Friday, December 16, 2016

SIHIR ZAMAN NABI MUSA



Firman Allah Ta’ala:

“Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang merbahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya kaum Yahudi itu telah pun mengetahui sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.

Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka kalaulah mereka mengetahui.”

Sepatutnya kaum Bani Israil faham Allah Ta’ala kurniakan mukjizat kepada nabi kesayangan mereka, Musa AS untuk melawan sihir ketika zaman Firaun.

Kerajaan Firaun mengiktiraf ilmu sihir. Barangsiapa yang ada sijil sihir boleh menjadi pegawai kerajaan, ketua jabatan, gabenor daerah dan boleh menjadi menteri-menteri. Zaman sekarang pun jika ada sijil-sijil tertentu diiktiraf oleh kerajaan.

Allah Ta’ala mengutuskan nabi Musa AS, rasul yang dikurniakan mukjizat untuk mengalahkan ilmu sihir. Allah Ta’ala memberi tongkat kepada nabi Musa. Bila dicampak tongkat itu menjadi ular yang besar.

Nabi Musa mengeluarkan tangan dari sakunya, keluar cahaya dari tangannya. Allah Ta’ala menyuruh nabi Musa tunjuk mukjizat depan Firaun. Nabi Musa mengajak Firaun beriman kepada Allah Ta’ala tetapi diingkarnya.

Nabi Musa pun menunjukkan mukjizatnya dengan mengeluarkan tangan dari sakunya dan keluar cahaya. Lalu Firaun berkata, ini sihir dan mengerah ahli-ahli sihirnya untuk berlawan dengan nabi Musa.

Kisah perlawanan sihir antara nabi Musa dengan Firaun tersohor dalam al-Quran dan disebut dalam banyak surah.

Dalam perlawanan itu mukjizat nabi Musa mengalahkan sihir ahli sihir Firaun. Ahli sihir terus beriman kepada nabi Musa setelah diketahui mukjizat nabi Musa bukannya sihir.

Ada ulamak mengatakah sihir yang digunakan oleh ahli-ahli sihir Firaun ialah dengan menggunakan bahan-bahan kimia. Tali yang dimasukkan bahan-bahan kimia bila dicampak tali bergerak nampak macam ular. Ini jenis silat mata.

Jadi silat mata pun sebahagian daripda sihir juga dan diharamkan oleh syarak. Ada kalangan kita suka tengak benda yang haram.

Dalam dunia kerajaan taughut mengguna apa sahaja untuk menarik rakyat supaya takut kepadanya dan ikut perintahnya.

Disebut dalam Quran:

“Maka Firaun telah berjaya menjadikan rakyatnya dalam keadaan bodoh, lalu mereka taat kepadanya.”

Dengan sihir dan kekayaan yang ada pada Firaun menyebabkan orang-orang cerdik menjadi bodoh kerana ikut Firaun secara buta tuli.

Ulamak-ulamak yang mengikuti feqah harakah memahami perkara ini. Zaman dahulu Firaun menggunakan sihir sebagaimana disebut dalam Quran.

Mengikut ulamak zaman sekarang berlaku perkara yang serupa tetapi menggunakan benda-benda lain. Tektik yang digunakan itu menyebabkan rakyat cerdik jadi hanyut dan bodoh kerana ikut pemimpin-pemimpin tanpa mengira betul atau salah dari segi agama.

Dengan demikian pihak pemimpin telah berjaya menjadi rakyat itu bodoh walaupun rakyat itu cerdik. Mereka takut menggunakan akal.

Zaman dahulu menggunakan pengaruh sihir zaman sekarang menggunakan pengaruh-pengaruh lain yang sama dengan sihir juga.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment