Friday, October 14, 2016

ZIKIR PENDEK PAHALA BESAR


Ali ialah anak angkat nabi dan sepupu nabi. Dalam waktu yang sama Ali juga menantu nabi. Fatimahtu Zahrah puteri kesayangan nabi berkahwin dengan Ali.

Dalam hadis ini Ali menceritakan bahawa nabi berpesan kepada Ali dan anaknya bila hendak tidur jangan tinggal baca:

Tasbih – Subhanallah 33 kali

Tahmid – Alhamdulillah 33 kali

Takbir – Allah Huakbar 33 kali dan diakhiri dengan Allah Huakbar kabira ….

Hadis ini merupakan sunah nabi, ajaran nabi kepada anak dan menantunya supaya jangan tinggal zikir ini kerana zikir ini sangat besar pahalanya sehingga memenuhi langit dan bumi, menghilangkan dosa kecil laksana pasir yang melata di dunia dan menjadi tanaman di syurga sebagaimana pesanan nabi Ibrahim AS.

Oleh kerana besar fadilatnya jangan tinggal membacanya baik lepas sembahyang mahu pun hendak tidur. 

Zikir pendek pahalanya besar dan hendaklah baca berkekalan.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment