Bila mayat dimasuk ke
dalam kubur mayat berbau tanah kubur dan boleh nampak dua malaikat berdiri di
hujung kaki berwarna hitam kebiru-biruan menunggu saat untuk menanya soalan.
Bila liang lahad
ditimbus dengan tanah paras lutut malaikat Munkar dan Nakir terus berdiri di
depan mayat. Di masa itu malaikat menghalau sembahyang, halau zakat, halau haji
dan halau semua ibadat kecuali satu sahaja yang malaikat tidak boleh halau.
Apa dia?
Iaitu Quran yang dibaca
sebelum sembahyang Subuh
Firman Allah Ta’ala:
“Quran yang dibaca
sebelum Subuh akan menjadi peguam bela kepada kamu waktu berada di alam
barzakh.”
Malaikat tanya soalan.
Ada orang ditanya selama lima minit selesai. Ada orang ditanya berpuluh-puluh
tahun tidak selesai kerana tidak dapat jawab soalan.
Orang yang boleh jawab soalan,
lepas selesai sahaja malaikat sandar di dinding kubur berkeadaan duduk
berlunjur kaki. Hadis sebut orang itu boleh nampak kain kafan turun ke bawah
dan Allah tunjuk hari pertama di alam barzakh iaitu matahari mula jatuh.
Lalu orang itu berkata:
“Wahai malaikat aku belum
sembahyang Asyar lagi.”
Malaikat berkata:
“Tiada solat untuk kamu, tidak
ada haji untuk kamu, tidak ada lagi zakat untuk kamu. Kamu sudah berada di alam
barzakh sekarang. Tidurlah bagaikan pengantin baru untuk diri kamu.”
Lalu dia tengak tubuhnya di
bahagian pinggang dan berkata:
“Oh aku sudah meninggal dunia.”
Di saat itulah Allah
datangkan roh-roh orang yang sudah meninggal dunia sebelumnya. Dia nampak
roh-roh itu datang menghampirinya dan dia dengar roh itu berkata-sesama mereka:
“Dia baru meniggal, biarkan dia.
Dia penat lagi.”
Dia berkata:
“Saya tidak penat. Kain kafan ini
anak saya yang pakaikan.”
Dia menceritakan siapa yang
membawanya ke kubur. Jadi di alam barzakh hidup.
Firman Allah Ta’ala:
“Bahkan kamu hidup.”
Rasulullah kata:
“Aku tidak pernah
tengak huruhara sebagaimana dahsyatnya huruhara di alam barzakh. Tidak ada
suasana yang lebih teruk daripada itu. Siapa yang selamat di alam barzakh maka
selamatlah ia di alam mahsyar.”
Jadi sesiapa yang tidak
selamat di alam barzakh maka tidak selamatlah di alam mahsyar. Oleh itu kita
kena bersedia mulai dari sekarang semoga kita selamat di alam barzakh dan
seterusanya berakhir di syurga Allah.
Bila tiba masanya kita dipaksa
oleh Allah bangkit di padang Mahsyar, berdiri, berjalan dan dimasukkan ke dalam
syurga bagi orang beriman. Sebaliknay orang tidak beriman berakhir di neraka.
Nauzubillahi minzalik
SOAL JAWAB
Soalan 1:
Adakah kesakitan itu salah satu
cara Allah hendak menebus dosa orang mukmin.
Jawapan 1:
Bagi orang mukmin kesakitan masa
dekat hendak mati Allah untuk mengampunkan dosanya. Ini disebut dalam hadis
nabi SAW. Bila mati dia bersih daripada dosa dan beruntunglah dia.
Bagi orang tidak beriman, tuhan
tidak beri kesakitan masa hendak mati kerana Allah hendak menebus kebaikan yang
dibuat atas dunia dan bila mati dia tidak boleh mengungkit-ungkit kebaikan yang
dibuat atas dunia dulu.
Soalan 2:
Bagaimana pengetahuan mengenai
kesakitan ketika hendak mati diperolehi
Jawapan 2:
Iman Ghazali kata pengetahuan
atau ilmu itu diperolehi berdasarkan kepada pengamatan orang sakit masa hendak
mati dan digabungkan dengan hadis-hadis nabi SAW serta daripada ayat Quranul
Karim.
Soalan 3:
Adakah semua orang akan lalui
kesakitan itu?
Jawapan 3:
Ya semua orang akan lalui
kesakitan itu tetapi berbeza berdasarkan kepada amalan masing-masing atas
dunia.
Soalan 4:
Adakah tanda-tanda tertentu
sebelum seseorang itu meninggal dunia?
Jawapan 4:
Ya ada tanda-tanda tertentu yang
Allah kurniakan. Berbagai notis diberi Allah SAW bagi seseorang sebagai tanda
kematian.
Tanda-tanda besar seperti uban,
gigi banyak gugur, kulit berkedut, mata kabur dan ingatan meleset.
Kadang-kadang diberi penyakit semakin hari semakin banyak. Sahabat-sahabat yang
sebaya umur mula meninggal dunia.
Ada tanda-tanda yang
hampir dengan kematian. Antaranya hidung mula jatuh, mata hitam mula berubah
menjadi putih dan seumpamanya. Ada orang yang Allah jadikan tanda seperti
teringin minum minuman yang dia tidak biasa minum.
Kereta ada signal bila minyak
kurang. Manusia pun tuhan jadikan begitu juga. Mata kabur, gigi tidak boleh
makan makanan tertentu dan di saat akhir makanan disuap keluar semula.
Soalan 5:
Ketika jenazah di masuk dalam
kubur adakah roh atau kedua-dua roh dan jasad yang dapat merasai kesakitan.
Jawapan 5:
Kedua-dua roh dan jasad akan
terasa. Ulamak-ulamak berkata semasa pengkebumian berlaku dua-dua terasa. Oleh
itu berlemah lembutlah dengan mayat kerana Rasulullah menyebut berlemah
lembutlah dengan mayat. Jika berkeras dengan mayat roh dan jasadnya terasa
sakit.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment