Saturday, October 15, 2016

ABDULLAH BIN SALAM

Riwayat Muslim:

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Salam, seorang ulamak Yahudi yang terkenal ditugaskan oleh kaumnya supaya berhujah dengan nabi SAW. Bila berhadapan dengan nabi SAW Abdullah bin Salam berkata, “Saya hendak tanya kamu tiga soalan. Jika kamu dapat menjawab ketiga-tiga soalan ini maka kamu adalah seorang rasul”

Sabda rasulullah SAW bermaksud, “Baharu sekejap Jibril memberitahu saya soalan-soalan itu” 

Kata Abdullah bin Salam, “Malaikat Jibril ini bermusuh dengan orang Yahudi. Orang Yahudi marah kerana malaikat Jibril menurunkan bala. Saya hendak tanya kamu tiga soalan. Pertama, apakah tanda yang pertama berlakunya kiamat ?. Kedua, apakah makanan utama ahli syurga ?. Ketiga, bagaimana Allah SWT menentukan anak itu lelaki atau perempuan ?”
Jawab rasulullah SAW, “Awal-awal tanda hari kiamat boleh berlaku bila-bila masa  ialah keluar api dari bumi di sebelah timur dan menghalau manusia berhimpun di suatu tempat.” Sebelum api ini ada hadis menyatakan bahawa ada api keluar di Madinah selepas beberapa ratus tahun nabi wafat. Mereka yang pergi ke Madinah boleh melihat batu menjadi seperti arang kerana di bakar oleh api yang keluar dari bumi.

“Soalan kedua, makanan utama bagi ahli syurga ialah hati ikan. Soalan ketiga, anak lelaki dan perempuan bergantung kepada mani. Kalau mani lelaki mengatasi mani perempuan maka anak lelaki dan kalau mani perempuan mengatasi mani lelaki maka anak perempuan” kata rasulullah SAW. 

Selepas mendengar jawapan itu Abdullah bin Salam terus mengucap dua kalimah syahadah, masuk Islam.

Saya hendak memberitahu rasulullah, “Orang Yahudi satu puak yang jahat, ingkar dan lawan nabi. Saya hendak sembunyi diri  dan bila mereka datang tanya mereka siapa dia Abdullah bin Salam”

Oleh kerana lama menunggu orang Yahudi yang memberi tugas kepada Abdullah bin Salam berhujah dengan nabi, datang dan bertanya, “mana  Abdullah bin Salam ?” 

Nabi bertanya mereka, “Siapa Abdullah bin Salam?”  

Mereka menjawab, “Orang baik, soleh dan sebaik-baik orang di kalangan kami” 

Di saat itu Abdullah bin Salam keluar dari tempat persembunyian lalu mengisytiharkan diri masuk Islam dan berkata, “Ini benar rasulullah, ada tanda nabi dan rasul” 

Mendengar kata-kata itu mereka terus berkata, “Inilah sejahat-jahat manusia”
Itulah sikap orang Yahudi, membuat u turn. Apabila masuk Islam jahat selalu. Pada hal yang masuk Islam itu ketua mereka. Sikap itu ada zaman kita ini.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment