Showing posts with label PEMERINTAH. Show all posts
Showing posts with label PEMERINTAH. Show all posts

Wednesday, January 4, 2017

*SALAH FAHAM KHALIFAH*



Apa yang ramai faham, khalifah adalah ketua kerajaan bagi umat Islam. Ia seumpama raja atau presiden negara.
 
Sebenarnya, khalifah berasal dari bahasa arab (خليفة). Ia bermaksud pemerintah yang menggantikan Nabi pada urusan menjaga agama dan memerintah dunia dengannya. Pemerintahan Islam disebut sebagai khilafah (الخلافة اﻹسلامية).

Apa yang sebenarnya harus difahami, bukan semua pemerintah Islam disebut sebagai khalifah. Khalifah yang sebenar mestilah tidak menaungi satu negeri sahaja tetapi menjadi penaung bagi semua negara-negara Islam. Maksudnya Malaysia, Indonesia, Turki, Palestin dan lain-lain akan berkongsi seorang khalifah sahaja. Tidak boleh wujud di atas dunia ini lebih dari satu khalifah pada satu masa.

Konsep khalifah sangat berbeza dengan konsep pemerintahan negara hari ini. Ini kerana setiap negara hari ini memiliki ketua negara sendiri bergelar raja atau presiden. Mereka memerintah secara bebas dan tiada kaitan dengan negara lain. Tetapi dalam sistem khilafah, ketua negara akan digelar sebagai gabenor dan mereka semua tunduk di bawah khalifah yang satu. Mengikut amalan, khalifah berhak menentukan siapa yang akan menjadi gabenor mana-mana negara, juga berhak untuk memecatnya.

Apabila tertegak khalifah, semua umat Islam wajib berbaiah dengannya dan siapa yang menentang boleh diperangi. Sekiranya tiada khalifah, wajib umat Islam berjuang untuk menegakkannya. Peranan khalifah yang hilang juga perlu digalas setakat kemampuan yang ada oleh setiap komuniti Islam. Ini kerana antara tujuan utama manusia dicipta di bumi adalah untuk menjadi khalifah tuhan (al-Baqarah:30)

Friday, November 25, 2016

DUA KUMPULAN AHLI NERAKA


Hadis riwayat Muslim:

“Dan daripada Abu Hurairah RA katanya sabda Rasulullah SAW dua kumpulan di kalangan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat kedua-duanya, satu kaum bersama dengan mereka pemiat seperti ekor-ekor lembu memukul dengannya akan manusia,

dan perempuan-perempuan yang memakai pakaian yang seperti bertelanjang yang sengaja menggoda dan melakukan godaan di atas kepala mereka hiasan seperti gah-gah unta,

mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga, dan sesungguhnya bau syurga itu didapati dari jarak yang terlalu jauh.”

Hadis ini amaran daripada nabi SAW supaya umatnya tidak melakukan dosa besar yang dilakukan oleh dua kumpulan manusia.

Kumpulan ini walaupun tidak sempat dilihat oleh nabi SAW tetapi akan berlaku di akhir zaman.

Pertama:

Kumpulan yang melakukan kezaliman dan kejahatan. Kerjanya memukul orang dengan pemiat seperti ekor lembu. Ini jenis manusia ditugaskan untuk memukul orang, untuk membuat kezaliman kepada orang seperti memukul orang yang tidak bersalah dan tidak layak menerima hukuman itu.

Mereka melakukan kerana mengikut arahan ketuanya. Ini termasuk di kalangan ahli neraka.

Ini menunjukkan bahawa kita diharamkan mengikut arahan-arahan yang zalim dan pemimpin yang zalim.

Disebut dalam Quran: “Dan ingatlah pada hari dibalik-balikkan muka ahli neraka di dalam neraka (macam dibalik-balikkan barang yang digoreng dalam kuali), lalu ahli neraka itu berkata,

wahai Tuhan alangkah baiknya masa di dunia dulu aku mentaati Allah dan mentaati rasul-Nya (ikut Quran dan hadis – taat kepada Allah dan taat kepada rasul)

dan mereka berkata lagi, wahai Tuhan!  sebenarnya di dunia dulu KAMI MENTAATI PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI DAN KETUA-KETUA KAMI,

MEREKALAH YANG TELAH MENYESATKAN KAMI, WAHAI TUHAN SEKSAKANLAH MEREKA DENGAN SEKSA YANG BERKALI GANDA LAGI (kerana mereka yang mengajar kami membuat perkara yang bercanggah dengan arahan Allah dan rasul dan laknat mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya)

Ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh mengikut arahan yang zalim, perintah yang zalim dan di bawah kerajaan yang zalim. Jadi ketua yang zalim masuk neraka dan mereka yang mengikut arahannya masuk neraka juga.

Kumpulan ini berlaku di akhir zaman dan nabi kata macam ekor lembu. Mereka langsung tidak berfikir. Mereka kira boleh upah atau makan gaji sahaja tanpa mengira arahan zalim atau pun tidak. Nabi kata mereka ahli neraka.
 
Kedua:

Perempuan-perempuan yang memakai pakaian seperti bertelanjang. Sama ada memakai pakaian yang ketat atau nipis yang menampakkan anggotanya. Sudah menutup aurat tetapi macam telanjang.

Sesetengahnya kepala tudung elok tubuh memakai pakaian yang ketat laksana bertelanjang. Ataupun memakai pakaian yang tidak cukup, separuh tutup dan separuh lagi tidak tutup seperti memakai T-Shirt tangan pendek.

Mereka berhias pula kepala dengan berbagai-bagai hiasan macam gaf unta.

Nabi kata mereka ini tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga. Ini bermakna masuk nerakalah.

Jadi kena jaga anak isteri kita. Sekarang semakin ramai berpakain seperti tersebut. Memakai pakaian tetapi ketat.

Ini bukan orang kata tetapi Tuhan kata, Tuhan suruh memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang diarahkan.

Kita kena ingat, ini adalah amaran nabi SAW. Orang perempuan yang memakai pakaian tidak menutup aurat dengan sempurna tidak mencium bau syurga dan tidak masuk syurga dan sesungguhnya jarak bau syurga itu terlalu jauh.

Diriwayatkan jaraknya lima ratus tahun perjalanan kerana membuat perkara dosa besar.

Ini diantara bencana yang akan berlaku di akhir zaman dan kita dapati apa disebut dalam hadis itu sudah berlaku sekarang.

Manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya menyebabkan mereka melakukan dosa-dosa besar ini.

KULIAH YT