Saturday, October 15, 2016

TIPS UNTUK MUSLIM YANG PRODUKTIF



1.  Tunaikan sembahyang fardu pada awal waktu. 

Tinggal sembahyang fardu dengan sengaja adalah dosa besar, kena qadar dan wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Ada ulama mengatakana tinggal sembahyang fardu dengan sengaja hukumnya kafir
.
2. Sembahyang berjemaah di masjid.
Berjemaah setiap waktu bukannya lebai Maghrib dan Isya sahaja. Mengikut hadis orang yang hatinya sentiasa bergantung kepada masjid mendapat perlindungan arasy di akhirat nanti.

3. Mengerjakan sembahyang sunat rawatib.
Sunat qabliah (awal) bagi sembahyang Subuh dan Asyar dan sunat qalbiah serta ba’diah (akhir) bagi sembahyang fardu lain.

Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi dari Ummi Habibah binti Abi Sufian (Isteri nabi) katanya, “Sabda Rasulullah SAW, sesiapa yang memelihara empat rakaat sembahyang sunat sebelum Zuhur dan empat rakaat sembahyang sunat selepasnya nescaya Allah mengharamkannya daripada masuk neraka”. 

Mengikut hadis riwayat Tarmizi katanya hadis hasan katanya, “Nabi sembahyang sunat sebelum Asyar empat rakaat dengan dua salam”. 

Sembahyang sunat empat rakaat boleh dibuat dengan satu salam tanpa tahyat awal tetapi lebih afdal dibuat empat rakaat dengan dua salam. 

Sembahyang sunat menolong menampung kekurangan dalam sembahyang fardu dan mengikut hadis jika ditunaikan sebanyak dua belas raka’at sehari diberi sebuah mahligai dalam syurga.

4. Sunat tahajjud. 

Hadis dari Aisyah berkata, “Nabi bila sembahyang malam mula dengan sembahyang dua rakaat ringan kemudian baharulah diikuti dengan sembahyang yang lebih panjang atau lama”

Dari Abi Hurairah RA katanya, “Selebih-lebih puasa selepas bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharam dan selebih-lebih sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang tahajjud”, Hadis riwayat Muslim. 

Sunat berpuasa di bulan Muharam terutama sekali pada 9 dan 10 Muharam kerana diharam berperang pada bulan ini. 

Dan sembahyang tahajjud lebih afdal daripada sembahyang sunat lain.

Mengikut hadis antara ganjaran diberikan oleh Allah kepada orang sembahyang tahajjud ialah sifat kemuliaan dan sebuah bilik yang lutsinar dalam syurga.

5. Sembahyang sunat Duha.

Waktu sembahyang sunat Dhuha ialah bila naik mata hari sekadar lima hasta sehingga 30 minit sebelum Zuhur.

6. Mengingati Allah



a. Mengingati Allah pagi dan petang
b. Mengingati Allah selepas sembahyang terutama sembahyang fardu. Ambil masa 5 minit untuk berwirid dan berdoa.
c. Mengingati Allah sebelum tidur – bermuhasabah, bertaubat dan beristighfar setiap malam sebelum tidur.

7. Membaca Quran sejam setiap hari.
Mengikut hadis membaca Quran mendapat sepuluh pahala setiap huruf. Tetapi jauh lebih besar pahalanya jika dibaca dan berusaha memahami setiap patah dan setiap ayat al-Quran.

8. Banyak berpuasa sunat dan menginfak ke jalan Allah.
Banyak puasa sunat sebagai contoh puasa Isnin dan Khamis. Puasa sunat boleh menampung kekurangan dalam puasa wajib. Sedekah kepada masjid diberi 10 pahala tetapi sedekah kepada fi sabilillah diberi ganjaran 70-700 pahala.

- ISMAIL MENK 

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment