Islam, mereka membawa Islam bentuk baru tetapi murtad
dan maksiat dibiarkan. Hukum hudud dan hukum qisas tidak dilaksanakan walaupun
berlaku banyak jenayah.
“Hukum hudud dan hukum qisas bercanggah
dengan hak asasi manusia”, kata mereka. Hukum itu dikatakan keras walaupun jika
dilaksanakan dapat mengatasi penjenayah yang menembak dan merompak orang di
sana sini.
Ulamak-ulamak pula mendiamkan diri sedangkan
mereka mengetahui Islam mesti didaulatkan supaya dapat melaksanakan hukum-hukum
itu.
Tujuan Allah Ta’ala menurunkan al-Quran untuk
menjadi petunjuk kepada orang Islam supaya orang Islam jangan jadi macam
ulamak-ulamak Yahudi dan Nasrani.
Sekiranya ulamak-ulamak Islam berperangai
menyembunyikan ilmu, menyembunyikan hukum dan tidak berani menerangkan kepada
orang ramai perkara sebenar atau mendiamkan diri menjadi syaitan bisu sebagaimana kata Syeikh Ali bin Dakkab:
“Orang yang diam dalam perkara
benar adalah syaitan bisu”
Ini satu ajaran yang tidak betul dan Allah
Ta’ala melaknat ulamak-ulamak itu. Malaikat-malaikat di langit melaknat,
binatang-binatang yang melata dibumi dan yang duduk dalam lubang, ikan-ikan
yang duduk di laut dan burung-burung yang terbang di udara melaknat
ulamak-ulamak yang menyembunyikan ilmunya.
Mereka dilaknat oleh semua yang melaknat
disebut dalam suratul Baqarah:
“Sesunggunya mereka yang
menyembunyikan keterangan-keterangan yang Kami nyatakan di dalam kitab lalu dia
tidak menerangkan kepada manusia mereka itu ialah orang yang dilaknat, yang
dikutuk oleh Allah dan dilaknat oleh semua yang melaknat iaitulah
malaikat-malaikat dan makhluk-makhluk yang zahir dan yang ghaib.”
Semua melaknat ulamak-ulamak ini melainkan
mereka yang bertaubat, dengan menerangkan dan membaiki semula.
Cara bertaubat ialah mereka tidak boleh duduk
di rumah bertahjud, bersembahyang dan beristighfar sahaja tetapi mesti
mengadakan ketiga-tiga perkara itu.
Mereka mesti turun di tengah-tengah
gelanggang memberitahu orang ramai mereka silap kerana dia diam dalam perkara
ini.
“Melainkan mereka yang bertaubat dan
mengislahkan dan menerangkan.”
Tiga perkara mesti dilakukan baharulah
taubatnya diterima.
“Mereka itulah mereka yang Aku terima taubat
mereka dan Aku Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.”
Disebut dalam ayat yang lain dalam surah
al-Baqarah:
“sesungguhnya mereka yang
menyembunyikan perkara yang ada dalam kitab Allah (tidak menerangkan kepada
manusia) tidaklah mereka makan hasil daripada mereka diam itu (mereka boleh
banyak wang) tidaklah mereka makan melainkan api neraka
(mereka masukkan api neraka dalm perut
mereka, mereka memakai pakaian api neraka, mereka naik kereta, kereta menjadi
api neraka) pada hari kiamat kelak yang membakar mereka dan Allah tidak
membersihkan mereka.”
Allah Ta’ala tidak membersihkan
mereka dan tidak memandangkan mereka dengan pandangan rahmat dan mereka
mendapat azab yang pedih pada hari kiamat kelak.
Banyak lagi ayat yang menerangkan tentang
perkara tersebut. Bila dibaca dan dipelajari tafsir Quran maka bertemulah
dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati kepada mereka yang tidak menjalankan
kewajipan terhadap agama Allah.
Firman Allah Ta’ala maksudnya:
“Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai
Muhamad SAW bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka
lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang tidak mereka lakukan
jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa dan
sebenarnya mereka akan memperolehi azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Ayat ini berkait dengan mereka yang terdahulu
iaitulah di kalangan ulamak-ulamak ahli kitab dan di kalangan ulamak jahat.
Sudahlah mereka menyembunyikan ilmu, mereka sangat mengharapkan pujian orang
padahal mereka tidak melakukan risalah menyambung amanah nabi-nabi ASTS untuk
menegakkan Islam.
Mereka adalah pengkhianat dan tuhan kata
kepada nabi SAW:
”Jangan engkau menyangka wahai Muhamad mereka
ini berjaya lepas daripada azab neraka pada hari kiamat kelak.”
Walaupun di atas dunia mereka bijak dan boleh
menipu, pada hari kiamat mereka tidak boleh menipu kerana mereka akan
didedahkan oleh Allah Ta’ala.
Kadang-kadang Allah Ta’ala
mendedahkan di atas dunia. Mereka tidak mendapat berkat dan pertolongan
daripada Allah.
Mengikut satu kaul lain ayat ini berkait juga
dengan golongan munafik. Golongan munafik ialah
golongan yang menunjuk-nunjuk dia Islam padahal dia tidak Islam. Golongan ini
sangat suka dipuji tetapi dalam masa yang sama dia menghancurkan Islam. Mereka
ini tetap dilaknat oleh Allah Ta’ala.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment