Futur bagi pejuang Islam adalah penyakit. Futur ini
ada peringkatnya:
1. Peringkat Paling Rendah: Memilik sifat malas
untuk berjuang, ambil ringan dengan kerja-kerja perjuangan, dan suka bertangguh
dalam melakukan gerak kerja Islam.
2. Peringkat Paling Tinggi: Dia menghilangkan terus
diri dia dari perjuangan Islam, masih hidup tapi tidak mahu berjuang menegakkan
agama Allah, tidak mahu bersama dengan "JEMAAH ISLAM", tidak mahu
langsung terlibat dengan kerja-kerja menegakkan agama Islam.
3. Peringkat Yang Bahaya: Pada permulaannya bersama
dengan perjuangan Islam, selepas itu memalingkan diri dengan menyertai kumpulan
yang menjadi musuh
Apabila kita perhatikan manusia, kita akan
menemukan 4 model ini:
1. Orang yang taat dan hidupnya bahagia.
2. Orang yang taat tapi hidupnya susah.
3. Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia.
4. Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara.
2. Orang yang taat tapi hidupnya susah.
3. Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia.
4. Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara.
Bila anda berada pada
nombor satu, itu hal biasa, kerana Allah berfirman:
«مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ»
Barang siapa yang mengerjakan amal soleh,
baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan
Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri
balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka
kerjakan". (An Nahl: 97)
)
Bila anda berada pada
nombor 4, ini juga hal biasa. Kerana Allah mengatakan:
«وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى»
"Dan barang siapa yang berpaling dari
peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan
menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Thaha: 124
)
Adapun bila anda berada
pada nombor 2, ini barangkali ada dua kemungkinan:
- Boleh
jadi Allah mencintaimu dan Dia ingin menguji kesabaranmu, kemudian mengangkat
derajatmu. Seperti firman Allah:
«وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَ بَشِّرِ الصَّابِرِينَ »
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al Baqarah:
155) )
- Boleh jadi juga di
dalam ketaatan anda ada celah dan dosa yang tidak anda sedari hingga anda terus
menunda-nunda untuk bertaubat. Untuk itu Allah menguji anda supaya anda kembali
kepada-Nya. Allah berfirman:
«وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ»
"
Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka
sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di
akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)". (As Sajdah:
21))
Namun bila anda berada
pada nombor 3, berhati-hatilah! Kerana barangkali itu adalah istidraj.
Ini adalah posisi terjelek yang dihadapi oleh seorang manusia dan akibatnya sangat mengerikan. Azab dari Allah pasti datang jika anda tidak mengambil pelajaran dan taubat sebelum nasi berubah menjadi kerak.
Allah berfirman:
«فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ»
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang
telah diberikan kepada mereka, Kami-pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan
untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah
diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka
ketika itu mereka terdiam berputus asa". (Al An'am: 44))
Allah berfirman:
(وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين)
"
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman".
(Adz Dzariyat: 55))
Petikan ucapan TG Abdul
Hadi Awang, di perhimpunan ulama jamaah islami, lahore, pakistan
No comments:
Post a Comment