Tuesday, December 13, 2016

TILIK NASIB



Banyak cara menilik atau menenun nasib. Antaranya ialah melihat nasib melalaui tarikh lahir, melihat urat tapak tangan, ada yang tengak muka dan seumpamanya.

Bagaimana kedudukan tenun nasib dalam Islam?

“Tiada siapa yang tahu perkara ghaib melainkan Allah.”

Dalam hadis nabi melarang para sahabat:

“Jangan pergi bertemu dengan orang memberitahu nasib, menenun nasib atau ahli nujum.”

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim:

“Siapa yang datang berjumpa dengan orang menenun nasib: mungkin dia baca dalam tulisan, dengar dalam telefon, atau pergi berdepan dan bertanya sahaja maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.”

Ini adalah satu hukuman yang berat.

Dalam hadis lain riwayat Abu Daud ditambah:

“Barang siapa yang pergi jumpa dan bertanya dan percaya maka dia telah melakukan perkara yang membawa kepada kekufuran.”

Kata ulamak ini adalah amalan kufur yang sangat besar dosanya. 

Ada orang kata apa yang dikatakan oleh tukang tilik nasib betul sungguh.

Mengikut hadis betul itu secara kebetulan sahaja. Jadi betul pun bohong

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment