Friday, December 16, 2016

PERCAYA KEPADA PERKARA GHAIB



Kita percaya perkara yang zahir dan dalam masa yang sama kita juga percaya kepada perkara yang ghaib yang di luar daripada ilmu kita.

Tetapi dalam kepercayaan kepada yang ghaib ini kita tidak boleh lakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan kekuasaan Allah SWT.

Oleh sebab itu orang Islam mestilah bergantung dengan Allah SWT, memohon pertolongan dengan tidak melakukan perkara yang syirik, menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Sebarang usaha dan ikhtiar yang dilakukan oleh seseorang Islam mestilah berpandukan kepada petunjuk Quran dan hadis nabi SAW.

Kita dilarang menujum atau meneka perkara yang ghaib kerana perkara itu adalah hak dalam ilmu Allah SWT bukanlah ilmu manusia.

Dengan sebab itu kita mesti bersyukur di masa kita bahagia dan mesti bersabar di masa menghadapi ujian Allah dan mesti bertawakkal kepada Allah SWT dalam semua urusan.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment