Friday, December 23, 2016

SAAT KEMATIAN - (KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH)


Kematian bukan bererti riwayat seseorang sudah berakhir.

Proses mati bermula roh ditarik dalam tubuh kita.

Malaikat datang dan berkata:

“Wahai anak Adam aku mencari setitik air untuk kamu minum sudah tidak ada. Aku cari sepatah perkataan yang keluar daripada mulut kamu sudah tidak ada. Wahai roh sila keluar daripada jasad ini.”

Bila disebut keluar, roh orang yang tidak beriman kepada Allah bertempiaran lari. Bagi orang beriman roh akan berkumpul elok dan nabi SAW sebut roh berkumpul seperti minyak berkumpul dalam air. Roh berkumpul di hujung kaki dahulu.

Rasulullah kata datang malaikat kumpulan pertama menarik roh mulai daripada hujung kaki. Bila ditarik sampai ke lutut tapak kaki turun dan jatuh sedikit demi sedikit dan ditarik lagi hingga sampai ke pinggang.

Apabila sampai di pinggang, orang beriman akan mengetahui bahawa dia sedang mengadap Allah dan mulutnya tidak berhenti mengucap ASYHADU ALLAILAHA ILLALLAH WAASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH.

Bagi orang tidak beriman merasakan dia tidak mati lagi dan dia tidak mengucap.

Bila roh ditarik sampai ke pusat, rasa sejuk di pusat. Roh akan turun balik ke bawah dan kemudian naik mendadak sampai ke atas. Di saat ini boleh didengar urat-urat putus. Hanya dia sahaja yang dengar.

Dalam kitab imam Razali RA apabila roh dinaikkan sehingga terangkat zakar orang lelaki dan urat perut naik sampai ke atas menyebab dada berasa sesak. Pada masa ini orang beriman kepada Allah akan menyebut LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADAN RASULULLAH.

Orang tidak beriman berkata:

“Aku beriman kepada kamu ya Allah. Sekarang aku bertaubat kepada kamu ya Allah.”

Allah berkata:

“Sekarang Aku tidak terima lagi taubat kamu.”

Di saat ini Rasulullah kata orang beriman boleh nampak tempatnya di syurga Allah. Dahinya berpeluh dan bila rohnya sampai di halkam, biji matanya terbuka, wajahnya menjadi jernih sejernih-jernihnya dan dia senyum sampai nampak giginya kerana seronok melihat tempatnya dalam syurga.
 
Kemudian roh keluar melalui biji mata dan Rasulullah SAW kata roh masuk ke dalam satu bekas yang disediakan oleh pasukan malaikat seramai 60 000. Roh keluar kata nabi macam air mengalir keluar daripada bekasnya.

Roh masuk dalam bekas yang berwarna putih dan berbau kasturi dalam syurga Allah SWT. Bekas itu ditutup dan dibawa ke langit. Semua makhluk tahu bahawa orang beriman itu ahli syurga Allah kecuali jin dan manusia sahaja.

Bila bekas ros itu sampai di langit pertama malaikat bertanya:

“Roh siapakah ini?”

Lalu dijawab roh fulan bin fulan

Kemudian pintu langit pertama dibuka oleh malaikat penjaga langit pertama dan ditarik roh itu ke atas dan berkata:

“Selamat datang kamu.”

Begitulah pertanyaan dan ucapan selamat datang sehingga langit ke tujuh dan sampai di depan Allah.

Allah berkata:

“Tentukan dia di kalangan ahli syurga Allah SWT.”

Kemudian roh ini turun ke bumi secara mendadak dan terus berada di hujung kepala si fulan itu. Masa itu roh boleh rasa siapa buka butang bajunya, dapat melihat siapa yang ada di keliling kelalangnya, siapa yang memandi dan mengapannya.
 
Mengikut hadis orang yang tidak beriman kepada Allah, roh tercabut secara tersentak sehingga buih keluar daripada mulutnya.

Rasulullah SAW menyebut sesiapa yang melihat orang yang mulutnya berbuih kerana terlalu takut mengadap di hadapan Allah sampai berbuih mulutnya kerana takut kepada neraka Allah. Rasulullah kata sunat buang buih di mulutnya dengan kapas, tisu dan sebagainya.

Orang beriman tandanya ada peluh di atas dahinya dan keluar air mata pada matanya. Hidungnya kembang kempih ketika roh hendak keluar daripada jasadnya dan najis keluar sedikit sahaja daripada jasadnya.

Tanda-tanda ahli neraka Allah wajahnya masam, keluar buih daripada mulutnya dan najis keluar banyak daripada jasadnya.

Inilah yang disebut oleh Rasulullah tanda-tanda ahli syurga dan tanda-tanda ahli neraka pada mayat.

Jika kita melihat mayat itu berbuih mulut jangan kata apa-apa terus ambil kapas dan buang buih pada mulutnya.
 
Bila roh orang tidak beriman keluar di bawa naik ke langit pertama dan diberitahu roh fulan bin fulan. Sebut sahaja fulan bin fulan celaka dan bangsatlah dia. Busuknya bau hanya Allah sahaja yang tahu. Roh orang tidak beriman tidak layak melepasi langit pertama lagi.

Allah berkata:

“Tentukan dia dalam neraka, tentukan dalam sijjiin.”

Apabila disebut sijjiin roh turun dan berada di hujung kepala. Si fulan itu perangsan siapa yang hendak mandikan dan mengafannya.

Bila hendak membuka baju mayat Rasulullah sebut roh itu berkata perlahan-lahan kerana sakit mati belum habis lagi.

Bila dijirus air roh berkata jirus perlahan-lahan. Bagaimana sakitnya mati. Rasulullah kata bagaikan seluruh badan melecur. Kesakitan bagai kulit dikoyak dan dilayur di atas bara api yang panas. Kemudian ditarik pula di atas kapas-kapas yang basah.

Kata Ibni Abas kesakitan ibu melahirkan anak baru satu juzuk daripada 99 juzuk kesakitan kematian. Jika ditawar untuk hidup semula atas dunia nescaya si mati menolaknya kerana tidak mahu menanggung kesakitan kematian.

Eloklah yang memandi dan mengafan mayat ialah anak-anak sendiri kerana pakaian kain kafan itu akan menjadi kebanggaan dalam syurga nanti. Kena bangga apabila anak-anak sendiri yang mengafan. Beruntung mayat itu kiranya anak sendiri menjadi imam sembayang jenazah.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment