Wednesday, January 18, 2017

BILA ALLAH TIDAK KEHENDAKI



Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki
kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari
pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan
kita tinggalkan. 

Sekiranya kita mampu bertanya
pada orang-orang yang telah pergi terlebih
dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka
diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah
semestinya mereka memilih tidak lagi akan
bertarung bermati-matian untuk merebut
dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk
menyembah Allah dan beribadat kepada Allah
SWT.
Sebenarnya apa yang kita dapat dari
habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang
lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat,
harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat
ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita.
Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat
orang lain bangun di sepertiga malam untuk
solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta
baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang
lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan
dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan
harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk
hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah
lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita
akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan
ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan
kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu
benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar,
mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu
benar.

No comments:

Post a Comment