Friday, October 14, 2016

MANUSIA SUKA DAN MENANGIS.



Allah menjadikan manusia suka atau ketawa dan menangis. Tuhan yang menjadikan seseorang itu ketawa bila gembira dan menangis bila sedih. Ini menunjukkan bahawa ketawa dan menangis adalah kejadian Allah SWT kepada manusia.

Mengikut ulama Islam yang mengkaji mengenai haiwan manusia sahaja boleh ketawa dan menangis, tidak berlaku kepada malaikat dan binatang. 

Mengikut ulama beruk dan monyet boleh suka dan tidak boleh menangis, kuda boleh menangis dan tidak boleh suka. Hanya manusia sahaja yang boleh kedua-dua sekali, suka dan menangis. Ini adalah ketentuan Allah.

Tidak menjadi kesalahan menangis dan bergelak ketawa atau berlawak jenaka asalkan jangan melampau dan tidak melalaikan. Saidina Umar ditanya sama ada para sahabat gelak ketawa. 

Saidina Omar menjawab “Ya, mereka bergelak ketawa tetapi iman demi Allah di dalam hati mereka lebih teguh daripada bukit-bukau dan gunung-ganang”

Setengah ulama berkata Allah SWT menjadi ahli-ahli syurga bergembira sehingga bergelak-ketawa dan ahli-ahli  neraka siksa dalam neraka sehingga menangis.

Suka bila gembira dan menangis bila sedih adalah ciptaan Allah kepada manusia.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment