Thursday, December 22, 2016

MUAJAHAH SALMIAH



Sebelum pembukaan Mekah, nabi SAW dalam proses dakwah mengguna kaedah kekerasan, kaedah peperangan. Nabi SAW berperang di Badar dan berperang di Uhud. Kaedah peperangan nyata tidak berkesan. Penduduk Mekah tidak ramai masuk Islam.

Lalu nabi SAW menukar taktik. Kaedah peperangan tidak lagi digunakan semasa pembukaan Mekah, sebaliknya digunakan kaedah muajahah salmiah. Satu kaedah dinamakan serang secara damai atau secara lembut.

Kaedah berkurung diisytiharkan di Mekah. Barangsiapa bersembunyi di masjid aman, barangsiapa bersembunyi di rumah Abu Sufian, ketua musyrikin Mekah selamat. Maka ramailah penduduk Mekah bersembunyi di masjid dan juga di rumah Abu Sufian.

Antara yang berlindung di rumah Abu Sufian ialah isterinya Hindun. Ini bererti Hindun selamat daripada hukuman bunuh kerana dia telah mengupah Wahsyi membunuh Saidina Hamzah dalam peperangan Uhud.

Bila Mekah dimerdekakan dan semua nabi maafkan kecuali beberapa orang yang disenaraikan dalam hukuman bunuh, maka berduyun-duyun penduduk Mekah masuk Islam. Ini hasil kaedah muajahah salmiah.

Kaedah ini ditiru oleh satu kumpulan pejuang Islam di negeri kita. Pemimpin tertinggi kumpulan itu yang memahami sirah rasulullah SAW telah menukar kaedah daripada menyerang kepada kaedah berlembut atau kaedah muajahah salmiah. Hasilnya mendapat sambutan hebat.

Keadaan ini tidak disenangi oleh kumpulan dan mereka yang tidak sependapat dengan beliau. Lalu beliau dicemoh, diserang dan difitnah bertalu-talu. Tetapi beliau tidak berganjak, tetap dengan keputusannya.

Begitu juga Rasulullah SAW, tidak berganjak dengan keputusannya dalam perjanjian Hudaibiyah walaupun tidak dipersetujui oleh Saidina Umar dan para sahabat lain. Tetapi dalam peperangan Uhud pula nabi SAW menerima keputusan majoriti.

Beruntunglah memiliki pemimpin yang berwibawa, bertaraf ulamak dunia dan yang sentiasa mengharapkan REDHA Allah SWT.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment