Saturday, March 11, 2017

JEJAK DR ZAKIR NAIK (MALAYSIA TOUR - E)



Sedutan ucapan:

Tuduhan media bahawa Islam disebar dengan pedang. Menjadi suatu kelaziman media antarabangsa menuduh Islam disebar dengan padang. 
Bagi menjawab tuduhan ini, jika Islam disebar melalui mata pedang semua rakyat negara yang Islam bertapak dan menguasai masuk Islam. 
Bila kita membaca sejarah kita mengetahui Islam memerintah negara Arab semenjak empat belas ratus tahun dahulu. Untuk beberapa tahun Inggeris datang, untuk beberapa tahun orang Peranchis datang, tetapi secara keseluruhan orang Islam Arab adalah tuan kepada bumi Arab. Hari ini ada lebih daripada 9 juta orang Arab yang menganut Kristian Koptik (Coptic Christians). 

Kristian Koptik ialah penganut Kristian turun menurun.
Orang Islam memerintah India lebih kurang seribu tahun. Masa itu India negara yang sangat berkuasa dalam dunia di bawah kerajaan Islam Monggol. Jika kita hendak kita boleh paksa setiap orang bukan Islam menerima Islam di hujung mata pedang. Tetapi kita tidak melakukan. Hari ini di India lebih daripada 80% daripada orang India bukan beragama Islam. 80% orang India bukan Islam ini sedang memberi syahadah dan menjadi saksi bahawa Islam tidak disebar dengan pedang.
Hari ini Indonesia ialah negara paling ramai penduduk Islam dalam dunia. Saya mahu tanya anda, askar Islam mana yang pergi ke Indonesia. Askar Islam mana yang datang ke Malaysia yang mempunyia penduduk Islam lebih daripada 50%. Askar Islam mana yang pergi ke pantai timor Afrika.

Thomas Kalai menulis dalam bukunya, Hero and Hero Worship, dia menyebut nabi kita Muhamad SAW ialah nabi hero (Hero prophet) nombor satu. Dia menyebut setiap idea baru bermula di dalam minda seorang, seorang untuk seluruh dunia.
Allah menyebut dalam Quran surah an-Nahl (surah 16) ayat 125:
اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ  وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ  ؕ  اِنَّ  رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (QS. An-Nahl 16:125)

Thomas Kalai bercakap mengenai pedang intelektual. Hari ini Islam menawan hati bukan dengan pedang besi tetapi pedang intelek, pedang keamanan. Ada kajian dilakukan yang didedah dalam Reader Digest Almanic Book dalam tahun 1984 mengatakan mengenai perkembangan agama penting di dunia dalam masa 50 tahun, dari tahun 1934-1984. Agama nombor satu berkembang dengan pesat ialah Islam, 235%, Kristian cuma 47%.
Hari ini agama yang paling cepat berkembang dalam dunia ialah Islam. Agama yang paling cepat berkembang di Amerika ialah Islam. Agama yang paling cepat berkembang di Eropah ialah Islam. Mereka tidak berjaya menghalang agama Islam daripada berkembang.
Allah menyebut dalam Quran surah al-Imran (surah 3) ayat 54:
 Allah SWT berfirman:
وَمَكَرُوْا وَمَكَرَاللّٰهُ  ؕ  وَاللّٰهُ خَيْرُ الْمَاكِرِيْنَ
"
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya (QS. al-Imran 3:54)."

Selepas 9/11 media menyebut Islam adalah agama pengganas, tetapi selepas 9 bulan di Amerika sahaja 34 ribu orang Amerika memeluk Islam. Di Eropah selepas 10 bulan lebih daripada 20 ribu orang menerima Islam.
Hari ini media menuduh Islam mengdiskriminasi kaum wanita, Islam tidak memberi hak yang sama kaum wanita. Adakah anda mengetahui daripada jumlah orang yang masuk Islam 2/3 adalah kaum wanita. Saya bertanya siapakah yang memaksa wanita Amerika memeluk Islam? Siapakah yang memaksa wanita Eropah memeluk Islam?
Allah SWT berjanji dalam Quran dalam tiga surah, surat al-Fath (surah 48) ayat 28, surah Taubah (surah 9) ayat 33 dan surah al-Saf (surah 61) ayat 9.
Saya akan mengakhiri ceramah saya dengan menyebut petikan daripada Dr Adam, “Manusia bimbang bahawa suatu hari senjata neuklear akan jatuh ke tangan orang Arab, mereka gagal menyedari bahawa bomb Islam, bomb keamanan telah pun digugurkan, ia telah digugurkan pada hari nabi Muhamad SAW dilahirkan


KULIAH YT

Friday, March 10, 2017

TIGA TSUNAMI POLITIK MALAYSIA

Menyoroti galur perjalanan politik Malaysia dalam 3 dekad kebelakangan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Malaysia telah dan sedang mengalami tiga fasa tsunami politik.
Dinamakan sebagai tsunami kerana sifat fenomena politik ini adalah deras, berlaku secara drastik dan mengejutkan semua pihak, laksana tsunami yang melanda tanpa amaran dan persiapan.

*TSUNAMI PERTAMA*
Pertama pada tahun 1998, dinamakan sebagai TSUNAMI REFORMASI. Apabila Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat serta diheret ke mahkamah atas tuduhan liwat. Orang-orang Anwar secara automatik turut terpelanting sama dari kerajaan dan parti. Maka ramai pengikutnya dikalangan ahli Umno dan penjawat awam bangkit menentang kebobrokan ini. Mereka terjun bersama barisan pembangkang dengan menubuhkan parti KeAdilan.

Perkara ini turut mengundang simpati rakyat marhaen. Media alternatif memainkan peranan yang cukup signifikan dalam membentuk tsunami ini. Lalu rakyat bangkit atas nama keadilan, melahirkan slogan reformasi, sebagai reaksi penentangan bagi menentang kezaliman Umno. Seluruh negara gempar dengan siri-siri demonstrasi, penangkapan, operasi itu dan ini sehingga mengheret ke ambang PRU ke 10.

Hasil Tsunami ini, protes ahli Umno berlaku dalam PRU ke 10. Terengganu jatuh ke tangan PAS dengan hanya meninggalkan BN empat kerusi. Di Kelantan mereka tinggal 2 kerusi. Kedah hampir-hampir ditawan PAS. Sebilangan kerusi tradisi BN berjaya ditawan pembangkang sehingga sekarang.

Akibat Tsunami ini, Umno hilang kepercayaan kepada Tun M sebagai presiden. Akhirnya beliau meletakkan jawatan, lalu digantikan oleh Pak Lah.

*TSUNAMI KEDUA*
Kedua adalah TSUNAMI CINA, berlaku pada tahun 2013. Peralihan sokongan kaum cina dari BN kepada pembangkang begitu drastik sekali berlaku. Kaum India juga hampir separuh yang berpaling. Pada PRU ke 12, mereka beramai-ramai melakukan perubahan meninggalkan MCA, MIC dan juga Gerakan.
Kesan Tsunami ini, Pulau Pinang di bawah Gerakan jatuh ke tangan DAP. Perak, Kedah dan Selangor juga jatuh tanpa disedari. Kelantan mengekalkan kemenangan bergaya. Pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat buat kali pertama dalam sejarah negara.

Kegagalan besar BN telah menyebabkan Pak Lah juga hilang kepercayaan. Beliau tidak dapat bertahan lama, terpaksa meletakkan jawatan lalu digantikan dengan proksi Tun M ketika itu, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

*TSUNAMI KETIGA*
Kini, berlaku semacam petanda tsunami baru bakal berlaku. Tsunami ini berbeza dari yang sebelumnya. Kerana ia bukan tsunami kaum, bukan tsunami akibat penindasan, tetapi tsunami atas dasar akidah. Tsunami yang disebut oleh ahli akademik Dr Iskandar Tan Abdullah sebagai TSUNAMI ISLAM.

Tsunami ini tercetus akibat serangan yang tidak putus-putus terhadap ajaran Islam dan institusinya. Siri-siri penentangan terhadap pemerkasaan syariah, campurtangan fatwa, kalimah Allah, sekatan ke atas penceramah agama dalam dan luar, penghinaan terhadap agama dan berbagai lagi perilaku yang mengundang kemarahan umat Islam.

Parti-parti, pertubuhan dan individu yang selama ini tidak pernah menyentuh isu orang Islam, kini terang-terangan menyatakan penentangan. Mereka yang dahulu kelihatan bermusuh, sanggup bersatu untuk menentang Islam. Bukan setakat non-muslim, bahkan ada orang Islam termasuk agamawan sendiri yang berpihak kepada mereka, membekalkan hujah dan peluru untuk meragui keabsahan ajaran Islam.

Kemarahan umat Islam terhadap fenomena ini jelas dilihat apabila mereka mula menyeru kepada kesatuan atas nama Islam. Atas nama agama, umat Islam membuang perbezaan aliran, jemaah, parti dan lokaliti untuk berdiri dalam satu saf yang sama. Himpunan menyokong RUU355, menjadi indikator besar bahawa umat ini masih memiliki sensitiviti tinggi terhadap agama. Pantang melihat Islam dicabar.

Beberapa kajian dan bancian yang dilakukan oleh berbagai pihak kebelakangan ini mengiyakan hipotesis ini. Ia berlaku terutama kepada kalangan orang muda dan kaum hawa beragama Islam. Sedar atau tidak, merekalah yang dominan dalam PRU14 akan datang.

Maka manifestasi Tsunami ini bakal kita lihat dalam PRU14 yang bakal tiba. Rakyat akan menghukum semua pihak yang bersifat prejudis terhadap Islam dan institusinya. Umat Islam akan bangkit dan bersatu menentang segala cubaan untuk melemahkan kredibiliti agama di negara ini.

Isu-isu yang boleh menyeru kepada perpaduan atas nama Islam perlu sentiasa digerakkan, untuk mengekalkan momentum yang baik ini sehingga PRU14. Selain RUU355, banyak lagi isu menyentuh maruah agama yang sedang diperlecehkan. Semua ini perlu disedari oleh umat Islam, supaya agama ini tidak terus dipermainkan.

Semoga kesedaran untuk membela Islam tidak hanya berlaku dalam tindakan politik sahaja. Sebaliknya ia terus berkekalan agar agama ini terus subur di hati dan terus mekar di bumi yang dicintai semua ini.

_(Alang Ibn Shukrimun)

Jangan tinggalkan dua amalan sunnah selepas solat Subuh dan Magrib”

Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
     “ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata  sehingga selesai bacaan :
اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh juga membaca :
اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Apakah fadilat amalan yang pertama? 
Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imamath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib:  1/306)
     Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
     Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”
Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:   “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)
*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah :)

RUU 355 wajib disokong

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG 
09 MARCH 2017

PENGANUT Islam yang peka terhadap hubungannya dengan aqidah, dan kaitannya dengan kepercayaan kepada Syariat Islamnya, serta akhlaknya terhadap anutannya, pasti merasa terpanggil tanpa bahas dan debat, apabila kedudukan Islam dihina atau direndahkan, lalu bangkit berusaha dan berjuang bagi meninggikan kedudukan Islam di setiap kemampuan, kedudukan dan mengambil setiap peluang.

Begitu juga kalangan yang berjati diri dengan moral, merasa risau dengan kegagalan undang-undang ciptaan manusia yang serba kelemahan, lalu bermuhasabah kembali kepada hukum Allah. Kecuali mereka yang hilang kemanisan iman dan akhlak luhur, menegakkan kepentingan dunia dan nikmatnya, terus memandang serong terhadap Syariat Allah dengan berbagai dalih. 

Kepada sesiapa sahaja yang bencikan kemungkaran selemah imannya, apabila membaca Perlembagaan Malaysia dan huraiannya dengan bahasa kebangsaan, walaupun dia tidak berilmu tinggi dalam ajaran agamanya, pasti merasa terhina apabila membaca kedudukan Islam di dalam Perlembagaan itu.

Prof Ahmad Ibrahim menegaskan dalam tulisannya: Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan, dalam ulasan beberapa muka surat, mafhumnya, “Perlunya Pindaan 355 bagi mengangkat kuasa Mahkamah Syariah yang sangat direndahkan kedudukannya, sehingga Mahkamah Tinggi Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret di daerah-daerah.”

Generasi terdahulu telah meminda sebanyak dua kali mengikut kemampuan mereka, namun mengangkatnya dalam keadaan masih rendah dan hina.

Dalam Tafsir Al-Manar melaporkan Fatwa Sheikh Muhammad Abduh R.A. kepada soalan Maulawi Noruddin Mufti Panjab India, betapa seseorang Islam boleh menjadi hakim dan apa-apa jawatan di bawah Kerajaan Penjajah Inggeris yang memaksa undang-undangnya menghukum rakyat dengan undang-undang ciptaannya. Tujuannya mengambil setiap peluang melaksanakan Syariat Islam sekadar kemampuan, walaupun hanya undang-undang keluarga dan meringankan bebanan kezaliman.

Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Al-Qayyim yang menjadi rujukan penting golongan Wahabi juga memberi fatwa di zaman keganasan kaum Tartar supaya mengambil setiap peluang, bersama perjuangan menegakkan Syariat dan mempertahankannya, bukannya meninggalkan Syariat dan mendiamkannya, menyerah diri kepada musuh Islam kerana berlunak.

RUU 355 adalah mencegah kemungkaran warisan penjajah terhadap Hukum Allah di zaman kita sudah merdeka secara berperingkat dengan wajib disokong dan didukung oleh penganut Islam dan bukan Islam yang peka berkenaan hak umat Islam dan tidak menghalang untuk melihat ruang Islam dilaksanakan walaupun pada kadarnya yang masih terhad.

Kalau undang-undang ciptaan manusia daripada berbagai negara dan bangsa diizinkan untuk dilihat pelaksanaannya walaupun terus menerus gagal dan mendera rakyat, tanpa kejayaan mengurangkan jenayah termasuk yang paling berat, mengapa usaha kembali semula kepada Syariat Islam dihalang dan dihina?

Hukuman seperti bunuh menggunakan tali gantung, mencekik dan menyeksa yang diamalkan sejak dahulu kala masih diamalkan sehingga kini di seluruh dunia. Adapun hukum Islam apabila menjatuhkan hukuman mati, Rasulullah  S.A.W bersabda:

إن الله كتب الإحسان على كل شئ فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته . رواه مسلم.
“Sesungguhnya Allah menetapkan pahala amal kepada tiap-tiap sesuatu (berlaku baik). Maka apabila kamu melakukan hukuman membunuh, lakukanlah secara yang baik dan apabila kamu menyembelih, lakukanlah juga secara yang baik. Tajamkankan pisau dan rehatkan binatang sembelihannya.”

Begitu juga hukuman sebatan Syariat Islam berbeza dengan sebatan undang-undang manusia terkini, kerana hukuman sebatan Islam bersifat mendidik. Ada pun sebatan undang-undang ciptaan manusia lebih bersifat menyeksa bukannya mendidik.

Rasulullah S.A.W bersabda apabila diberitahu bahawa penjenayah yang dihukum sebatan seratus sebatan kerana berzina itu seorang yang uzur dan lemah:

“Ambilah seberkas seratus ranting, pukulkan dia satu kali sahaja.”
Dalam hukum jenayah ciptaan manusia diadakan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan. Ada pun hukum Islam, yang berhak mengampun ialah mangsa atau walinya (keluarga terdekat dan terkuat). Mengapa perbandingan ini tidak dilakukan untuk mengambil yang terbaik?

RUU 355 hanya sebahagian daripada pelaksanaan sistem kehakiman dan membolehkan pelaksanaan hukuman sebahagian hukum Syariat di peringkat negeri. Juga untuk memberi ruang kepada masyarakat umum menyaksikan ruang diberi kepada undang-undang di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Malangnya kalangan bukan Islam mencampuri urusan umat Islam walaupun sudah dinyatakan sempadannya oleh Perlembagaan terhadap bukan Islam bahawa Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa dalam urusan bukan Islam. Lebih malang pula terdapat segelintir penganut Islam juga menentang. Adakah kerana kejahilan atau sengaja berdolak dalih terhadap Islam yang diketahui kedudukannya? Mungkin di belakang mereka dalang penjajah?
Mereka yang menentang itu memang menyedari hukuman yang terlalu ringan terhadap penjenayah Syariah pada hari ini tidak mendidik dan tidak mencapai hikmahnya yang sebenar, tidak mampu menunjukkan kehebatan Syariat Islam. Inilah kehendak penjajah dahulu dan barangkali inilah sebenarnya perjuangan mereka bagi meneruskan kehendak penjajah itu. 

Kepada penganut Islam bacalah peringatan Allah:

وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠ المائدة .
48. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

49. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
50. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.(Al-Ma’idah: 48-50)

Para ulama Siyasah Syariyyah menyebut peranan kerajaan atau pemerintah mencegah kemungkaran dalam perkara yang tidak ada nas di dalam Al-Quran juga mendukung pelaksanaan Hukum Al-Quran:
الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن 
(الطرق الحكمية ابن القيم )
“Allah (memerintah) mencegah dengan kuasa pemerintah dalam apa-apa yang (tidak disebut) cegahannya dengan nas Al Quran.” (kitab At-Turuq Al Hukmiyyah – Ibn Al Qayyim)

Saya mengingatkan mereka yang menentang RUU 355 dengan amaran Allah:
ٱلَّذِينَ يَسۡتَحِبُّونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا عَلَى ٱلۡأٓخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلِۢ بَعِيدٖ ٣ إبراهيم .
Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.(Ibrahim: 3)

Bagi penganut Islam bukan sahaja mempelajari ilmu agama, hendaklah juga bertafaquh (memahaminya), kerana sabda Rasulullah S.A.W:
مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ. وَإِنّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَيُعْطِي اللّهُ"
(متفق عليه)
Sesiapa yang Allah kehendaki yang terbaik kepadanya, maka dijadikannya memahami dalam perkara agama Islam. Aku yang membahagi Allah sahaja yang memberi kurnia.
Betapa perlunya berilmu dan bertafaquh (faham) sehingga Rasulullah S.A.W bersabda:

خِيَارُهُمْ في الجَاهِليَّةِ خِيَارُهُمْ في الإِسْلامِ إِذَا فقُهُوا. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Mereka yang terbaik (akhlak dan pengetahuannya) di masa jahiliyyah, menjadi terbaik juga apabila bersama Islam sekiranya memahami agama.

Maka Rasulullah S.A.W menerima segala sifat mulia di kalangan jahiliyyah sehingga mengenangkan mereka yang tidak sempat bersama Islam. Rasulullah S.A.W juga menerima ilmu dunia yang bermanfaat yang datang daripada kalangan bukan Islam.
Malangnya ada mereka yang jahil murakkab atau bersifat takabur dengan sedikit ilmunya, menutup pintu kepada Islam. Kononnya berniat baik. Janganlah termasuk kalangan mereka, Allah mendedahkan niat mereka:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ ١١ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ ١٢  البقرة.
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(Al-Baqarah: 11-12)

Kepada ahli PAS, ingatlah! Bahawa kemenangan di akhirat hanya bersama Islam walaupun siapa membawanya wajib disokong. Menang pilihan raya sahaja tanpa menang di akhirat  jawapannya kosong. Tujuan kita menang kedua-duanya, namun kemenangan akhirat tetap menjadi pilihan.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
10 Jamadil Akhir 1438H / 9 Mac 2017M

Thursday, March 9, 2017

TENTANG SAKIT

Suatu hari Rasulullah  SAW kedatangan seorang bapak dan anak gadisnya. Bapak tersebut meminta Rasulullah SAW untuk menikahi anak gadisnya dan mengatakan bahwa anak gadisnya merupakan anak yang sangat luar biasa dimana anaknya *sejak kecil sampai sekarang tidak pernah sakit*

Rasulullah SAW tersenyum dan beliau diberitahu oleh Malaikat Jibril untuk menolaknya karena *tidak ada kebaikan* dalam diri anak gadis itu.

Sungguh luar biasa makna dari sakit, ternyata dengan datangnya penyakit pada diri kita itu mendatangkan berbagai kebaikan.
Bahkan sebagian ulama mengatakan orang yang sedang sakit dipastikan orang tersebut sedang dicintai Allah...

Sakit kalau kita sikapi dengan positif:
✅~ *Sakit itu "Zikrullah"*
Orang yang sedang sakit akan lebih sering menyebut Asma Allah dibandingkan ketika dalam sehatnya.

✅~ *Sakit itu "Istighfar"*
Orang yang sedang sakit akan teringat dosa-dosa yang pernah diperbuat, sehingga lisan akan terbimbing untuk selalu beristigfar dan memohon ampunan kepada Allah.

✅~ *Sakit itu "Tauhid"*
Bukankah saat sedang hebat rasa sakit, kalimat thoyyibah yang akan terus digetar?

✅~ *Sakit itu "Muhasabah"*
Orang yang sedang sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri, menghitung-hitung bekal apa yang telah dikumpulkan untuk kembali menghadap Illahi.

✅~ *Sakit itu "Jihad"*
Orang yang sedang sakit tidak diperbolehkan hanya pasrah akan tetapi diwajibkan terus berusaha dan berikhtiar untuk mencapai kesembuhan.

✅~ *Sakit itu "Ilmu"*
Bukankah ketika sakit, kita akan memeriksa, berkonsultasi dan pada akhirnya merawat diri utk berikutnya ada ilmu untuk tidak mudah kena sakit.

✅~ *Sakit itu "Nasihat"*
Orang sakit mengingatkan yang sehat untuk jaga diri. Yang sehat menghibur yang sakit agar mau bersabar.
Allah cinta dan sayang keduanya.

✅~ *Sakit itu "Silaturrahim"*
Saat jenguk, bukankah keluarga yang jarang bertemu akhirnya datang membesuk, penuh senyum dan rindu mesra? Karena itu pula sakit adalah perekat ukhuwah.

✅~ *Sakit itu "Penggugur Dosa"*
Orang yang sedang sakit sesungguhnya dia sedang dicintai sang Pencipta sekaligus sedang diberi ujian..tentu kalau diterima dengan sabar dan tawaqal akan merontokan dosa-dosa.

✅~ *Sakit itu "Mustajab Do'a"*
Sesungguhnya doa orang yang sedang sakit mustajab, maka saat kita menengok yang sakit disamping kita mendoakan maka mintalah doanya.
Imam As-Suyuthi  selalu keliling kota mencari orang sakit lalu beliau minta dido'akan.

✅~ *Sakit itu salah satu keadaan yang "Menyulitkan Syaitan"*
Orang yang sedang sakit diajak maksiat tak mampu dan tak mau. Dosa yang lalu disesali dan mohon ampunan.

✅~ *Sakit itu membuat "Sedikit tertawa dan banyak menangis"*
Satu sikap ke-Insyaf-an yang disukai Nabi dan para makhluk langit.

✅~ *Sakit meningkatkan kualitas "Ibadah"*
Rukuk - Sujud lebih khusyuk,
Tasbih - Istighfar lebih sering,
Bermunajat - Do'a jadi lebih lama.

✅~ *Sakit itu memperbaiki "Akhlak"*
Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, pribadi dibiasakan santun, lembut dan tawadhu'.

✅~ Dan pada akhirnya *"SAKIT"* membawa kita untuk selalu ingat akan *"KEMATIAN"*