Allah SWT berfirman “Sebutlah aku nescaya aku sebut kamu” Sebutlah nama Allah SWT bila-bila masa sahaja.
Bila hendak makan baca bismillah, zikir subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar,
lailahaillallah.
Masa duduk saja-saja sebut nama Allah, masa berjalan dan masa
memandu, atas motor laut, atas kapal terbang dan sebagainya sebut nama Allah.
Disebut dalam hadis kudsi “Barang siapa sebut Aku dalam diri
dia, dalam hati dia atau dia seorang diri sahaja Allah SWT kata Aku sebut dia
di sisi Aku.
Barang siapa yang sebut Aku di khalayak ramai nescaya aku sebut di
khalayak ramai yang lebih baik daripada itu”
Di sinilah apabila kita beramai-ramai kita sebut nama Allah
sama ada perlahan atau kuat.
Duduk di pasar tempat orang ramai di samping
berjual beli kita sebut nama Allah.
Termasuklah ketika kita berceramah kita
menyebut nama Allah “Allahu Akbar”.
Disamping mengingatkan diri kita, sebutan
nama Allah menakutkan musuh-musuh Allah dan menggerunkan musuh-musuh Allah.
Oleh sebab itulah mereka marah bila kita takbir. Lagi dia marah lagi kita dapat
pahala kerana kita diberi pahala dengan sebab dimarah oleh musuh-musuh Islam.
- KULIAH TAFSIR YT.
No comments:
Post a Comment