Ketika nabi SAW
menceritakan apa yang berlaku kepadanya di gua Hiraq di hadapan Waraqah bin
Naufal, sepupu Khadijah beliau mendengar sampai selesai.
Kemudian Waraqah berkata:
“Demi Allah yang jiwa aku yang
berada dalam kekuasaannya sesungguhnya engkau wahai Muhamad adalah nabi untuk umat ini. Engkau telah didatangi
oleh malaikat Jibril yang pernah datang kepada nabi
Musa AS dan oleh kerana kamu dilantik menjadi rasul kamu akan disakiti, akan
diusir bahkan kamu akan diperangi oleh kaum kamu sendiri.” Ini ada dalam Sahih
Bukhari.
Nabi menghadapi semua ujian itu
dalam proses dakwahnya.
Inilah juga ujian yang dihadapi
oleh setiap pejuang Islam. Kena bangkang, kena fitnah, kena tukar, kena lucut
jawatan, kena tahan kenaikan pangkat dan sebagainya.
Hidup kami bagus. Bangun pagi
pergi kerja dan malam dengar kuliah di masjid. Esok pun begitu juga, pergi
kerja dan malam dengar kuliah. Kalau tidak ada kuliah balik awal. Jadi dia
tidak kisah pun apa yang berlaku. Dia kira dia dengan keluarga sahaja.
Jika seseorang itu hidup selesa,
tanpa gangguan dan tidak kena apa-apa pun maka dibimbangi mereka ini tidak
tergolong dalam kumpulan yang memperjuangkan Islam.
Oleh itu ambil pengajaran apa
yang dihadapi oleh nabi SAW dan para sahabatnya dan semak diri kita.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment