Saturday, February 25, 2017

JEJAK DR ZAKIR NAIK (GHANA TOUR - D)

S1a. Jika anda percaya nabi Muhamad pesuruh Allah maka anda menjadi orang Islam. Jika anda percaya nabi Isa pesuruh Allah, adakah orang itu menjadi orang Islam?

J1a – Dr Zakir Naik

Jika anda percaya nabi Isa itu pesuruh Allah, anda juga orang Islam. Anda tidak boleh menjadi orang Islam jika anda tidak percaya nabi Isa pesuruh Allah. Saya sudah memberitahu bahawa Islam ialah satu agama yang mengiktiraf nabi Isa pesuruh Allah. Dia bukan orang Islam jika tidak percaya nabi Isa AS pesuruh Allah.
Kita orang Islam percaya nabi Isa AS seorang pesuruh Allah dan kita percaya dia dilahirkan secara luar biasa tanpa bapa. Kita percaya dia boleh menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Tetapi kita tidak percaya dia tuhan.

Jika anda percaya semua pesuruh Allah, Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Ishak, Yaakub, Yusuf , dan Muhamad SAW anda adalah seorang Islam. Kita percaya nabi Muhamad SAW ialah nabi terakhir dan penutup. Jika anda percaya ini dan percaya tuhan satu bermakna anda menjadi seorang Islam.

S1b – Patutkah saya percaya Bible?

J1b – Dr Zakir Naik

Percaya kepada Bible sebagai perkataan tuhan, mengikut pendapat saya Bible bukan perkataan tuhan. Apa kita orang Islam percaya ialah kitab Injil yang diberikan kepada nabi Isa AS. Kitab Bible sekarang bukan wahi asal kerana ia sudah diubah suai.
Semua kitab-kitab yang diturunkan sebelum Quran, iaitu Taurat, Zabur dan Injil adalah untuk puak tertentu sahaja dan terbatal bila datang nabi lain dan kitab lain.
Oleh kerana Quran kitab terakhir, Quran bukan sahaja untuk orang Arab tetapi untuk manusia sejagat. Quran tidak boleh dipinda kerana ia dijaga dan dipelihara oleh Allah SAW.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr (surah 15) ayat 9:

Allah SWT berfirman:
اِنَّا نَحْنُ  نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ لَحٰـفِظُوْنَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”(QS. Al-Hijr: Ayat 9)
Jadi Quran tidak boleh diubah sampai bila-bila kerana dijaga dan dipelihara oleh Allah SWT.

S1c – Anda tidak percaya Bible perkataan tuhan, kenapa anda menyebut dalam kuliah anda?

J1c – Dr Zakir Naik

Saya menyebutnya kerana penganut Kristian percaya Bible adalah perkataan tuhan. Orang bukan Islam tidak percaya Quran perkataan tuhan. Oleh kerana saya percaya Quran perkataan tuhan, mereka menyebut apa sahaja daripada Quran saya akan ikut. Saya tidak memberitahu anda Quran perkataan tuhan kerana saya percaya Quran parkataan tuhan, saya kena percaya setiap perkataan dan setiap huruf Quran. 

Serupalah, saya tidak percaya setiap perkara dalam Bible perkataan tuhan tetapi penganut Kristian percaya. Oleh kerana penganut Kristian percaya Bible perkataan tuan dia kena ikut setiap perkataan dan setiap huruf dalam Bible. Saya memberitahu anda sebahagian daripada Bible betul perkataan tuhan. Jadi saya mahu menunjukkan persamaan antara Quran dan Bible. Satu daripada persamaan ialah ada menyebut nama nabi Muhamad SAW. Saya percaya Bible telah bercampur aduk, ada perkataan tuhan, ada nabi Isa AS,ada perkataan ahli sejarah dan ponografi. Tetapi penganut Kristian percaya Bible semua perkataan tuhan.
Jika penganut Kristian percaya Bible perkataan tuhan mereka patut percaya nabi Muhamad SAW. Jika mereka percaya nabi Muhamad, mereka juga patut percaya Quran. Jadi saya cuba mendekati mereka kepada yang benar.

Saya adalah pelajar perbandingan agama. Penganut Hindu percaya Vidas adalah perkataan tuhan. Daripada Veda saya cuba membawa mereka dekat dengan Quran.

Saya tanya anda dua soalan sebelum ini. “Adakah anda percaya kepada tuhan yang satu?” Anda kata’ “Ya” “Adakah anda percaya Muhamad pesuruh Allah” Anda kata. “Ya” Masya Allah bermakna anda seorang Islam. Ini adalah keperluan minimum untuk menjadi seorang Islam. Lain-lain perkara kemudian. Jika anda percaya dua perkara ini anda menjadi seorang Islam.

Adakah anda bersetuju berkata dalam bahasa Arab?
“Tidak! Saya perlu buat lebih kajian lagi.”
Anda boleh membuat kajian lebih lagi. Saya sendiri pun membuat kajian lagi. Saya belajar lagi. Makin banyak belajar makin saya suka. Saya tidak beritahu anda bila masuk Islam anda kena berhenti membaca. Anda kenda teruskan. Saya sentiasa baca Quran. Lebih banyak saya baca Quran lebih banyak ilmu saya dapat.
Jika anda bersetuju dua perkara asas diperlukan, dan bila anda menerimanya peluang belajar adalah lebih. Anda kata anda hendak belajar bahasa Inggeris. Pertama anda daftar sebagai seorang pelajar. Anda tidak boleh duduk di luar dan belajar. Anda kena masuk sekolah dan belajar terus menerus. Jika anda tidak masuk sekolah peluang belajar secara terus menerus adalah kurang.

Jadi adakah anda ingin serta agama Islam?
Anda percaya tuhan satu dan Muhamad pesuruh Allah. Dua perkara ini sudah cukup untuk menjadi anda seorang Islam. Pada pendapat saya anda sudah Islam. Islam bermakna tunduk kepada tuhan.

“Jika saya percaya tuhan satu dan Muhamad pesuruh Allah, adakah saya menjadi seorang Islam betul?”
Bila anda percaya anda jadi. Ia antara anda dengan Allah. Anda tidak mesti membuat pengakuan di hadapan khalayak. Anda boleh sembunyi dan ikut Islam. Tetapi biasanya bila anda isytihar peluang anda menyuburkan Islam adalah lebih banyak. Jika nyawa anda terancam anda boleh sembunyikan. Tidak ada sesiapa boleh memaksa anda. Paksa orang supaya Islam adalah dilarang. Quran menyebut dalam surah al-Baqarah (surah) ayat 256:
Adakah anda hendak sebut dalam bahasa Arab?
“Tidak! Saya tidak mahu sebut”

Saya cadang anda membuat lebih banyak kajian dan jika bersetuju anda terima Islam dan saya berdoa agar dimasukkan ke dalam syurga, insya Allah.

“Terima kasih”

KULIAH YT

Thursday, February 23, 2017

*ULAMA MENGHARAMKAN PERLEMBAGAAN TATAR YANG MENCAMPUR ADUKKAN AJARAN ISLAM DAN AGAMA LAIN*

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
Tatar ialah satu kaum yang tinggal di Asia Tengah. Salah seorang rajanya bernama Gengis Khan. Mereka adalah kaum yang ganas dan suka berperang. Pengajian di sekolah-sekolah mereka adalah tentang ilmu peperangan seperti naik kuda, memanah, bergusti dan seumpamanya.

Tatar bercita-cita untuk menakluk dunia. Mereka keluar dari negerinya dan bermula dengan menyerang China, India, tanah Arab hingga ke sempadan benua Afrika.
Setelah Gengis Khan meninggal, kepimpinan Tatar diteruskan oleh anak-anak Gengis iaitu Kublai Khan dan Hulagu Khan. Kublai Khan menyerang empayar China dan juga India hingga jatuh. Hulagu pula masuk ke Baghdad menyerang pusat pemerintahan Islam di bawah khilafah Abasiyah.

Oleh kerana khalifah pada waktu itu leka dibuai hawa nafsu, tenggelam dengan harta dan perempuan, membiarkan maksiat berleluasa, tidak pedulikan pertahanan negara, maka Baghdad lumpuh diserang Tatar. Berjuta-juta umat Islam mati dibunuh. Darah mengalir merata-rata tempat sehingga Baghdad bertukar menjadi kolam darah. Bau mayat tidak hilang dalam tempoh empat tahun lamanya.

Dalam tempoh penaklukan Tatar, kaum itu telah menggubal satu perlembagaan yang dinamakan Yassa. Ia adalah hasil campuran agama Islam, Kristian dan Yahudi. Menjadikan hukum-hakam bercampur aduk antara halal dan haram.
Ulama-ulama pada waktu itu, antaranya Ibnu Kathir menyebut dalam tafsirnya bahawa haram kepada umat Islam menerima perlembagaan ini walaupun terdapat sebahagian ajaran Islam di dalamnya. Bahkan kalau percaya kepada perlembagaan tersebut, boleh murtad dan jatuh kafir.

Ini yang kita perlu faham. Tolak hukum-hakam al-Quran dan percaya kepada undang-undang lain boleh kafir walaupun masih solat, puasa, haji dan sebagainya. Ulama-ulama pada waktu itu memberi fatwa dengan sangat berani, tegas mempertahankan kesucian Islam.

Setelah menjatuhkan Baghdad, Hulagu masuk menakluk Syria, kemudian ke Palestin dan bersedia untuk menyerang Mesir. Mesir waktu itu diperintah oleh kerajaan Mamalik daripada keturunan hamba abdi. Mereka bercadang untuk memungut cukai dari rakyat bagi melawan Tatar. Namun Imam an-Nawawi dari Syria berfatwa bahawa haram memungut fatwa selagi perbendaharaan negara masih ada. Begitu juga fatwa daripada Izzuddin bin Abdul Salam yang digelar sebagai Sultanul Ulama (Ulama yang menguasai sultan), mengharamkan cukai dikutip selagi mana harta-harta dalam istana, termasuk diri raja sendiri dijual untuk mempertahankan negara. Akhirnya kerajaan akur dan tidak memungut cukai.

Tidak lama selepas itu berlakulah peperangan Ain Jalut antara umat Islam Mesir dipimpin oleh Raja Zahir Baybars dengan tentera Tatar pimpinan Hulagu. Ain Jalut merupakan sebuah wilayah di Palestin. Umat Islam berjuang dengan membawa slogan "Wa Islamah", bermakna "demi Islam", "selamatkan Islam", kerana Islam dalam bahaya.

Allah mentakdirkan kemenangan berpihak kepada Islam. Peristiwa itu telah mengejutkan dunia seluruhnya. Bagaimana Tatar yang mampu mengalahkan China, India dan hampir memerangi Eropah, tiba-tiba kalah dengan kerajaan Islam Mamalik yang berasal dari kumpulan hamba abdi.

Bukan itu sahaja, sebahagian besar tentera Tatar akhirnya memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah dari tentera yang asal menakluk tanah arab, dan sebahagian yang masuk ke India.

Masjid Rusila
20 Jumadal Ula 1438
17 Februari 2017

_(Alang Ibn Shukrimun)_

[ 3 MΑKΑNΑN SUNNΑH PÉSΑKIT KÉNCING MΑNIS WΑJIB TΑHU]

[ 3 MΑKΑNΑN SUNNΑH PÉSΑKIT KÉNCING MΑNIS WΑJIB TΑHU]
.
✔DÉLIMΑ

“Αllαh SWT ményébut buαh délimα (rummαn) sébαnyαk 3 kαli di dαlαm αyαt Αl-Qurαn Nyα untuk ménunjukkαn bétαpα hébαtnyα pénciptααn Αllαh itu dαn iα jugα disébut sébαgαi buαhαn dαripαdα syurgα”
Méngurαngkαn risikÓ pényαkit sépérti jαntung, strÓk, kéncing mαnis dαn jugα kαnsér. Délimα méngαndungi flαvαnÓids dαn pÓlyphénÓls yαng tinggi, αntiÓksIdαn yαng mαmpu mélαwαn pényαkit jαntung dαn kαnsér.
.
✔MΑDU

“Dαri pérut lébαh itu kéluαr minumαn (mαdu) yαng bérmαcαm-mαcαm wαrnαnyα, di dαlαmnyα térdαpαt ubαt yαng ményémbuhkαn bαgi mαnusiα. Sésungguhnyα pαdα yαng démikiαn itu bénαr-bénαr térdαpαt tαndα (kébésαrαn Tuhαn) bαgi Órαng-Órαng yαng bérfikir,”
Ménjαdi sumbér gulα αltérnαtif yαng sémulα jαdi untuk pésαkit kéncing mαnis dαn buαh pinggαng. Jikα kitα méngαmbil mαdu sécαrα bértérusαn, bÓléh méngαwαl kαndungαn gulα kitα dαlαm dαrαh.
.
✔ZΑITUN
“Αllαh SWT télαh ményébut di dαlαm Αl Qurαn bérkénααn déngαn buαh zαitun. Di dαlαm Αl Qurαn, buαh zαitun disébut sébαnyαk 7 kαli. Sébαnyαk 2 kαli zαitun di sébut bérséndiriαn dαn 5 kαli lαgi zαitun digαmbαrkαn dαlαm Αl Qurαn bérsαmα déngαn buαh- buαhαn lαin sépérti tαmαr, délimα, αnggur dαn buαh tiin.”
Buαh Zαitun mémpunyαi pélbαgαi khαsiαt yαng bÓléh mémbαntu kitα méncégαh dαn méngubαti ségαlα pényαkit. .Bαgi pésαkit kéncing mαnis bαntu ménurunkαn kαdαr glukÓsα dαlαm dαrαh.
.

Wednesday, February 22, 2017

KEJAYAAN UNIK H355

Objektif utama penganjuran H355 tentu sekali bagi menunjukkan sokongan terhadap RUU355 yang menjadi polemik hangat politik tanahair ketika ini. Ia bertujuan memberi signal kepada para ahli parlimen muslim untuk menyokong RUU ini. Justeru kejayaan sebenar H355 adalah apabila parlimen berjaya meluluskannya dalam sidang akan datang.
Namun di sebalik itu, H355 telah berjaya mencipta banyak kejayaan sampingan yang tidak kurang besarnya kepada tanahair. Untuk tidak memberatkan pembaca, saya ringkaskan ianya kepada 12 sahaja dan dibahagikan kepada dua bahagian:

*_BAHAGIAN PERTAMA_*:

1. KEJAYAAN MENGANJUR HIMPUNAN SEMATA-MATA ATAS NAMA ISLAM
Melalui H355, PAS berjaya memainkan peranan yang sejak sekian lama diperjuangkannya iaitu membangkitkan kesedaran ummah tentang Islam. H355 sangat berbeza dengan himpunan-himpunan lain sebelum ini samada dalam atau luar negara. Walaupun ada himpunan yang turut dianjur oleh gerakan Islam lain seperti PAS di luar sana, tetapi himpunan tersebut tidak semata-mata atas sentimen agama.
Kebanyakannya himpunan atau demonstrasi lain menumpang sentimen kemanusiaan, penindasan atau penyelewengan untuk menarik peserta. Baik himpunan revolusi, Palestin, menentang penjajah atau sebagainya, semuanya itu memiliki nilai moraliti yang dikongsi bersama tanpa mengira batas agama.
Berbeza dengan H355, ianya mutlak atas nama Islam. Ia tidak ada kena mengena dengan soal penindasan, penyelewengan dan seumpamanya. Walaupun ada wakil BN yang berucap di pentas H355, tetapi imej penyelewengan dan kekejaman BN tidak memberi kesan signifikan terhadap kehadiran peserta.
Ini menunjukkan peserta benar-benar hadir atas sentimen pembelaan agama. Mereka hadir kerana faham. Inilah kejayaan unik PAS yang tidak ada dalam sejarah mana-mana bangsa.

2. KEJAYAAN MENUNJUKKAN HIMPUNAN PALING SISTEMATIK DAN PROFESIONAL

Sebuah lagi kejayaan unik buat PAS adalah berjaya menunjukkan contoh sebuah perhimpunan tanpa yang teratur, aman, bersih dan harmoni tanpa provokasi pra-matang. Dengan penyelarasan yang sangat baik antara sekretariat himpunan dengan pihak keselamatan dan DBKL, himpunan ini sangat berbeza dari himpunan anjuran pihak-pihak lain.
Berbanding dengan himpunan gergasi seperti GST dan beberapa siri Bersih anjuran pihak lain, himpunan kali ini sangat harmoni bermula dari peringkat perbincangan lagi. Tiada sebarang kontroversi yang timbul. Syarat ‘tuan tanah’ dipatuhi, rundingan dilakukan secara profesional tanpa melibatkan media sebagai pencetus propaganda mempengaruhi pertimbangan pihak berwajib.
Ia boleh dianggap satu kejayaan bagi menjadikan hujah selepas ini bahawa perhimpunan atau demokrasi tidaklah semestinya berakhir dengan kerugian. Ia juga boleh mematahkan pendapat agamawan yang mengharamkan demonstrasi atas alasan huru-hara.

3. KEJAYAAN KHUSUS BUAT JABATAN AMAL

Pujian wajar diberikan kepada Jabatan Amal Malaysia. Merekalah tulang belakang H355. Banyak kerja-kerja jentera kerajaan dipermudahkan oleh mereka. Baik dari kawalan lalu lintas, parkir kenderaan, bantuan kecemasan hinggalah mengawal provokasi yang cuba dicetuskan. Tindakan pantas menangkap seorang lelaki yang membakar bendera DAP perlu dibanggakan. Selain Jabatan Amal, tiada pihak yang dilihat memainkan peranan sebegini selain pihak polis dalam mana-mana himpunan.

Kalau saya tidak tersilap, belum ada gerakan Islam atau parti politik lain yang memiliki sebuah organisasi unik seperti Jabatan Amal. Tanpa gaji, tanpa keuntungan politik, tanpa kemasyhuran dan tanpa sebarang ganjaran, PAS berjaya menghimpunkan ribuan sukarelawan ikhlas seluruh negara melakukan kerja-kerja amal kerana Allah. H355 berjaya menunjukkan kepada dunia seluruhnya, organisasi di bawah PAS ini adalah entiti yang sangat berkaliber.

Berdasarkan prestasi yang semakin baik, Jabatan Amal wajar diberikan anugerah merit oleh pihak keselamatan negara. Mereka juga boleh diangkat sebagai sukarelawan keselamatan rasmi yang diberikan kepercayaan oleh pihak polis seperti skuad Rela. Sekiranya ada pihak lain mahu meminta permit menganjurkan sebarang himpunan, pihak polis boleh mengsyaratkan agar penganjur melantik Ja
batan Amal sebagai pengawal keselamatan.

4. KEJAYAAN MENARIK SOKONGAN RAKYAT TANPA PEMBANGKANG LAIN.

Kejayaan seterusnya adalah membuktikan kepada semua kumpulan pembangkang lain, PAS mampu berdiri di atas kaki sendiri. Ratusan ribu yang hadir mampu menutup pengkritik yang mengatakan PAS bakal tenggelam dari arus politik negara jika tidak bersama blok Pakatan Harapan.
Ini sekaligus membuktikan idea PAS membentuk blok politik ketiga bukan sebuah retorik. Penyertaan beberapa parti kecil dan ratusan NGO bersama blok Gagasan Sejahtera sudah cukup untuk membuktikan PAS memahami tuntutan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan, PAS memiliki kekuatan sendiri dan tidak perlu menumpang pihak lain. Perkara ini sememangnya sudah dapat dikesan awal oleh parti politik lain samada pemerintah mahupun pembangkang. Kerana itulah Umno terus mencari peluang bekerjasama dengan PAS. PH dan sekutu yang sebelum ini mendabik dada kesombongan menyisihkan PAS, kini sanggup berlutut dan cium kaki demi mengharap PAS bersama.

5. KEJAYAAN SENI KERJASAMA DENGAN KERAJAAN

Kejayaan seterusnya adalah mengambil peluang dari kerjasama dengan kerajaan. Walaupun ramai pihak mengecam sikap PAS yang tidak ‘lawan cacang’ kerajaan, tetapi PAS tidak mempedulikannya. Dalam isu RUU355, ramai berkata PAS telah ditipu Umno. Dakwa mereka, Umno tidak ikhlas menyokong RUU355. Umno hanya gunakan isu ini untuk selamatkan diri yang sudah kelemasan. Kalau betul Umno ikhlas, sudah lama mereka lakukan kerana PAS sudah membawa perkara ini di Parlimen sejak sekian lama.
Tidak dinafikan ada munasabah semua pandangan itu. Tetapi PAS bijak menggunakan peluang yang terhidang untuk mencapai matlamat perjuangan dan dalam masa yang sama tidak merugikan imej politik. Kalau benar Umno hanya berlakon untuk mengembalikan sokongan, mereka telah tersilap langkah kerana yang naik nama dalam isu RUU355 dan juga H355 adalah PAS dan bukannya Umno. Mereka cuma menyebabkan ahli Umno sendiri yang tertarik kepada PAS, tanpa ahli PAS atau non-partisan lain tertarik dengan mereka.
Sama juga seperti isu Rohingya. Umno melalui jentera kerajaan mengambil peluang semaksima mungkin untuk membuktikan mereka juara isu ini. Tetapi kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan majoriti responden selain dari bersetuju dengan kerjasama tanpa mengira batas politik dalam isu ini, mereka juga bersetuju tindakan Umno hanya bersifat politik.

6. KEJAYAAN MENGEPALAI ISU

PAS sebagai sebuah parti politik bukan kerajaan. Tetapi mampu menganjurkan sebuah himpunan dengan melibatkan tokoh tertinggi kerajaan seperti Menteri dan Mufti selain bekas-bekas menteri, wakil rakyat serta pegawai kerajaan berpangkat JUSA. Turut hadir adalah tokoh-tokoh dari NGO-NGO berpengaruh negara seperti para ayahanda Pekida dan Perkasa.
Perkara ini adalah satu lakaran kejayaan ke arah kematangan politik negara. PAS membuktikan bahawa walaupun dikategorikan sebagai pembangkang, tetapi mampu membawa budaya politik yang sangat matang sebaris kemajuan politik negara-negara maju. Berdiri di atas satu tujuan, PAS berjaya membuang sentimen lain yang menyebabkan perpecahan. Bukti BPMS bukanlah gagasan bersifat retorik.

Kejayaan H355 turut menjadi indikator bahawa PAS mampu mencipta, mengepalai dan mengawal keinginan rakyat. Umum mengetahui sejak dari awal, RUU355 adalah dicetuskan oleh PAS sendirian. Walaupun tanpa sokongan media arus perdana dan turut mendapat tentangan dari portal siber terkemuka, PAS tetap berjaya mengetengahkan idea mereka di persada negara.

Bersambung ke bahagian 2..

_(Alang Ibn Shukrimun)_

JEJAK DR ZAKIR NAIK (GHANA TOUR - C)


S1 – Adakah nabi Isa anak tuhan (son of god)?
 
J1 – Dr Zakir Naik.

Apa makna anak tuhan?

Bible menyebut Adam was son of god, Daud was son of god, Ibrahim was son of god, dan Musa was son of god. Dalam kitab Book of Romans Ch.8, V.14 menyebut apa yang termasuk dalam ‘spirit of god’ dia adalah ‘son of god’. Ini bermakna barangsiapa yang taat kepada tuhan yang Maha Kuasa dia adalah ‘son of god’. Jadi nabi Isa AS juga ‘son of god’ seperti Adam, Daud dan Ibarahim.
Jika anda tunduk kepada perintah tuhan anda ‘son of god’ dan saya tunduk kepada perintah tuhan saya juga ‘son of god’
Tetapi ramai penganut Kristian mengatakan, “Tidak, tidak. Isa bukan anak biasa. Dialah ‘begotten son’ dan menyebut ayat dalam Gospel of John Ch.3, V.16. Adakah anda tahu makna ‘begotten’?

“Tidak”

Begotten satu perkataan lucah. Patutkah kita memakai perkataan lucah kepada tuhan? Dalam kitab Bible semakan semula perkataan itu dibuang daripada percetakan. 

Son of god bukan makna tuhan. Nabi Isa bukan tuhan kerana tidak terdapat dalam mana-mana kitab Bible yang nabi Isa berkata: “Saya tuhan dan sembahlah saya.”

S2 – Nabi Muhamad SAW telah menyebut nabi Isa AS sebanyak 25 kali dalam Quran tetapi orang Islam tidak membenarkan saya menyentuh al-Quran. Jadi bagaiman saya hendak mengetahui maklumat itu?

J2 – Dr Zakir Naik

Orang Islam itu jahil dan anda patut maaf orang Islam itu kerana tidak mengizinkan anda menyentuh Quran. Quran bukan diturunkan kepada orang Arab dan orang Islam sahaja tetapi untuk semu manusia.

Quran menyebut dalam surah Ibrahim (surah 14) ayat 1:
Allah SWT berfirman:

الۤرٰ ۙ  كِتٰبٌ اَنْزَلْنٰهُ اِلَيْكَ لِـتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمٰتِ اِلَى النُّوْرِ     ۙ  بِاِذْنِ رَبِّهِمْ اِلٰى صِرَاطِ الْعَزِيْزِ الْحَمِيْدِ

"Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."(QS. Ibrahim: Ayat 1)

Allah berfirman dalam surah Ibrahim (surah 14) ayat 52:

هٰذَا بَلٰغٌ لِّـلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوْا بِهٖ وَلِيَـعْلَمُوْۤا اَنَّمَا هُوَ اِلٰـهٌ وَّاحِدٌ وَّلِيَذَّكَّرَ اُولُوا الْا َلْبَابِ

"(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf."(QS. Ibrahim: Ayat 52)

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah (surah 2) ayat 185:
Allah SWT berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَ بَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِ ۚ  فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَـصُمْهُ  ؕ  وَمَنْ کَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ  ؕ  يُرِيْدُ اللّٰهُ بِکُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيْدُ بِکُمُ الْعُسْرَ  ۖ   وَلِتُکْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُکَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰٮكُمْ وَلَعَلَّکُمْ تَشْكُرُوْنَ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 185)

Allah berfirman dalam surah al-Zumar (surah 39) ayat 41

اِنَّاۤ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ لِلنَّاسِ بِالْحَقِّ   ۚ  فَمَنِ اهْتَدٰى فَلِنَفْسِهٖ  ۚ  وَمَنْ ضَلَّ فَاِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا   ۚ  وَمَاۤ اَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيْلٍ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad - hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka."(QS. Az-Zumar: Ayat 41)

Saudara, Quran untuk semua manusia. Saya akan memberi anda sebuah Quran dan anda boleh membacanya.
Nabi Muhamad SAW telah menghantar surat kepada raja bukan Islam mengajaknya masuk Islam. Baginda menyebut ayat Quran surah al-Imran (surah 3) ayat 64:

Allah SWT berfirman:

قُلْ يٰۤـاَهْلَ الْكِتٰبِ تَعَالَوْا اِلٰى كَلِمَةٍ سَوَآءٍۢ بَيْنَـنَا وَبَيْنَكُمْ اَلَّا نَـعْبُدَ اِلَّا اللّٰهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهٖ شَيْــئًا وَّلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا اَرْبَابًا مِّنْ دُوْنِ اللّٰهِ  ؕ  فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُوْلُوا اشْهَدُوْا بِاَنَّا مُسْلِمُوْنَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".(QS. Ali 'Imran: Ayat 64)

Allah menyuruh kita mencari titik persamaan. Ayat itu menyatakan semua menyembah tuhan yang satu dan tidak ada sekutu dengan-Nya.

S4 – Bible ada menyebut “Saya dan ayah saya adalah satu. Saya tidak faham dan sila terangkan.

J4 – Dr Zakir Naik

Saudara telah mengambil kata dalam Bible, Gospel of John Ch.10, V.30, yang menyebut: “Saya dan ayah saya adalah satu.”

Kebanyakan pendakwah Kristian mengaku dengan kata-kata itu bermakna ‘tiga dalam satu’ (divinity). Untuk memahami ayat anda perlu tahu konteks ayat itu. Jika anda lihat ayat sebelumnya Gospel of John Ch.10, V.23, menyatakan bahawa nabi Isa AS masuk gereja orang Yahudi mengelilingi dan bertanya kepadanya. Nabi Isa jawab antaranya “apa yang saya lakukan ialah apa yang dilakukan oleh ayah saya.”

Jika saya kata “Ayah saya seorang doktor dan saya juga seorang doktor, saya dan ayah saya adalah satu.” Ini bermakna dua-dua doktor, bukan bererti mereka satu manusia, tetapi dua orang manusia yang berlainan. Mereka memiliki satu tujuan iaitu utusan yang dibawa oleh nabi Isa AS ialah utusan tuhan. Dia bukan tuhan. Satu tujuan bukan bermakna divinity.

Saya harap jawapan menepati soalan saudara.
Saudara Kristian itu Alhamdulillah mengucap dua kalimah syahadah.

KULIAH YT

Tuesday, February 21, 2017

Mengapa RUU 355????


WAJIB BACA ..!!! Supaya Umat Islam Mengetahui Apa Yang Berlaku Dari Dulu Hingga Kini.

Apa Hebatnya Agama Lain Selain ISLAM.

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.
Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.
Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .
.
Butir asal permohonan.. ....
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 
 
'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11:
Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan:

'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.

Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.
Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'.
Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Takde kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..
Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'.

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

In Shaa ALLAH..
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah