Friday, October 14, 2016

HADIS - ALLAH SWT MAHA KESIHAN DAN MAHA LIMPAH RAHMAT-NYA KEPADA ORANG BERIMAN.



Dalam satu peristiwa peperangan  orang-orang tawanan termasuklah orang perempuan dengan anak yang masih lagi menyusu. Oleh kerana huru-hara peperangan anak itu terpisah dengan ibunya. Apabila melihat anaknya didukung oleh orang, ibu itu ikut, ikut sambil berkata “beri anak aku”. 

Keadaan itu dilihat oleh rasulullah SAW lalu berkata “Beri anak itu kepada ibunya”
Setelah diberi ibu itu mendakap anaknya lalu memberi susu. 

Nabi berkata kepada para sahabat “Sanggupkah ibu itu mencampak anaknya ke dalam api?” 

Sahabat menjawab “Tidak ya rasulullah, ibu sayang kepada anaknya” 

Nabi berkata “Ibu sayang kepada anak, tetapi tuhanmu sayang kepada kamu lebih daripada ibu sayang kepada anaknya”.

Dalam satu hadis kursi, Allah SWT membahagi rahmat-Nya kepada 100. Satu diberi kepada hamba-Nya di dunia dan 99 lagi disimpan di sisi-Nya. Yang satu inilah menyebabkan ibu sayang kepada anaknya.

Allah SWT amat sayang kepada hamba-Nya yang beriman. Malangnya hamba-Nya tidak sayang kepada diri mereka sendiri, lawan perintah Allah, lawan mereka yang hendak menegakkan hukum Allah.

Kita hendaklah sentiasa basahi lidah kita dengan istighfa dan berdoa kepada Allah agar diberi rahmat-Nya.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment