Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Sunday, February 26, 2017

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN

Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72) 
 
Bahwa Rasulullah SAW bersabda,

“Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, aku melihat satu malaikat memiliki1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya
satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku,
‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’

Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi."

Rasulallah SAW bertanya kepada malaikat tadi,
‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?.

’ Malaikat itupun berkata,
‘Wahai Rasulallah SAW, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke
laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

Mendengar huraian malaikat tadi, Rasuluallah SAW sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan.

Kemudian malaikat tadi berkata kepada Beliau,
‘Wahai Rasulallah SAW, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan
keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang
turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan."

Rasulallah SAW pun bertanya,
‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?"

Malaikat itupun menjawab,
‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai
Rasulullah SAW..., jika umatmu
berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namaMu lalu bershalawat atasMu, pada saat itu aku tidak bisa menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada
mereka atas shalawat yang mereka ucapkan atas Dirimu."
اللهم صل علا محمد و علا ال محمد

Sunday, February 19, 2017

TARBIAH



Disebut dalam hadis pada hari kiamat nanti Allah akan memanggil 

3 jenis manusia lebih dahulu daripada orang lain:
1.  Orang alim
2.  Orang kaya
3.  Orang yang berjihad.

Allah SWT memanggil orang alim, “Kamu membuat apa atas dunia dulu?”
Orang alim berkata atas dunia dulu aku belajar bersungguh-sungguh, aku boleh ilmu dan aku mengajar orang kerana Kamu.
Tuhan kata: “Ya Aku tuhu, kamu alim dan kamu mengajar orang ramai, tetapi kamu mengajar bukan kerana Aku. Kamu tidak ikhlas, kamu riak.” Tuhan memerintah orang alim ini dibawa ke neraka.

Orang kaya dipanggil, “Kamu membuat apa atas dunia dulu?”
“Ya Tuhan Ku atas dunia Kamu memberi kepada aku harta dan aku kaya. Lalu aku menderma banyak kepada orang.” Kata orang kaya
Tuhan kata: “Ya Aku tahu, tetapi kamu menderama supaya orang kata kamu ini bagus, kamu riak.” Orang kaya itu diheret ke dalam neraka.

Dibawa pula orang yang berjihad, “Kamu membuat apa atas dunia dulu?”
Orang yang berjihad berkata, “Ya tuhan ku saya berjuang dan lama saya berjuang, saya berjihad.”
Tuhan berkata, “Ya Aku kamu berjihad lama, tetapi bukan kerana Aku. Kamu berjuang untuk menunjuk kepada orang kamu berani.” Tuhan arah masuk ke dalam neraka.

Inilah tarbiah. Tarbiah bukan sahaja belajar. Tarbiah ialah untuk memasukkan ilmu yang kita belajar ke dalam hati kita supaya menjadi iman, jadi ikhlas, tidak riak, dan melahirkan amal yang salih diterima oleh Allah SWT dan boleh membawa kebaikan kepada manusia.

Oleh itu kita disuruh bukan sahaja belajar tetapi kena tarbiah. Tarbiah, didik dan belajar sehingga faham serta berdoa kepada Allah SWT. Kita beramal apa yang boleh amalkan. Mana yang boleh beramal mesti beramal, beramal selalu dan jangan tangguh. Jika tidak mampu lagi beramal mesti ada niat dalam hati untuk beramal, mesti ada perjuangan untuk beramal. Dengan niat itu Tuhan tambahkan ilmu, tuhan tambah kekuatan, tuhan jadikan kita istiqamah sehingga akhir hayat. 

Kita tidak boleh putus dengan tuhan sepanjang masa. Tidak boleh putus dengan ilmu, tidak boleh putus dengan amal dan tidak boleh putus dengan tuhan sepanjang masa. Inilah pentingnya mereka yang duduk dalam perjuangan Islam. Orang Islam ramai dan di kalangan orang Islam itu ada orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk bersama dengan perjuangan Islam. 

Dalam kisah Thalut dan nabi Daud, Thalut memilih 80,000 bala tentera untuk melawan Jalut. Apabila Allah SWT uji dengan sebatang sungai selepas lapar dan dahaga kerana mengharungi padang pasir, tuhan kata tidak boleh minum air sungai melainkan secabak sahaja. Daripada 80,00 mengikut riwayatnya 76,000 yang minum dan 4,000 sahaja yang menolak. Daripada 80,000 tinggal 4,000 yang dibersih oleh Allah SWT. Itu disebut dalam surah al-Baqarah.

Dalam Quran banyak kisah. Kita hanya membaca maknanya sahaja dan tidak jadikan sebagai tarbiah. Inilah kesilapan kita.

KULIAH YT

KESOMBONGAN

Seorang lelaki kaya nan sombong berjalan di keramaian pasar.

Seorang wanita paruh baya penjual minyak samin , dengan kendi di atas kepala sambil membawa ember ditangan kanan melintas di hadapannya

Lelaki itu bertanya: 
"Wahai wanita, dagangan apa yang engkau bawa?".


Yang ditanya menjawab: 
"Minyak samin tuan".


"Coba aku pingin lihat" lelaki itu berkata dengan nada suara datar.
Dengan susah payah wanita paruh baya itu menaruh ember yang ia bawa lalu berusaha menurunkan kendi dan;
"TES... TES..." gemetar tangan si wanita membuat kendi berguncang dan sedikit minyak samin tumpah, menetes mengenai baju lelaki itu.

Seketika amarah lelaki itu meledak. tanpa belas kasihan ia menghardik wanita malang penjual minyak samin: 
"Aku tidak terima, kau harus membayar bajuku yang engkau kotori ini!" 

 
"Maaf tuan, saya tidak sengaja. maafkanlah saya.?" 
Memelas wanita itu bersimpuh menghiba.


"Enak saja, tidak bisa, ayo bayar bajuku ini" dan bertambah tinggi suara amarah lelaki itu.
Tak berdaya, dengan suara lirih wanita malang itu memberanikan diri bertanya: 
"Memangnya berapa harga baju tuan ini?"


"Baju ini harganya 1000 dinar, ayo bayar!"


Kaget sekali wanita itu, ia menghiba: "dari mana uang sebanyak itu tuan, saya ini wanita miskin?".

Emosi dan kesombongan lelaki itu memuncak: "Aaah! saya tidak mau tau itu, baju yang kau kotori ini harus kau bayar!"
Pemandangan menyedihkan ini menyebabkan terhentinya langkah seorang lelaki muda. 
Ia lalu berdiri disisi wanita malang itu sambil berkata: 
"Ini uang 1000 dinar, biar baju tuan yang mulia ini saya bayar" 
Ia mengeluarkan kantung uang dari saku bajunya dan memberikan-nya pada lelaki jumawa yang lalu menerima dan menghitung uang 1000 dinar dengan mata berbinar.

Wanita itu berterimakasih berkali-kali pada lelaki muda dewa penolongnya itu.
Merasa uang yang ia inginkan sudah diperoleh laki-laki sombong itu hendak melangkah pergi.
 
"Eeh nanti dulu?" hardik lelaki muda itu.
"Ada apa lagi ?" balasnya ketus.
Dengan tenang lelaki muda itu berkata: 
"Kan sudah saya bayar bajumu itu. Sini, berikan baju itu padaku. Itu baju milik-ku"

 
Terbelalak mata lelaki sombong itu berkata: 
"lha jadi saya harus berjalan di pasar ini telanjang bulat?"

Ketus lelaki muda menjawab: 
"Itu bukan urusan saya! bawa sini saya sudah bayar 1000 dinar. Itu baju milik saya sekarang! "
Orang-orang yang sedari tadi berkerumun dan geram dengan kelakuan si lelaki sombong ramai-ramai berteriak: "Ayo buka bajunya!" dan "serahkan bajunya. Itu bukan milikmu lagi!"

Merasa terpojok dengan suara memelas si sombong menunduk-kan kepala berkata pada lelaki muda: "Ini ambil kembali uangmu ini, aku tidak jadi menjual bajuku ini."
Laki-laki muda berkata : 
"Siapa bilang saya mau menjual baju itu.? 
Saya tidak ingin menjualnya! 
Sini! serahkan bajuku.!"

Pucat pasi wajah si lelaki sombong. Ia menghiba: " Tolonglah, jual kembali baju ini padaku".

Setelah memohon berkali-kali akhirnya laki-laki muda itu berkata: 
"Baiklah, tapi karena baju itu milikku, aku tidak akan menjualnya kecuali dengan harga 2000 dinar "


Pahit dirasa ludah yang terpaksa ditelan laki-laki sombong itu demi mendengar omongan ini. Dengan wajah yang tetap menunduk ia lalu merogoh koceknya 2000 dinar menyerahkannya pada lelaki muda dan secepatnya berlalu pergi diiringi riuh rendah suara sorakan orang-orang di pasar itu.
Laki-laki muda itu lalu mengulurkan uang 2000 dinar itu pada wanita penjual minyak samin yang sedari tadi masih terduduk bersimpuh di dekatnya." ibu, ini hadiah dariku untukmu."
 
Saudaraku, ingatlah selalu, siapa yang merendah, ALLAH akan meninggikan-nya.
Siapa yang sombong, ALLAH akan merendahkannya.
Di dunia ini dan juga di akhirat nanti.

 
Semoga Allah menghilangkan kesombongan kita
Aamiiin ya robbal Aalamiin.

Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman:_
*Keagungan adalah pakaianku.*
*Kesombongan adalah selendangku.*
*Barang siapa yang mencabutnya dariku*
*Maka Aku akan mengazabnya.*
(Hadis Qudsi Riwayat Abu Daud Ibnu Maja)

Thursday, February 16, 2017

KELUARGA TETAP PALING UTAMA

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak sulung saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing, hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu ayah saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".
Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga  yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'.

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik &  ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku.  Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana ayah mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila ayah akan pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dipintu menantikan kepulanganku.

Lalu 20 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini Khamis malam Jumaat, jangan lupa kirimkan doa dan baca Yaasin buat arwah ayah.
Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya ayah, pasti dia bangga melihat anaknya hari ini berjaya dan aku tidak melihat ibu sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil ayahku, aku perlu ayahku Ya Allah.." kertas itu basah kerana titisan airmatanya..

Ya Allah maafkanlah aku....
Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....
Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, ayah sangat menyesal kerana telah berlaku kasar padamu.

“Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk  berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita.  Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara  lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku..

Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka

Tuesday, February 14, 2017

SEPASANG PENGANTIN BARU

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. 
Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.

“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.

Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya. 
 
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”

Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”

Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”

Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”
Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:

1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.

2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.

3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah terlambat.

Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”

Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”

Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.” 
 
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.

Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak.”

Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”

Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.

Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sebelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”

Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi kamu menghianati aku.

Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabar menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”

Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan bersama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.

Kawan-kawan, begitulah umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepada-Nya. Dia mau kita memiliki hikmt-Nya yang unik dan juga berkat kebendaan.

"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"
 
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Monday, January 30, 2017

MUSTAFA KAMAL ATATURK



M A T I N Y A  D A L A M   H I N A !  

Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum–hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK? 

Benar! Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.

Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.

Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau.

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa
“negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya
mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.
Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan.

ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah! Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!