Thursday, December 22, 2016

HALANGAN TERHADAP PEJUANG ISLAM.



Ketika nabi SAW menceritakan apa yang berlaku kepadanya di gua Hiraq di hadapan Waraqah bin Naufal, sepupu Khadijah beliau mendengar sampai selesai.

Kemudian Waraqah berkata:

“Demi Allah yang jiwa aku yang berada dalam kekuasaannya sesungguhnya engkau wahai Muhamad adalah nabi untuk umat ini. Engkau telah didatangi oleh malaikat Jibril yang pernah datang kepada nabi Musa AS dan oleh kerana kamu dilantik menjadi rasul kamu akan disakiti, akan diusir bahkan kamu akan diperangi oleh kaum kamu sendiri.” Ini ada dalam Sahih Bukhari.

Nabi menghadapi semua ujian itu dalam proses dakwahnya.

Inilah juga ujian yang dihadapi oleh setiap pejuang Islam. Kena bangkang, kena fitnah, kena tukar, kena lucut jawatan, kena tahan kenaikan pangkat dan sebagainya.

Hidup kami bagus. Bangun pagi pergi kerja dan malam dengar kuliah di masjid. Esok pun begitu juga, pergi kerja dan malam dengar kuliah. Kalau tidak ada kuliah balik awal. Jadi dia tidak kisah pun apa yang berlaku. Dia kira dia dengan keluarga sahaja.

Jika seseorang itu hidup selesa, tanpa gangguan dan tidak kena apa-apa pun maka dibimbangi mereka ini tidak tergolong dalam kumpulan yang memperjuangkan Islam.

Oleh itu ambil pengajaran apa yang dihadapi oleh nabi SAW dan para sahabatnya dan semak diri kita.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment