Showing posts with label UJI. Show all posts
Showing posts with label UJI. Show all posts

Thursday, December 15, 2016

SIHIR BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH TA’ALA



Allah Ta’ala menyebut:

“Dan tidaklah mereka itu dapat memberi mudharat dengan sihir itu akan seseorang melainkan dengan izin Allah.”

Kita tidak perlu takut kepada sihir. Mereka tidak boleh memberi mudharat kerana semuanya berada di bawah kekuasaan Allah Ta’ala.

Bagaimana pula nabi dan orang kena sihir?

Itu adalah kerana Allah Ta’ala hendak menguji orang yang kena sihir, jika sabar dapat pahala. Orang yang melakukan sihir berdosa besar.

Kita perlu sedar bahawa ayat ini menyatakan sesuatu itu berlaku dengan kehendak Allah Ta’ala. Semua perkara itu berlaku dengan dilulus oleh Allah Ta’ala, dengan keizinan Allah Ta’ala.

Ada perkara yang berlaku itu dengan redha Allah Ta’ala dan ada dengan murka Allah Ta’ala. Ada perkara yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala tetapi Allah Ta’ala tidak redha.

Ada perkara Allah Ta’ala redha dan ada perkara Allah Ta’ala tidak redha.

Perkara yang baik Allah Ta’ala redha. Perkara buruk berlaku dengan kehendak Allah Ta’ala tetapi dengan tidak redha Allah Ta’ala.

Semua perkara berlaku adalah dengan izin Allah Ta’ala. Oleh kerana itu kita hendaklah bergantung kepada Allah SWT.

KULIAH YT


Tuesday, November 29, 2016

ZURIAT DALAM SYURGA DIGABUNGKAN



“Dan orang-orang yang beriman itu Kami gabungkan mereka bersama dengan zuriatnya.”

Anak-anak cucu dan cicik mereka yang beriman digabungkan dengan mereka. Para ibu-bapa digabungkan dengan anak-anak mereka yang soleh sehingga mereka menikmati darjat yang tinggi dalam syurga.

Para ulamak mengatakan ada di kalangan zuriat murtabatnya rendah kerana kurang ibadat diangkat murtabat bersama dengan ibu bapanya yang tinggi darjat.

Ibu bapa yang rendah darjat disamakan dengan anaknya dan cucunya yang lebih tinggi darjatnya di dalam syurga.

Dengan ini mereka bertemu antara satu sama lain.

“Dan tidaklah Kami kurangkan amalan mereka sedikit pun.”

Walaupun digabungkan nikmat mereka tidak dikurangkan. Mereka boleh bertemu antara satu sama lain dengan syarat mereka beriman.

Ayah nabi Ibrahim tidak boleh bertemu dengan nabi Ibrahim dalam syurga kerana ayahnya tidak beriman.

Abu Lahab, bapa saudara nabi SAW tidak diketemukan dengan nabi SAW kerana Abu Lahab tidak beriman.

Adapun anak-anak dan ibu bapa yang beriman akan digabungkan diantara satu sama lain.

Para ulamak membincangkan tentang anak-anak orang kafir. Mengikut kaum yang asaf anak-anak orang kafir dimasukkan ke dalam syurga.

Satu riwayatkan mengatakan mereka diuji terlebih dahulu. Bila berjaya ujian baharulah dimasukkan ked dalam syurga kerana mereka tidak berdosa.

KULIAH TAFSIR YT