"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua
cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah
berdusta" — Imam As-Syafie
"Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini
kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan
membelinya." (Imam Syafi'e)
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka
kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie)
Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam
kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii)
Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di
kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang. (Imam
Syafii)
Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan
tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam Syafií)
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah.
Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie)
Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah,
hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie)
"Pentingnya menyebarkan ilmu agama. (Imam
syafie)
Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk." (Imam syafie)
"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang
tepat mengenai sasaran." (Imam syafie)
"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada
tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." (Imam as
Syafie)
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut
makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. (Imam syafie)
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi
manfaat.” — (Imam syafie)
Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada
dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan (Imam
syafie)
Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia
benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia
sebenarnya menghinamu'' (Imam syafie)
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
(Imam syafie)
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
(Imam syafie)
"Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku,
tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih
besar." - (Imam syafie)
"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat
apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit" - (Imam syafie)
Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan
kematian di pelupuk matamu.
(Imam syafie)
(Imam syafie)
Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira
keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri -
Imam Syafi'e
Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku
akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu. -
Imam Syafie
No comments:
Post a Comment