"Dengan ALLAH lah kita berlindung dari segala keburukan
dan bahaya. Kerana hanya DIA sahaja yang dapat menjaga dan melindungi
kita secara hakiki. Antara bahaya yang ditakuti oleh manusia ialah haiwan
berbisa.
Walaupun kita bebas menuturkan permintaan kita kepada ALLAH dalam
bahasa dan gaya kita sendiri, namun ada eloknya kita memerhati lafaz doa yang
pernah diucapkan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam khusus dalam hal
memohon perlindungan ALLAH dari haiwan berbisa.
Pertama:Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
“Barangsiapa pada waktu petang mengucapkan tiga kali:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ
مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
a`uudzu bi kalimaati llaahi ttaammaati min syarri ma khalaq
aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna
dari kejahatan apa yang diciptakanNYA
لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ
Nescaya dia tidak akan dimudharati oleh sengatan berbisa
pada malam itu.”
Hadith ini
telah direkodkan di dalam kitab Jami` at-Tirmidzi. Suhail bin Ab Solih (سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ) iaitu salah seorang perawi hadith ini
telah menyebut: “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya setiap
malam. Salah seorang perempuan telah disengat haiwan berbisa, lalu dia
tidak berasa sakit.”
Dari Abil Yasar (أَبِي الْيَسَرِ) radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari
tertimpa benda keras,
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي
aku berlindung denganMU dari mati terjatuh,
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ وَالْحَرَقِ وَالْهَرَمِ
aku berlindung denganMU dari tenggelam, kebakaran dan
nyanyuk,
وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ
الْمَوْتِ
aku berlindung denganMU dari gangguan Syaitan ketika
kematianku,
وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا
aku berlindung denganMU dari mati mengalah pada jalanMU,
وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ
أَمُوتَ لَدِيغًا
dan aku berlindung denganMU dari mati disengat haiwan
berbisa.”
Hadith ini
direkodkan di dalam Sunan Abu Daud. Al-Albani mensahihkannya.
`Uthman bin
`Affan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam
telah bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ
كُلِّ لَيْلَةٍ
“Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap hari pada
waktu pagi dan petang:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ
اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillahi lladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil ardh wa
la fis sama’i wa HUA sSami`u l`Alim
Dengan nama ALLAH yang dengan NAMANYA, tiada yang
dapat memberikan mudharat samada di bumi dan di langit. Dan DIA lah Tuhan
Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَيَضُرُّهُ شَيْءٌ
sebanyak tiga kali, lalu dia dimudharatkan oleh
sesuatu.”
Hadith ini
direkodkan di dalam Jami`at-Tirmidzi. Maksudnya ialah sesiapa yang membaca lafaz ucapan
di atas, maka tiada apa pun yang dapat membahayakannya, termasuklah haiwan
berbisa. Dengan syarat mesti dibaca setiap hari: tiga kali pada
waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang.
Allahu
a`lam. Semoga bermanfaat dan dapat kita sama-sama amal. In shaa’
ALLAH.
No comments:
Post a Comment