Puasa 9 Zulhijjah pahalanya teramat besar. Ini adalah
tawaran mega daripada Allah SWT.
Mengikut hadis Riwayat Muslim, puasa sehari diampun dosa
setahun sebelumnya dan setahun selepasnya. Kalau tidak ada dosa Allah beri
pahala.
Perlu diingatkan bahawa dosa itu adalah dosa kecil berkait
dengan Allah. Dosa berkait dengan manusia kena minta maaf dengan manusia dan
dosa besar dikehendaki bertaubat dengan taubat nasuha.
Ramai ulamak berpendapat sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah, tidak
kena mengena dengan hari Arafah. Hari Arafah kalau tidak ada Haji maka tidak
adalah hari Arafah.
Disebut dalam hadis, nabi berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah. Hari
9 Zulhijjah di Malaysia berbeza dengan Mekah. Ikut Malaysia lebih mudah.
Beramal ibadat dalam tempuh 1-10 Zulhijjah pahalanya sama
dengan bulan Ramadan, bahkan ada ulamak mengataka untuk siang hari lebih baik
daripada bulan Ramadan.
Dengan berpuasa 9 Zulhijjah boleh menambah pahala. Hanya
pahalalah boleh menolong kita di akhirat nanti.
- KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment