Towaf mengelilingi Ka’abah menjadi sasaran hinaan oleh sebahagian pihak bukan Islam. Mereka berkata , “Orang Islm hina kita menyembah patung. Mereka apa kurangnya menyembah Ka’abah. Ka’abah itu batu dan di dalamnya ada patung besar, sebab itu Ka’abah ditutup dengan kain”
Kita orang Islam tidak menyembah Ka’abah, kita cuma mengadap
sahaja dan supaya sembahyang ada peraturan.
Apakah dalilnya kita tidak menyembah Ka’abah ?.
Dalilnya ialah kalau Ka’abah dipindah ke Kuala Lumpur sekali
pun, kita tetap mengadap Mekah bukannya Kuala Lumpur.
Di zaman jahiliah memang banyak patung di Mekah. Dalam
Ka’abah pun ada patung besar. Semua patung itu dimusnahkan apabila nabi menawan
Mekah.
Allah SWT yang menyuruh kita mengadap Ka’abah bukan
pandai-pandai nabi Muhamad SAW.
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment