Ada lima alam yang kita perlu
lalui yang telah disusun oleh Allah SWT:
1. Alam rahim iaitu alam
kandungan ibu.
2. Alam fana iaitu alam dunia
yang akan hancur. Sekarang ini kita sedang hidup di alam fana.
Firman Allah Ta’ala:
“Tiap-tiap benda yang hidup
semuanya akan hancur, yang tinggal ialah Allah yang mempunyai ketinggian dan
kemulian.”
3. Alam barzakh
4. Alam mahsyar iaitu alam yang
dibangkitkan balik dan kita dihidupkan semula.
Dalam surah Yasin Allah SWT
nyatakan:
“Siapa yang bangkitkan kita
daripada tempat tidur, tiba-tiba didengarkan satu jawapan ‘inilah yang telah
dijanjikan oleh Allah yang bersifat al-Rahman dan benarlah rasul-rasul dahulu.”
5. Alam syurga atau pun alam
neraka.
Bila sampai alam syurga atau pun
neraka Allah sebut:
“Kamu hidup kekal sampai
bila-bila.”
Kita dipaksa hidup dalam
kelima-lima alam ini.
Di dalam alam rahim sebelum benih
lelaki hendak dicantum dengan benih perempuan malaikat bertanya Allah sama ada
hendak jadikan manusia atau pun tidak.
Bila Allah beri arahan jadi
manusia baharulah malaikat membiarkan kedua-dua benih itu bercantum dan jadilah
manusia akhirnya.
Selepas empat bulan sepuluh hari
baharu ditiup roh oleh malaikat dan ibu pun berasa bayi itu bergerak-gerak di
dalam perutnya.
Kemudian malaikat diarah pula
menulis empat perkara:
1. Tentang rezekinya. Banyak mana
dan datang dari mana rezekinya.
Quran menyebut:
“Di langit telah ditulis
rezekinya apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu.”
Jadi kita tidak perlu bimbang
kerana Allah sudah tetapkan rezeki kita.
2. Ajal seseorang. Bagaimana
ajalnya, ketika mana dan bagaimana.
3. Amalannya. Dia kahwin dengan
siapa, berapa anaknya, berapa orang adik beradik dan sebagainya.
4. Sama ada ahli syurga atau ahli
neraka.
Ini dipanggil qadak MUMBRAM iaitu
qadak yang boleh berubah lagi. Oleh itu kita dikehendaki berdoa seperti untuk
memurahkan rezeki, panjang umar, mati dalam beriman atau husnul khatimah dan
sebagainya.
Ada satu lagi qadak dinamakan
qadak MUALAK. Qadak ini tidak boleh berubah lagi. Ulamak berkata qadak mualak
ini berlaku 40 hari sebelum kematian.
Dalam kitab menceritakan
tanda-tanda dekat hendak mati. Antaranya lepas sembahyang Asyar sahaja dia
berasa berdenyut-denyut di pusatnya. Ini menandakan namanya telah digugurkan di
sisi Allah. Dia tidak dikenali lagi di langit Allah tetapi dikenali di kalangan
makhluk biasa sahaja.
Masa ini qadak tidak boleh
berubah walaupun kita berdoa. Walaupun begitu tidak semua orang diberi tanda
ini.
Ada orang diberi tanda dekat
kematian baharu dia perangsan dia hendak mati.
Tanda-tanda lain ialah hidung
mula jatuh, cuping telinga mula masuk ke dalam. Mata hitam mula menjadi putih
dan banyak lagi tanda yang dibincang oleh para ulamak.
Ada juga dekat hendak mati diberi
sakit tenat kemudian disembuhkan. Bila sembuh dia minta benda-benda pelik untuk
dimakan atau diminum. Dia nampak sedar tetapi sebenarnya dia sudah dekat sangat
dengan kematian.
Ada juga Allah beri tanda,
benar-benar dekat hendak mati. Kita minta jauhlah dengan tanda ini.
Daripada kandungan ibu bila
sampai masa Allah paksa bayi dikeluarkan.
Firman Allah Ta’ala:
“Dan Allahlah yang mengeluarkan
kamu daripada perut ibu kamu.”
Ini bermakna bukan mana-mana
doktor atau bidan yang mengeluarkan kamu. Bukti Allah yang keluarkan ialah ada
orang melahirkan anak dalam teksi, dalam ambulan dan sebagainya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment