Showing posts with label ASAL USUL KALIMAH SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHAA ILLALLAH WALLAHHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM. Show all posts
Showing posts with label ASAL USUL KALIMAH SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHAA ILLALLAH WALLAHHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM. Show all posts

Thursday, December 22, 2016

ASAL USUL KALIMAH SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHAA ILLALLAH WALLAHHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM.

Ibnu Abbas r.a. berkata... Ketika Allah SWT menjadikan Arasy dan menyuruh malaikat memikulnya lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa berat. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca " Subhanallah". Sebaik membacanya maka ia terasa ringan memikul Arasy dan mereka membaca selama - lamanya.

Kata Ibnu Abbas r.a. lagi... Apabila Allah SWT menjadikan Adam A.S. maka yg mula-mula keluar dari mulut Adam A.S. ialah bersin. Lalu Allah SWT mengilhamkan kepada Adam A.S. untuk membaca kalimah "Alhamdulillah" lalu Allah menjawab "Yarhamuka Rabukka( kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau).

Kemudian malaikat berkata... Inilah kalimah yg mulia dan baik, dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabung dgn ayat pertama tadi dan mereka membaca 'Subhanallah Walhamdulillah'.

Mereka membaca demikian sehingga Allah SWT mengutuskan Nuh A.S. Disebabkannya kaum Nabi Nuh A.S. adalah kaum yg pertama menyembah berhala maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S. supaya menyuruh kaumnya membaca 'Laa illaha illalah' bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Lalu malaikat berkata... inilah kalimah yg besar dan baik yg tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dgn kalimah yg dua itu sehingga menjadi 'Subhanallah Walhamdulillah walaailaha illalah'.

Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim A.S. Allah SWT memerintahkan supaya Nabi Ibrahim A.S. menjalankan korban anaknya, yg mana akhirnya Allah SWT menebus anaknya Ismail A.S. dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim A.S. melihat anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan seekor kambing maka Nabi Ibrahim menyebut 'Allahu akbar', kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yg dikurniakan oleh Allah kepadanya.

Para malaikat berkata... Inilah kalimah keempat yg sungguh baik dan besar. Kemudian malaikat menggabungkan dengan kalimah yg tiga sehingga menjadi 'Subhanallah Walhamdulillah walaailaha illalah Wallahu Akbar' .

Ketika malaikat Jibrail A.S. menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW baginda merasa kagum dan terus membaca 'Laa haula Wala quwwata illa billahil ALIYIL aziem'.

Kemudian Jibrail A.S. berkata... Gabungkan kalimah empat itu sehingga menjadi 'Subhanallah Walhamdulillah wala ilaaha illallah wallahu akbar  wala haula wala quwwata illa billahil aliyil aziem'.

Wallahua'lam...