Ibni Kathir menyebut bahawa hadis nabi Muhamad SAW
mengatakan “70 ribu orang umat Muhamad SAW dimasuk ke dalam syurga tanpa hisab.
50 ribu daripadanya adalah orang mati syahid.
Mereka yang mati syahid ini datang di Padang Mahsyar dengan
keadaan tubuh berlumuran darah. Warnanya adalah warna darah dan bau harum
kasturi.
Mereka berkata, “Wahai tuhan, kami telah dibunuh berdarah dengan begini rupa
kerana kami berjuang untuk menegakkan agama-Mu. Lalu Allah SWT masukkan mereka
ke dalam syurga dan mandi dalam sungai syurga untuk membersihkan tubuh mereka.
Keluar dari sungai darah hilang dan mereka menjadi bersih sebersih-bersihnya.
Itu adalah ganjaran diberi oleh Allah kepada mereka yang
mati syahid pada hari kiamat kelak.
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment