Showing posts with label AKHIRAT. Show all posts
Showing posts with label AKHIRAT. Show all posts

Saturday, January 14, 2017

MENYESAL



Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah-tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi, ada yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa pun.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak *menyesal.*

1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun sudah mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan je. Patut tadi aku gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian tu."

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas dan berlian-berlian tu.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin, kerana letih dan malas.
Begitulah *gambaran penyesalan* kita bila sampai ke alam akhirat. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali.  

Ketika sakaratul maut, kita akan di nampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom, ternyata sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi.

Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagilah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kafirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagilah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti merekalah yang paling menyesal.

Itulah gambaran penyesalan di akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah As-Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin."

Monday, December 5, 2016

GRED APA SOLAT KITA!



Gred E

Bila
azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfacebook terus berfacebook, tengah berwhatsap terus je whatsap, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya

Gred D 

Bila
azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio,tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat

Gred C 

Bila azan berkumandang,
terus mengambil wuduk dan solat

Gred B

Bila azan, terus berwudhu' dan
menuju ke masjid mahupun surau

Gred A 

Bila azan, sudah
berada di masjid dalam keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat Kita

Kalau exam kita nak gred A sokmo.
Solat macam mana? Ingatlah! solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti bukannya result exam!
Solat terjaga insya-Allah benda lain pun ✅✅ 

Sama-samalah kita imbangkan hal dunia dan hal akhirat.

Wednesday, November 30, 2016

SATU GAMBARAN DI AKHIRAT



“Dan sesiapa yang Allah takdirkan dia menjadi sesat maka tiada penolong baginya selain Allah. Barangsiapa dikecewakan oleh Allah kerana sombong tidak mahu beriman kepada Allah dan tidak mahu bergantung dengan Allah Ta’ala maka Tuhan biarkan mereka lalu dia menjadi sesat.”

Orang sombong macam iblis dan mereka yang sama dengannya tuhan biarkan mereka menjadi sesat. Bila sesat tidak ada siapa yang boleh menolongnya dan tidak ada siapa yang boleh memberi perlindungan kepadanya.

Antaranya ialah mereka yang tidak beriman kepada nabi Muhamad SAW apabila diajak mereka kepada iman padahal mereka yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat dengan nabi SAW.

Mereka sebangsa dengan nabi, melihat perangai dan akhlaknya yang baik dan mereka puji pada awalnya. Tetapi apabila Rasulullah SAW mengajak mereka masuk Islam, mereka menolak dengan sebab kepentingan dunia yang mereka kejar.

Begitu jugalah mereka yang dikecewa oleh Allah di kalangan umat manusia yang kemudian. Mereka tidak mahu ikut Islam kerana tidak mahu susah. Ataupun ikut Islam separuh-separuh sahaja. Jangan ikut semua sekali baharulah jadi senang.

Mereka seperti ini tidak layak mendapat hidayah daripa Allah Ta’ala untuk menjadi orang-orang beriman.

“Dan engkau melihat orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri kerana mereka tidak beriman serta menzalimi orang lain, tatkala mereka melihat azab.”

Ada ulamak mengatakan azab itu ialah azab neraka pada hari kiamat kelak. Ulamak lain pula mengatakan azab kubur menimpa mereka baharulah mereka sedar dan percaya pada masa itu.

“Mereka berkata adakah kami boleh dikembalikan semula supaya beriman dan beramal salih?”

Mereka berharap dihidupkan semula di dunia supaya dapat beriman dan beramal. Pertanyaan yang tidak terjawab dan tidak diterima olah Allah Ta’ala.

“Dan engkau melihat mereka dibentangkan ke atas neraka dan mereka melihat sebahagian daripada azab, di masa itu mereka berada dalam keadaan khusyuk.”

Khusyuk yang tidak memberi apa-apa makna. Masa atas dunia tidak mahu khusyuk. Bila mati baharu hendak khusyuk. Mereka menjadi hina pada masa itu.

“Mereka melihat neraka dengan mengerling sahaja kerana takut.”

Tidak berani tengak neraka, gerun dan takut.

Ibni Mas’ud mengatakan ayat ini menceritakan mengenai Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ruh mereka dimasukkan ke dalam temolot burung berwarna hitam lalu dibentang neraka jahanam.

Sesetengah ulamak pula mengatakan mereka ialah orang-orang musyrikin seluruhnya. Apabila dibentangkan dosa-dosa mereka di dalam kubur dan dipamerkan kepada mereka akan azab neraka baharulah mereka berasa gerun dan takut.
 
“Dan berkatalah pula orang-orang beriman sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka sendiri pada hari kiamat.”

Sekiranya keluarga mereka masuk neraka, mereka tidak boleh tolong. Jika keluarga masuk syurga Allah Ta’ala dindingkan mereka dengan keluarga mereka. Jadi mereka tidak boleh tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka tidak ada harapan hendak bersama dengan keluarga mereka.

Mengikut tafsiran lain, Allah Ta’ala menyediakan setiap manusia dengan ahli-ahli dan keluarga dia di kalangan bidadari di dalam syurga. Setiap orang sama ada Islam atau kafir disediakan bidadari. Adapun orang kafir yang masuk neraka maka keluarga yang disedia oleh Allah dalam syurga dipindah ke orang lain.

Bila tidak layak masuk syurga segala isteri, bidadari dan pelayan yang diuntukkan kepadanya diberi kepada orang lain.

Jadi rugi kerana tidak mendapat keluarga dalam syurga. Ini berdasarkan kepada hadis nabi bermaksud:

“Tiada seseorang di kalangan kamu melainkan disediakan kepadanya dua tempat, satu tempat dalam syurga dan satu tempat lagi dalam neraka.

Apabila dia mati masuk neraka maka ahli-ahli syurga mewarisi tempat yang disediakan untuk mereka dalam syurga kerana tuannya tidak layak. Bila tidak layak tempat diberi kepada orang lain.”

Allah Ta’ala berfirman: “Ingatlah sesungguhnya orang-orang yang zalim lagi kafir berada dalam azab dalam keadaan kekal selama-lamanya. Dan tiadalah bagi mereka penolong-penolong yang boleh menolong mereka daripada azab Allah Ta’ala.”

Mereka yang duduk dalam neraka tidak dapat penolong untuk menyelamatkan mereka daripada neraka. Duduk dalam nerakalah selama-lamanya.

“Dan sesiapa yang Allah Ta’ala jadi dia sesat kerana memilih sesat maka tidak ada jalan baginya untuk menyelamatkan diri.”

Ada orang mudah-mudah bercakap: “Sesat ke sesatlah, ambil kepada kamu perkara yang elok.” Ini ayatnya terserahlah.

“Sebelum tiba kepada kamu hari kiamat yang kamu tidak boleh menolak daripada Allah Ta’ala, tiada tempat selamat bagi kamu daripada azab dan tidak ada penolong yang boleh menolong kamu daripada azab Allah SWT.

Sahutlah seruan Allah dengan beriman dan taat untuk bersedia menghadapi hari kiamat, hari yang mesti berlaku.”

Hari kiamat tiada penolong melainkan Allah, tiada pelindung melainkan Allah dan tidak boleh melepas diri daripada Allah. Kalau hendak selamat sahut seruan Allah Ta’ala supaya beriman dan taat dengan mengerjakan taat.

“Maka sekiranya mereka berpaling (tidak mahu beriman) wahai Muhamad SAW maka tidaklah Kami utuskan engkau menjadi pengawas kepada mereka wahai Muhamad.”

Jika mereka tidak beriman nabi Muhamad SAW tidak disuruh cek apa yang mereka lakukan kerana nabi SAW bukanlah pengawas. Biarlah mereka dengan kejahatannya.

“Tidak ada kebajikan kepada kamu melainkan menyampai sahaja wahai Muhamad.”

Tugas nabi SAW ialah menyampai sahaja agama Allah kepada manusia bukannya menyemak kerja jahat mereka.

“Dan sesungguhnya apabila Kami rasakan kepada manusia yang kafir itu rahmat daripada kami diantara rahmat itu sihat, itu adalah pemberian daripada Allah Ta’ala sama ada mereka sedar ataupun tidak sedar.”

Bila Tuhan memberi rahmat, mereka dalam keadaan sihat

“Bergembiralah dengannya.”

Bila mereka sihat, berniaga mendapat banyak untung, naik pangkat, mendapat hasil daripada tanaman dan ternakan, maka mereka bergembira dengan nikmat itu.

“Dan jika mereka ditimpa oleh keburukan sesungguhnya manusia itu kufur akan nikmat Tuhannya.”

Bila datang pula bala bencana mereka kufur dengan nikmat yang Tuhan beri kepada mereka. Oleh kerana itulah Allah Ta’ala tunjuk kepada kita contoh nabi Ayub AS yang sihat 70 tahun kemudian diberi sakit beberapa tahun.

Bila isterinya menyuruh dia meminta doa kepad Allah supaya dia sihat nabi Ayub kata:

“Aku malu kepada Tuhan. Tuhan memberi aku sihat berpuluh-puluh tahun tetapi sakit beberapa tahun sahaja.”

Ini nabi yang menjadi satu contoh kepada orang-orang beriman. Bagi mereka yang tidak beriman dan sihat berpuluh-puluh tahun tiba-tiba datang sakit marah selalu kepada Tuhan. Mereka kufur akan nikmat yang diberi dalam masa yang begitu lama.

Ada juga manusia pada masa sihat lupa kepada Allah Ta’ala.

“Bagi Allah milik segala langit dan bumi serta isi-isinya, bumi dan isi-isinya adalah milik bagi Allah sama ada kita tahu isinya ataupun kita tidak tahu.”

Terlalu banyak makhluk Allah Ta’ala di bumi dan di langit. Ada yang kita tahu dan ada yang kita tidak tahu. Kita mesti beriman kepada kekuasaan dan kebesaran Allah Ta’ala.

“Dia mencipta apa yang Dia kehendaki, Dia mengurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki termasuk di kalangan rasul-rasul-Nya akan anak-anak lelaki (nabi Yaakub), akan anak-anak perempuan (nabi Lut)

dan Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dia kehendaki anak-anak lelaki diantaranya nabi Ibrahim AS ataupun Tuhan jadikan ada belaka anak lelaki dan anak perempuan diantaranya nabi Muhamad SAW.”

Nabi Muhamad SAW ada 7 orang anak, 3 lelaki dan 4 perempuan.

Allah Ta’ala berfirman lagi: “Dan Allah Ta’ala jadikan sesiapa yang Dia kehendaki mandul (tidak ada anak langsung) iaitu nabi Zakaria dan nabi Isa ASTS.”

Nabi Yahya tidak ada anak dan nabi Isa pun tidak ada anak. Begitulah Tuhan jadikan manusia. Jika Tuhan jadikan nabi dan rasul begitu maka kita yang bukan nabi dan rasul tidak perlu sedihlah.

Itu semua mengikut susunan dan aturan Allah Ta’ala yang Maha Bijaksana.

“Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.”

Allah Ta’ala Maha Mengetahui apa tujuan Dia buat dan semua yang dibuat oleh Allah Ta’ala adalah baik.

Allah Ta’ala Maha Berkuasa, sebarang apa yang Dia mahu semuanya jadi, tidak ada siapa yang boleh halang.

Itu adalah sifat Allah Ta’ala yang Maha Suci daripada segala kekurangan yang wajib kita beriman kepada-Nya.

KULIAH TAFSIR YT