Showing posts with label AQ IDAH. Show all posts
Showing posts with label AQ IDAH. Show all posts

Wednesday, January 18, 2017

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR



Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

PEMUDA:
Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

PAK IMAM:
Boleh, dengan izin Allah.

PEMUDA:
Tok imam yakin kaaa!! Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.

PAK IMAM:
Aku akan cuba jawab soalan hang!

PEMUDA:

Saya ada 3 soalan:
1. Kalau benar ALLAH itu ada, tunjuk kat saya kewujudan Dia
2. Apakah yg dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yang sama. Apakah tuhan tidak pernah terfikir sejauh itu?

PANGGGGGGGGG!

Satu penampar dari tok imam singgah dekat pipi pemuda itu.

PEMUDA:
Adoi! Kenapa tok imam tampar saya?

PAK IMAM:
Sekali tampar dekat muka kamu adalah jawapan untuk 3 soalan yang kamu tanya tadi.

PEMUDA:
Saya tidak paham!

PAK IMAM:
Macamana rasa penampaq saya?

PEMUDA:
Sakit laa Tok Imam!

PAK IMAM:
Jadi hang percayalah sakit itu ada!

PEMUDA:
Ya!

PAK IMAM:
Boleh tidak kamu tunjuk sakit itu ada dan macam mana rupanya.

PEMUDA:
Tidak boleh Tok Imam!

PAK IMAM:
Tu jawapan soalan pertama kamu. Kita boleh rasa ALLAH itu ada tapi tidak boleh tengok.
Permuda terpegun jawapan Pak Imam.

PAK IMAM:
Malam tadi kamu mimpi tidak hendak ken penampar aku?

PEMUDA:
Tidak (sambil gosok-gosok pipi bekas kena penampar)

PAK IMAM:
Hang terpikir tidak yang kamu hendak kena penampar aku hari ini?

PEMUDA:
Takkk! ( masih tercengang-cengang)

PAK IMAM:
Tu lah namanya TAKDIR!

Pemuda sombong itu terdiam.

PAK IMAM:
Tangan yang aku tampar muka kamu ini dibuat dari apa?

PEMUDA:
Kulit dan daginggg!

PAK IMAM:
Pipi yang kena panampar aku itu dibuat dari apa pulak?

PEMUDA:
Kulit dan daging!

PAK IMAM:
Kamu rasa macam mana bila aku penampar tadi?

PEMUDA:
Sakit dan pedih berdesing!

PAK IMAM:
Itulah! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan walaupun sama unsurnya.

PEMUDA:

Allahuakbar!

Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, December 14, 2016

BERIBADAT KEPADA LAIN DARIPADA ALLAH



Beribadat kepada yang lain daripada Allah adalah syirik yang sangat besar dan mesti ditolak. Ada kaum di dalam dunia ini yang menyembah cekrawala iaitu bintang-bintang di langit, bulan dan matahari. Ada pula yang menganggap bintang ini yang menentukan hujan, yang menentukan musim dan menentukan macam-macam perkara.

Bila bulan duduk di sini akan jadi begini. Bila bintang duduk di sini akan jadi begini dan begini. Memanglah diantaranya berkait dengan peraturan Allah. Kita mesti percaya semuanya bergantung kepada Allah. Semuanya dengan izin Allah

Hari ini tuhan tunjuk di depan mata kita. Berlakunya angin, berlakunya musim yang tidak menentu.

KULIAH YT


Tuesday, December 6, 2016

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari



1. Semalam - Sudah menjadi sejarah

2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. 
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun 

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. 
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN : 

1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : 

1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga

Semoga bermanfaat