Showing posts with label TAHAJJUD. Show all posts
Showing posts with label TAHAJJUD. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

7 Sunnah Hebat



Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan. dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat hebat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Saturday, November 5, 2016

NISFU SYAABAN

Nisfu bermakna tengah, tengah bulan Syaaban. Sikap kita umumnya bila datang Nisfu Syaaban ini kita terlalu mengambil berat daripada lain-lain acara ibadat. Bila sebut Nisfu Syaan sebelum Maghrib lagi, lelaki dan peremapun, kecil dan besar berduyun-duyun pergi ke masjid dengan membawa bermacam-macam kuih-muih.

Padahal sembahyang jemaah besar pahala dan sembahyang tahjud lagi besar pahala. Kita tidak bersungguh mengenai tahjud tetapi kuat sangat nisfu Syaaban. Sembahyang berjemaah kita tidak berapa bersungguh juga sedangkan pahalanya besar dan hubungan masyarakat sangat baik.

Mengikut hadis dicerita oleh Siti Aisyah isteri nabi SAW, hadis ini bukan kuat sangat:
Siti Aisyah kata satu malam nabi tinggal tempat tidur pergi melawat kubur Baqi’, melawat kubur tengah malam.

Kita melawat kubur ialah untuk membersih diri kita daripad sifat-sifat huduh. Bila kita pergi ke kubur kita berasa orang yang berada dalam kubur itu waris kita, sahabat kita, ibu-bapa dan sebagainya harap-harapnya menimbulkan keinsafan kepada kita. Perkara ini lebih berkesan waktu malam daripada waktu siang. Waktu siang banyak gangguan.

Bila Rasulullah SAW pulang ke rumah Siti Aisyah memberitahu nabi dia susah sekali mencari nabi. Nabi kata tidaklah aku hendak pergi ke rumah isteri lain. Aku ini Rasulullah takkan aku hendak membuat perkara-perkara yang tidak senunuh, yang tidak berpadanan dengan aku sebagai seorang rasul.

Nabi berkata Allah Ta’ala turun pada malam nisfu Syaaban ini ke langit dunia lalu mengampun dosa makhluk-makhluk yang begitu ramai, lebih banyak lagi daripada bilangan bulu kambing biri-biri. Pada malam nisfu Syaaban orang baca Yasin tiga kali dan berdoa.
Mestikah pada malam nisfu Syaaban kita baca Yasin dan selepasnya berdoa. Jawabnya tidak mesti. Apa yang penting kita diminta jangan lalai, jangan buang masa, hendaklah ingat ke akhirat. Kita hendak baca Yasin boleh, kita hendak baca Quran seorang diri boleh, hendak berzikir pun boleh, buatlah apa sahaja ibadat yang boleh mendatang pahala kepada kita.

Doa pula, boleh dibaca apa sahaja doa. Dalam bahasa Melayu pun boleh. Kita perlu hidup malam nisfu Syaaban dengan ibadat dan doa. 

Malam nisfu Syaaban ini Allah Ta’ala turun ke langit dunia, iaitu langit paling dekat sekali dengan bumi, untuk mengampun dosa. Bagaimana pula tuhan turun naik. Istilah turun dan naik dengan cara yang layak bagi tuhan, yang tidak sekali-kali sama dengan makhluk-Nya. Kalau malam nisfu Syaaban kita menghabiskan masa di depan TV, tidak berdoa maka tuhan tidak akan ampun dosa. Tuhan akan ampun dosa kepada mereka yang berdoa.

Nabi bertanya Siti Aisyah kamu tahu apa dia malam nisfu Syaaban ini. 

Siti Aisyah kata, “Aku tidak tahu kalau kamu tidak beritahu, silalah beritahu”.

Jawab nabi SAW, “Malam inilah tuhan menulis segala-gala budak yang akan dilahirkan dan bilangan kematian dalam tahun itu”

Jadi malam nisfu Syaaban ialah malam perancangan Allah Ta’ala menetapkan bilangan kelahiran dan kematian hamba-hambanya.

Bagi orang yang tidak ada anak, malam nisfu Syaaban ini elok berdoa bersungguh-sungguh supaya diberikan anak. Makan ubat untuk mendapat anak teruskanlah tetapi doa jangan ditinggalkan.

Amalan yang manusia buat akan diangkat naik. Malam nisfu Syaaban ini segala amalan yang baik diangkat ke langit diletak di tempat tertentu boleh jadi tempat itu namanya ‘illiyin. 

Pada malam nisfu Syaaban juga diturun daripada langit rezeki-rezeki manusia. Tiap-tiap tahun ada bajet tuhan; rezeki kesihatan, rezeki nyawanya, rezeki wang dan emasnya, rezeki beras, rezeki sahabat handai, rezeki ilmu pengetahuan, rezeki anak-pinak dan bermacam-macam pemberian tuhan disebut rezeki dan banyak mana rezeki kita ini ditentukan malam nisfu Syaaban juga.

Oleh kerana malam nisfu Syaaban malam penentuan rezeki, maka elok benar semasa berdoa kita minta apa sahaja dan sebanyak mungkin yang kita ingin minta daripada Allah Ta’ala. Jika peluang dibuka malam nisfu Syaaban ini kita tidak membuat apa satu maka rugi benarlah.

Siti Aisyah bertanya dengan Rasulullah, “Adakah kita boleh masuk syurga dengan tidak rahmat Allah Ta’ala?”. 

Bolehkah kita masuk syurga dengan amalan kita sahaja.

Lalu nabi menjawab, “Tidak ada seorang pun atas dunia ini boleh masuk syurga tanpa rahmat Allah Ta’ala”. Nabi ulang sebanyak tiga kali kepada Siti Aisyah.

Kita membuat kerja, membuat amal ibadat kerana tuhan suruh. Kita boleh masuk syurga bukan kerana ibadat kita tetapi kerana rahmat Allah Ta’ala.
Bila mendengar jawapan Rasulullah Siti Aisyah bertanya lagi, “Adakah kamu begitu juga ya Rasulullah?”

Nabi menjawab, “Aku pun begitu, aku dapat masuk syurga dengan rahmat Allah Ta’ala juga.”

Diriwayatkan oleh Abu Musa Assaari, sahabat nabi SAW. “Aku dengar nabi SAW sebut bahawa Allah Ta’ala memberi perhatian kepada manusia malam nisfu Syaaban ini lalu mengampunkan dosa makhluk-makhluk-Nya. Semua manusia diampunkan dosa malam nisfu Syaaban kecuali orang syirik iaitu syirik besar dan syirik kecil, dan orang berdendam dengan orang”.

Mereka yang berdendam yang tidak ada perasaan sedikit pun untuk memaafkan kesalahan orang tidak diampun dosanya malam nisfu Syaaban.

Saidina Ali sendiri sebut dan hadis ini diceritakan oleh Ibni Majah satu daripada kitab hadis yang terkenal, “Bila masuk malam nisfu Syaaban maka hendaklah kamu sembahyang malam dan puasa keesokan harinya kerana Allah Ta’ala turun dari langit atas ke langit dunia sebaik-baik sahaja matahari jatuh pada malam nisfu Syaaban membuat tawaran untuk mengampun dosa dan untuk menambah rezeki”

Bila sembahyang masa kiam biarlah panjang sikit. Baca surah yang panjang jika ingat. Jika tidak ingat bacalah surah pendek berualng-ulang atau acap kali. Boleh juga baca satu ayat, mana-mana ayat dengan berulang-berulang. 

Nabi bila bertahjud membaca surah panjang seperti surah Baqarah dan kadang sambung pula surah al-Imran, nabi baca juga surah-surah pendek berulang-ulang dan nabi baca juga satu ayat secara berulang-ulang. 

Mengikut hadis diriwayatkan oleh Siti Aisyah pada malam nisfu Syaaban nabi sembahyang tahjud terlalu lama sujud sehinggakan Siti Aisyah memegang tapak kaki nabi yang sedang sujud kerana bimbang apa-apa terjadi kepada nabi. 

Nabi banyak berpuasa dalam bulan Syaaban. Selain daripada bulan Ramadan kadang-kadang nabi bepuasa penuh dalam bulan Syaaban dan tidak pada bulan-bulan yang lain. 

Mengikut hadis nabi banyak berpuasa dalam bulan Syaaban kerana kata nabi bulan ini ramai manusia lalai dan dia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan manusia kepada Allah Ta’ala maka nabi suka supaya diangkat amalannya dalam keadaan berpuasa.
Jadi sebaik-baiknya masa tarawih biarlah kiam lama sedikit kerana antara ibadat sunat yang tuhan suka ialah baca al-Quran.

KULIAH YT