Friday, October 14, 2016

SEDIKIT SAHAJA HAMBA-KU YANG BERSYUKUR



Allah SWT berfirman “Bersyukurlah kepada Aku, jangan kamu kufur akan nikmat Aku”  Hanya sedikit sahaja di kalangan hamba-hamba-Ku yang bersyukur. Kebanyakan kufur dengan nikmat-Ku.

Disebut dalam hadis,  nabi Muhamad SAW menceritakan bagaimana berlaku di kalangan umat zaman dahulu. Allah mengutus malaikat supaya menguji tiga orang hambanya.

1. Seorang kepala botak.

 Orang itu menjawab “Memang hendak, saya malu orang gelar saya botak, botak” Malaikat menyapu kepala orang itu, rambut tumbuh, hilang botak dan kelihatan cantik.
Malaikat bertanya “Binatang apa yang kamu suka”  

Orang itu menjawab “Unta”. 

Malaikat memberi sepasang unta dan berlalu dari situ.

2. Seorang kulit balor.  

Malaikat ketika menemuinya berkata “Kamu ini balor, kulit kamu balor dan tidak cantik. Aku boleh berubat supaya hilang penyakit balor kamu” 

Orang itu berkata “Silalah berubat, aku hendaklah kulit aku cantik” 

Malaikat berdoa kepada Allah dan hilanglah penyakit balornya. Malaikat bertanya “ Binatang apa yang kamu hendak, aku akan beri” 

Orang itu menjawab “Hendak lembu sepasang” 

Malaikat beredar dari situ setelah memberi sepasang lembu kepadanya.

3. Seorang buta . 

Dengan orang buta malaikat bertanya “Apa yang kamu suka?” 

Jawab orang itu “Aku hendak mata aku celik supaya dapat melihat dunia ini” 

Malaikat berdoa kepada Allah dan matanya serta merta celik. Malaikat bertanya kepadanya “Apa binatang yang kamu hendak?” 

Orang itu menjawab “Aku hendak kambing sudahlah sepasang” 

Malaikat memberi sepasang kambing kepadanya dan beredar.

Selang beberapa tahun ketiga-tiga orang itu menjadi kaya raya dan senang lenang. Allah mengutuskan malaikat yang sama untuk menemui dan menguji keimanan mereka.

Mula-mula malaikat berjumpa dengan orang pertama yang botak dan berkata “Kamu ini kaya raya, unta banyak. Aku ini orang musafir, boleh aku minta unta kamu seekor ” 

Orang itu menjawab “Tidak boleh. Aku kaya macam ini daripada dahulu lagi dan unta aku banyak macam inilah juga” 

Malaikat berkata lagi “Kamu dulu botak, jangan bohong. Kalau bohong kamu akan jadi botak semula dan unta kamu mati habis” 

Orang itu menjawab “Aku tidak botak, kepala aku cantik macam ini semenjak dahulu lagi”
Malaikat berkata “Kamu bohong”  Kepalanya menjadi botak semula dan untanya habis mati.

Malaikat pergi berjumpa dengan orang yang berpenyakit balor dan berkata “Kamu ada banyak lembu, boleh aku minta seekor” 

Orang itu menjawab “Tidak boleh. Aku banyak hendak guna lembu ini”

Malaikat berkata “Dulu kulitmu balor, sekarang kulitmu cantik akulah yang berubat, kamu lupa ke” 

Orang itu berkata “Tidak, kulit aku cantik macam inilah daripada dahulu lagi”

Malaikat berkata “Kamu bohong” Akibatny kulit orang itu menjadi balor semula dan lembunya semuanya mati.

Malaikat berjumpa pula dengan orang ketiga yang dahulu buta matanya berkata “Banyak kambing kamu, boleh aku minta seekor” 

Orang itu menjawab “Ambil, ambillah banyak mana pun. Pilih yang mana kamu hendak” 

Malaikat berkata kamu ini bagus, bersyukur dengan nikmat Allah.

Itu cerita benar yang dicerita oleh nabi Muhamad SAW. Daripada hadis itu cuma seorang sahaja yang bersyukur. Dua orang lagi tidak bersyukur dengan nikmat Allah.

Orang bersabar ramai bila ditimpa musibah, yang bersyukur dengan nikmat Allah tidak ramai. Lupa daratan bila diberi kekayaan dan kesenangan.

Nabi berdoa “Ya Allah ya tuhanku jadikanlah aku orang yang bersyukur, ya Allah ya tuhanku jadikanlah aku orang yang bersabar, ya Allah ya tuhanku jadikanlah aku pada pandangan diri aku kecil dan pada pandangan orang lain besar” Jangan berasa diri kita ini besar.
Marilah kita berdoa kepada Allah semoga kita termasuk golongan yang bersyukur dengan nikmat Allah.

 -  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment