Orang beriman ialah orang yang memelihara dirinya daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh membatalkan imannya.
Mereka yang telah beriman ini berdoa kepada Allah mengaku
telah beriman:
“Farfirlana zunu bana -
(maka ampunilah dosa-dosa kami sama ada dosa kecil atau dosa besar),
wakina azaabannar – (dan peliharalah kami daripada azab neraka)”
Doa ini diajar oleh Allah dalam Quran. Tuhan ajar dalam
Quran supaya minta pelihara daripada api neraka. Nabi pun berdoa dengan doa
ini.
Ada orang mengajI ilmu tasawuf terlalu tinggi sehingga api
neraka pun tidak takut. Mereka berkata api neraka adalah makhluk. Kita tidak
perlu takut kepada makhluk dan takut kepada api neraka boleh menjatuhkan
martabat.
Tasawuf ini bercanggah dengan Quran. Ayat Quran mengatakan:
Fattakullah
(takut akan Allah)
Fattakunnar
(taku kepada neraka)
Kita tolak tasawuf yang semacam ini, kerana mana-mana ilmu
yang bercanggah dengan Quran dan hadis hendaklah ditolak kerana tetap sesat.
Tuhan suruh takut kepada api neraka. Orang yang tinggi
murtabatnya api neraka kecil sahaja berbanding
dengan Allah. Bererti takut kepada Allah lebih besar daripada takut
kepada api neraka. Ini tidak mengapa, tetapi neraka kena takut juga.
Memanglah takut kepada Allah lebih besar daripada yang
lain-lain, lebih besar daripada api neraka, lebih besar daripada siksa kubur
dll.
Ya Allah peliharalah hamba mu ini daripada azab api neraka
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment