Pada satu musim haji Saidina Omar sedang towaf berjumpa
seorang badwi yang sedang berdoa di hadapan multazam dengan doa “Ya Allah yang
tuhanku jadikan aku daripada yang sedikit, ya Allah yang tuhanku jadikan aku
daripada yang sedikit, ya Allah yang tuhanku jadikan aku daripada yang sedikit”
Itu sahaja doanya.
Saidina Omar berkata kepada badwi itu “Fasal apa kamu ini
pelik sangat berdoa. Orang minta banyak kamu minta sedikit, kenapa?”
Dia kenal
Saidina Omar dan berkata “Wahai Amiril Mukminin, tidakkah kamu dengar Allah
menyebut dalam al-Quran bahawa sedikit sahaja daripada kalangan hambaku yang
bersyukur”
Saidina Omar berkata, “Mu lebih tahu daripada aku. Nampaknya
semua orang lebih alim daripada Umar termasuklah orang badwi ini”
Peristiwa itu memberi pengajaran kepada kita bahawa sedikit
sahaja daripada kalangan kita yang bersyukur.
Oleh yang demikian hendaklah kita
sentiasa ingat kepada Allah semasa kita senang dan semasa kita susah baharulah
doa kita diperkenanakan oleh Allah SWT.
Semoga kita termasuk kalangan orang yang bersyukur dengan
nikmat Allah.
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment