Apa yang berlaku di gua
Hiraq merisau dan menakutkan nabi SAW. Memang bangsa Arab masa itu tidak
mengerti apa wahyu kerana sudah lama tidak mengenal ajaran agama seperti yang
dibawa oleh nabi Ibrahim AS.
Jarak masa antara nabi Isa AS
dengan perlantikan nabi Muhamad SAW ialah lebih kurang 600 tahun. Selepas nabi
Isa diangkat ke langit tiada ada lagi nabi melainkan nabi kita Muhamad SAW.
Jadi wahyu terputus dalam masa 600 tahun. Akibatnya musyrikin tidak tahu
istilah wahyu.
Nabi SAW kali pertama
didatangi malaikat Jibril. Oleh itu nabi SAW cukup-cukup takut.
Setelah kejadian itu berlaku nabi
terus pulang dengan cepat ke rumah isterinya, Khadijah dengan perasaan
gementar. Sampai di rumah langsung berkata kepada isterinya:
“Zammiluni, zammiluni”
(Selimutkan aku, selimutkan aku
kerana aku sedang ketakutan)
Sebagai isteri yang
setia, Khadijah, terus menyelimutkan nabi SAW tanpa bertanya apa-apa.
Hanya setelah melihat
nabi dalam keadaan tenang barulah bertanya apakah yang menyebabkan ketakutan.
Isteri yang baik tidak
kalut melihat suami balik ke rumah dengan keadaan tidak berapa ceria. Suami
yang tidak ceria terus masuk ke dalam bilik. Isteri yang baik berkata dalam
hatinya:
“Biarlah dulu. Bila dia
tenang baru tanya apa halnya.”
Jika isteri bersikap
kalut, terus bertanya dan mendesak suami supaya memberitahu mengapa adalah
isteri yang kurang baik.
Bila nabi SAW cerita apa yang
terjadi kepadanya, Khadijah dengar dengan penuh perhatian tanpa menyampuk
apa-apa sambil menilainya.
Khadijah berkata kepada nabi SAW:
“Demi Allah, Allah tidak akan
susahkan kamu wahai suami ku. Engkau yang selalu menghubung silatul rahim,
selalu menolong orang susah, memberi jamuan kepada tatamu dan selalu amanah
kepada yang empunyanya.”
Itulah sifat isteri
yang baik sentiasa menenang dan menyokong suaminya.
Nabi SAW pernah bersabda:
“Sebaik-baik manusia
adalah orang yang paling baik dengan isterinya.”
Jadi contohilah Khadijah, isteri
Rasulullah SAW.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment