Showing posts with label AKHLAK. Show all posts
Showing posts with label AKHLAK. Show all posts

Tuesday, January 24, 2017

AYAH DENGAN ANAK GADIS

Lewat malam.
Seorang ayah menanti anak gadis kesayangnya dgn penuh kerisauan... Di ruang tamu. Seketika, kelihatan kereta masuk ke porch. Baru balik. Entah dari mana.
"Kamu, duduk dulu. Ayah nak cakap sikit."
Anak gadisnya duduk malas-malas.
"Kamu dari mana?"
Anaknya menjawab malas. Tahu ayahnya nak membebel.
"Keluar. Dengan kawan."
Ayahnya bertanya lagi.
"Kawan lelaki atau perempuan? Jujur."
Ah. Habis.
"Lelaki."
Ayahnya mendengus. Mungkin sesal. Mungkin kecewa.
"Ayah tak izinkan lagi kamu keluar malam. Tak kira, dengan kawan lelaki atau perempuan. Ini bukan kali pertama ayah perhatikan. Sudah banyak kali."
Anak gadisnya membentak.
"Tapi, bukan buat apa-apa pun. Takkan nak keluar makan-makan, pergi shopping, tengok wayang pun tak boleh?"
Ayahnya cuba bertenang.
"Boleh. Tapi bukan dengan kawan lelaki. Tapi dengan suami yang sah kamu nikahi.
Bagaimana kamu boleh kata tak buat apa-apa, sedangkan pakaian kamu mengatakan ada apa-apa? Lihatlah pada baju sendat yang kamu pakai, legging yang kamu pakai. Walaupun kamu bertudung, adakah itu tidak menjadikan mata lelaki itu tak terjejas apa-apa? Adakah kemaluan lelaki itu tidak respon apa-apa? Adakah nafsu lelaki itu tidak berkecamuk jadinya?"
Anak gadisnya menggelengkan kepala.
"Ayah, sumpah tak buat apa-apa. Dia lelaki baik. Dah lama kenal hati budi."
Ayahnya mencantas kata.
"Lelaki yang baik tak akan bawa keluar anak dara orang malam-malam. Cuba kamu fikir dengan logik akal. Sekiranya dia berani bawa kamu keluar malam begini, apa alasannya mustahil dia tak berani bawa keluar gadis lain di lain masa?
Lelaki yang tidak menjaga diri atau maruahnya akan menyebabkan perempuan yang bersamanya tak terjaga sama.
Kamu berpakaian untuk dia. Supaya dia suka lihat. Supaya dia rasa bangga dapat keluar dengan kamu. Dan ya, dia selamba memuji kecantikanmu. Kamu mempamer, dia sambut dengan pujian. Macam mana lelaki yang baik akan memuji apabila melihat seorang wanita tidak berpakaian menutup aurat dengan sempurna?
Adakah ayah mengajarkan kamu pakai begini dulu?
Mengapa bila kamu meningkat dewasa, masuk universiti akhirnya fesyen pemakaian berubah?
Degree menjadikan kamu lebih pintar atau menjadikan kamu lebih mungkar? Bukan salah pada degree, tapi salah pada iman sendiri."
Anak gadis merah muka. Diam. Nak menjawab. Tapi kelu.
"Adakah sebab ayah dah tua, ayah tidak berdaya, ayah tidak berkuasa, maka pudarlah rasa kamu untuk jadi anak yang beragama? Hormat luntur ikut usia..
Anak ayah yang ayah sayangi..."
Nada suara ayah ada getar sendu.
"Kamu kena ingat. Syurga itu tak sepenuhnya bergantung kepada reda suamimu.
25 tahun misalnya kamu hidup dengan ayah dan ibu, kalau kami tak reda 25 tahun itu, kamu juga susah untuk dijemput ke Syurga.
Meski suami reda, tapi kami tak reda, kamu masih di antara Syurga dan Neraka. Sekiranya kamu buat air mata suami menitis kegembiraan kerana baiknya layanan kamu kepadanya, patuhnya kamu, solehahnya kamu untuknya..
..tapi kamu buat air mata ayah ibu jatuh tanpa kamu rasa sesal sedikit pun..kamu masih tidak layak untuk Syurga.
Buat kami reda. Buat suami reda. Syurgalah bagi kamu."
Anak gadisnya itu menitiskan air mata. Rasa sebak di dada.
"Lelaki itu bukan untukmu. Ayah tidak akan membiarkan anak yang ayah dukung di bahu ayah ketika kecil, tangis tawa, susah senang hinggalah kamu mampu berdiri sendiri, disakiti oleh lelaki yang kurang imannya."
Si gadis bersuara perlahan.
"Tapi, dia selalu ada masa saya memerlukan..."
Ayahnya mencelah,
"Tidak. Selama ini kamu lemah, siapakah yang menguatkan? Ayah ibu. Pada siapa ayah ibu panjatkan doa supaya kamu kuat? Pada Allah.
Allah yang menguatkan dirimu di kala kamu memerlukan, di saat kamu jatuh, di setiap detik kamu layu lemah.
Demi Allah, kamu tidak kuat. Kerana Allah, kamu harus kuat.
Bukan kerana lelaki yang baru muncul setahun dua."
Air mata anak gadis itu berjuraian jatuh dari pipinya.
"Anakku...ayahmu ini lelaki. Lelaki kenal wajah sebenar lelaki.
Lepaskannya pergi, bangkit kembali. Kuat kembali.
Allah sentiasa di sisi."
Anak gadisnya itu terus memeluk orang tuanya itu. Sungguh segalanya benar. Sejak mengenali pemuda itu, yang ada hanya kata sayang dan pujian. Hanya kata-kata khayalan dan angan-angan. Tidak menjadikannya lebih baik. Cuma menjadikannya lebih berfantasi dan nak happy.
Sedangkan Syurga berlantaikan iman.
Hatinya berbisik, "Subhanallah.. aku banyak dosa ya Allah.."
"Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat.. ampun kan aku Ya Allah"

Wednesday, January 4, 2017

JAD, SI ANAK YAHUDI



Jad adalah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di era tahun 40-an. Tinggal bersama keluarganya di apartment di sebuah kota di Perancis. Ia lahir dari keluarga Yahudi yang taat dan berpendidikan tinggi. Ibunya salah seorang professor di universiti terkemuka di Perancis ketika itu. 
 
Di salah satu sudut 'ground floor' apartment tersebut, ada sebuah kedai kecil serbaneka yang menjadi tempat bagi warga sekitar untuk memenuhi keperluan seharian mereka, termasuk keluarga Jad. Kedai itu milik seorang Turki, Ibrahim, 67 tahun. Seorang yang sangat sederhana, bukan dari kalangan berpendidikan tinggi. 

Jad hampir setiap hari berbelanja di kedai ini. Bila berbelanja, selalu, tanpa pengetahuan Ibrahim, setidaknya begitu persangkaannya, diam-diam ia mengambil sebiji coklat. Sampai suatu hari ia lupa mengambil (i.e mencuri) coklat tersebut. 

Ketika melangkah meninggalkan kedai itu, Ibrahim memanggilnya dan berkata, "Jad, kamu lupa sesuatu, nak." 

Jad memeriksa barangannya. Tetapi, tidak menemui sesuatu yang terlupa. 

"Bukan itu," kata Ibrahim. "Ini." Sambil memegang coklat yang biasa diambil Jad.  

Tentu saja Jad terkejut dan ketakutan. Takut bila Ibrahim menyampaikan 'hal memalukan' tersebut kepada orang tuanya. Reaksinya, bengong dan pucat. 

"Tidak apa-apa, nak. Mulai hari ini kau boleh mengambil sebiji coklat percuma sebagai hadiah. Tapi, berjanjilah untuk jujur dan mengatakannya."
kata Ibrahim sambil tersenyum. 

Sejak hari itu, Jad menjadi sahabat Ibrahim. Ia tidak hanya datang berjumpa Ibrahim untuk berbelanja, tetapi juga menjadi tempat bercerita dan berkongsi masalahnya. 

Bila menghadapi suatu masalah, Ibrahim adalah orang yang pertama diajaknya berbicara. Dan, bila itu terjadi, Ibrahim tidak pernah langsung menjawabnya, namun selalu menyuruh Jad untuk membuka halaman sebuah buku tebal yang tersimpan di sebuah kotak kayu. Ibrahim akan membaca dua halaman tersebut tanpa suara, kemudian menjelaskan jawapan dari masalah yang dihadapi Jad. 

Hal tersebut berlangsung selama lebih kurang 17 tahun. Sampai satu ketika salah seorang anak Ibrahim mendatangi Jad dan memberikan kotak tersebut kepadanya lalu membawa berita yang sangat menyedihkan Jad yang ketika itu seorang pemuda.  Ibrahim, sahabat sejatinya telah wafat. 

Kotak berisi kitab itu diterimanya penuh terharu.
Satu ketika, ia berhadapan dengan satu masalah pelik, ia mengambil kotak itu dan membuka kitab yang ada di dalamnya, sebagaimana yang sering ia lakukan dengan Ibrahim. Ternyata kitab itu bertuliskan huruf Arab. Ia pun memohon temannya berbangsa Tunisia untuk menjelaskan makna dari 2 halaman yang dipilihnya secara rawak.

Si teman itu pun kemudian membacakan makna tulisan itu.  Sungguh, apa yang disampaikan sahabatnya seakan jawapan khusus bagi masalah yang sedang ia hadapi. Jad lalu bertanya kepada sahabatnya: "Ini kitab apa?"

*"Al-Qur'an*, kitab suci Umat Islam."

Terkejut dan takjub Jad mendengar hal tersebut. Ia langsung bertanya bagaimana syarat untuk menjadi seorang muslim. 

Dijawab oleh Si Tunisia: "Mudah, syahadat dan berusaha menjalankan syariah."

Hari itu Jad lantas memeluk Islam dan menukar namanya menjadi *Jadullah Al-Qurani*. Dia berjanji untuk mempelajari Al-Quran dengan sebaik-baik dan semampunya. 

Tentu saja keluarganya yang beragama Yahudi, terutama ibunya yang profesor, sulit menerima hal tersebut dan berusaha untuk mengembalikan Jad kepada keyakinannya semula. 

Si Ibu berjuang dengan pelbagai cara bahkan mengajak teman-teman dari kalangan intelektual Yahudi untuk memberi penjelasan kepada Jad. Ini berlangsung selama 30 tahun. Namun, tidak berhasil.
Pengaruh Ibrahim yang bersahaja, ternyata mengalahkan semua orang-orang pintar di sekitar Jad. 

Jadullah pernah berkata,
"Saya jadi Muslim di tangan seorang lelaki yang justeru tidak pernah berbicara tentang agama.."
"Tak pernah berkata"
"kamu Yahudi"
"kamu Kafir"
"belajarlah agama"
"jadilah muslim"
"Tapi, ia menyentuh saya dengan *akhlak*, sebaik-baiknya perilaku. Memperkenalkan kepada saya sebaik-baiknya kitab, *Al-Qur'an* 

Jadullah Al-Qur'ani meninggal dunia pada tahun 2003. Dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim - lebih kurang 30 tahun - ia telah mengislamkan lebih dari *6 juta orang* di Afrika

Sementara Ibunya pula memeluk Islam pada tahun 2005, pada usia 78 tahun, dua tahun setelah meninggalnya si anak tersayang: *Jadullah Al-Qur'ani*

Wednesday, November 2, 2016

SEORANG BADWI BERTEMU RASULULLAH SAW



Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:

“Telah datang seorang Arab Badwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah!

Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Badwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Badwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” 

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Badwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik)"

 
Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Badwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?” 

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Wassalam, wallahualam.