Berdoa kepada yang lain daripada Allah adalah syirik
kerana Allah sahajalah yang berhak didoakan kepada-Nya. Allah sahaja yang Maha
Kuasa dan memperkenankan doa hamba-Nya.
Jadi tidak harus bagi seseorang itu memohon restu yakni memohon
doa kepada yang lain daripada Allah seperti berhala, orang telah mati, tempat
dianggap suci, malaikat, jin dan sebagainya.
Firman Allah Ta’ala suratul Naml ayat 62:
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita
apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan
kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit
di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).”
Apabila berada dalam kesulitan dan kesempitan maka
berdoalah kepada Allah SWT. Jangan berdoa kepada yang lain daripada Allah SWT.
Jika berdoa kepada yang lain daripada Allah termasuk dalam perkara syirik.
Firman Allah Ta’ala surah Ghafir ayat 60:
“Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya
Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong
takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam
dalam keadaan hina.”
Tuhan menyuruh berdoa kepadanya, jangan berdoa kepada yang lain
kerana yang mengQodar takdirkan ialah Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala suratul Ahkaf ayat 5-6:
“( 5 ) Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang
menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau
memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari
kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari
atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka.
( 6 ) Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung
amalnya pada hari akhirat), menjadilah segala yang disembah itu musuh kepada
orang-orang yang menyembahnya, dan segala yang disembah itu juga tidak mengakui
serta mendustakan penyembahan mereka kepadanya.”
Pada hari kiamat kelak segala makhluk yang dia puja di
atas dunia yang anggap berkuasa macam tuhan tidak boleh menolongnya. Bukan
sahaja tidak boleh menolong tetapi bermusuh-musuhan antara satu sama lain.
Sekiranya makhluk itu berbangga dengan orang yang memuja maka kedua-pduanya
masuk neraka.
Firman Allah Ta’ala surah Fathil ayat 14:
“Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu):
mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka
mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu; dan
pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu.
Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai
Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya.”
Jika berdoa kepada yang lain daripada Allah akan menjadi
sia-sia kerana makahluk itu tidak boleh menolongnya di hari akhirat kelak.
Mereka menolak segala syirik yang dilakukan terhadap mereka.
Termasuklah nabi Isa AS yang dipuja oleh penganut
Kristian. Nabi Isa menolak mereka yang melakukan syirik terhadapnya kerana dia
tidak mengajar umatnya begitu.
Maka berdoalah kepada Allah, jangan berdoa kepada yang lain.
Firman Allah Ta’ala maksudnya:
“Apabila hamba-hamba Aku bertanya Aku beritahu kepada mereka wahai
Muhamad SAW, Aku terlalu hampir dengan mereka, Aku memperkenankan sesiapa yang
mendoa maka mereka hendaklah menyahut seruan Aku, menerima Islam, percaya
kepada Aku supaya mereka mendapat petunjuk.”
Ayat ini diturunkan bersempena dengan seorang badwi bertanyakan
nabi SAW:
“Wahai Rasulullah adakah tuhan dengan kita, berbisik pun dengar
atau pun tuhan jauh, bertempik baru Dia dengar.”
Lalu Allah menurunkan ayat di atas.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment