Firman Allah
Ta’ala:
“Dan
sebenarnya mereka mempelajari perkara yang merbahayakan mereka dan tidak
memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya kaum Yahudi itu telah pun
mengetahui sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian
yang baik di akhirat.
Demi
sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka kalaulah
mereka mengetahui.”
Sepatutnya
kaum Bani Israil faham Allah Ta’ala kurniakan mukjizat kepada nabi kesayangan
mereka, Musa AS untuk melawan sihir ketika zaman Firaun.
Kerajaan
Firaun mengiktiraf ilmu sihir. Barangsiapa yang ada sijil sihir boleh menjadi
pegawai kerajaan, ketua jabatan, gabenor daerah dan boleh menjadi
menteri-menteri. Zaman sekarang pun jika ada sijil-sijil tertentu diiktiraf
oleh kerajaan.
Allah
Ta’ala mengutuskan nabi Musa AS, rasul yang dikurniakan mukjizat untuk
mengalahkan ilmu sihir. Allah Ta’ala memberi tongkat kepada nabi Musa. Bila
dicampak tongkat itu menjadi ular yang besar.
Nabi
Musa mengeluarkan tangan dari sakunya, keluar cahaya dari tangannya. Allah
Ta’ala menyuruh nabi Musa tunjuk mukjizat depan Firaun. Nabi Musa mengajak Firaun
beriman kepada Allah Ta’ala tetapi diingkarnya.
Nabi Musa pun
menunjukkan mukjizatnya dengan mengeluarkan tangan dari sakunya dan keluar
cahaya. Lalu Firaun berkata, ini sihir dan mengerah ahli-ahli sihirnya untuk
berlawan dengan nabi Musa.
Kisah
perlawanan sihir antara nabi Musa dengan Firaun tersohor dalam al-Quran dan
disebut dalam banyak surah.
Dalam
perlawanan itu mukjizat nabi Musa mengalahkan sihir ahli sihir Firaun. Ahli
sihir terus beriman kepada nabi Musa setelah diketahui mukjizat nabi Musa
bukannya sihir.
Ada
ulamak mengatakah sihir yang digunakan oleh ahli-ahli sihir Firaun ialah dengan
menggunakan bahan-bahan kimia. Tali yang
dimasukkan bahan-bahan kimia bila dicampak tali bergerak nampak macam ular. Ini
jenis silat mata.
Jadi
silat mata pun sebahagian daripda sihir juga dan diharamkan oleh syarak. Ada
kalangan kita suka tengak benda yang haram.
Dalam dunia
kerajaan taughut mengguna apa sahaja untuk menarik rakyat supaya takut kepadanya
dan ikut perintahnya.
Disebut
dalam Quran:
“Maka Firaun
telah berjaya menjadikan rakyatnya dalam keadaan bodoh, lalu mereka taat
kepadanya.”
Dengan
sihir dan kekayaan yang ada pada Firaun menyebabkan orang-orang cerdik menjadi
bodoh kerana ikut Firaun secara buta tuli.
Ulamak-ulamak
yang mengikuti feqah harakah memahami perkara ini. Zaman dahulu Firaun
menggunakan sihir sebagaimana disebut dalam Quran.
Mengikut ulamak zaman sekarang
berlaku perkara yang serupa tetapi menggunakan benda-benda lain. Tektik yang
digunakan itu menyebabkan rakyat cerdik jadi hanyut dan bodoh kerana ikut
pemimpin-pemimpin tanpa mengira betul atau salah dari segi agama.
Dengan demikian pihak pemimpin
telah berjaya menjadi rakyat itu bodoh walaupun rakyat itu cerdik. Mereka takut
menggunakan akal.
Zaman
dahulu menggunakan pengaruh sihir zaman sekarang menggunakan pengaruh-pengaruh
lain yang sama dengan sihir juga.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment