Sebelum pembukaan Mekah, nabi SAW
dalam proses dakwah mengguna kaedah kekerasan, kaedah
peperangan. Nabi SAW berperang di Badar dan berperang di Uhud. Kaedah
peperangan nyata tidak berkesan. Penduduk Mekah tidak ramai masuk Islam.
Lalu nabi SAW menukar taktik. Kaedah peperangan tidak lagi digunakan semasa pembukaan
Mekah, sebaliknya digunakan kaedah muajahah salmiah. Satu kaedah
dinamakan serang secara damai atau secara lembut.
Kaedah berkurung diisytiharkan di
Mekah. Barangsiapa bersembunyi di masjid aman, barangsiapa bersembunyi di rumah
Abu Sufian, ketua musyrikin Mekah selamat. Maka ramailah penduduk Mekah
bersembunyi di masjid dan juga di rumah Abu Sufian.
Antara yang berlindung di rumah
Abu Sufian ialah isterinya Hindun. Ini bererti Hindun
selamat daripada hukuman bunuh kerana dia telah mengupah Wahsyi membunuh
Saidina Hamzah dalam peperangan Uhud.
Bila Mekah dimerdekakan dan semua
nabi maafkan kecuali beberapa orang yang disenaraikan dalam hukuman bunuh, maka
berduyun-duyun penduduk Mekah masuk Islam. Ini hasil
kaedah muajahah salmiah.
Kaedah ini ditiru oleh satu
kumpulan pejuang Islam di negeri kita. Pemimpin tertinggi kumpulan itu yang
memahami sirah rasulullah SAW telah menukar kaedah
daripada menyerang kepada kaedah berlembut atau kaedah muajahah salmiah.
Hasilnya mendapat sambutan hebat.
Keadaan ini tidak disenangi oleh
kumpulan dan mereka yang tidak sependapat dengan beliau. Lalu beliau dicemoh,
diserang dan difitnah bertalu-talu. Tetapi beliau tidak berganjak, tetap dengan
keputusannya.
Begitu juga Rasulullah SAW, tidak
berganjak dengan keputusannya dalam perjanjian
Hudaibiyah walaupun tidak dipersetujui oleh Saidina Umar dan para sahabat lain.
Tetapi dalam peperangan Uhud pula nabi SAW menerima keputusan majoriti.
Beruntunglah memiliki pemimpin
yang berwibawa, bertaraf ulamak dunia dan yang sentiasa mengharapkan REDHA
Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment