Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan
SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan
apa jua kerja.
1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan
Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada
Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.
2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun
untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut
doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada-Nya.
3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin
saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar
segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.
4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa
saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.
5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya
istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya
benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.
6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya
menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.
7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya
memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab.
Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar
sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah
sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya
Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang
menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya
Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah,
ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untuk-Mu ya Allah.”
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untuk-Mu ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagi-Mu ya Allah, dan
aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan
orang yang berserah diri.
8. Kemudian, saya terus memuji-Nya dalam
Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi
denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang
kita komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan
syaitan yang terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha
Pemurah dan Penyayang ya Allah”
.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara
segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah
raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.
Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan
kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan
kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini
bergetar)
Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan
mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai
dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”
ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai
Al-Fatihah.
9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita
fahami.
10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah
sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.
11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya
adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah
Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.
” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya
Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan
benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.
12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam
setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan
Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak
ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali.
Allah.
.
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan
pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah
pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.
13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika
sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha Suci-Mu Tuhan yang Maha Tinggi ya
Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar
benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran pada-Nya.
itu dari hati kita dalam kesedaran pada-Nya.
14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan
mengharap pada-Nya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi
mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripada-Nya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat
darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji.
Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk
hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud
seterusnya pasti akan
lebih berserah kita pada-Nya.
lebih berserah kita pada-Nya.
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah
sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak
pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat
solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.
Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang
dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat…
barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.
No comments:
Post a Comment