Showing posts with label SALAM SAIYIDUL AYYAM. Show all posts
Showing posts with label SALAM SAIYIDUL AYYAM. Show all posts

Wednesday, February 1, 2017

SALAM SAIYIDUL AYYAM



Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al-Quran.

1)    Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar al-Quran. 

2)    Ahli al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerana tiada amalan yang
        lebih mulia dari membaca al-Quran.

3)    Yang mahir dengan al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi ‘alaihimussalaam.

4)    Pembaca al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.

5)    Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

6)   Pembaca al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

7)   Pendamping al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredaan dari Allah Ta’ala.

8)  Sebanyak mana seseorang itu menghafal al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.

9)   Hafiz al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli       keluarganya yang telah wajib masuk neraka.

10) Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.

11) Pendengar kepada bacaan al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.

12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara biasa.

14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.

15) Allah berbual dengan pembaca al-Quran.

16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu al-Quran.

17) Pembaca yang tahu makna al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami isi kandungannya