Friday, October 14, 2016

PULANG BALIK CUKAI (JIZIAH)



Abu Ubaidah yang dilantik menjadi governor dan menjadi panglima perang mengambil tindakan memulang balik cukai yang diambil daripada orang Kristian.

Mengikut syarat bayaran jiziah, bila mengambil jiziah daripada orang kafir, kerajaan Islam wajib menjaga keamanan, wajib menjaga keselamatan mereka.

Oleh kerana ketika itu tentera Islam sibuk berhadapan dengan tentera Rom, kuasa besar dunia, dan tenteranya terlalu besar, Abu Ubaidah berpendapat kabilah Arab dan kerajaan Islam tidak mampu menjaga keamanan dan keselamatan orang-orang Kristian. Jadi cukai yang diambil mesti dipulang balik.

Orang Kristian itu berasa hairan, biasanya cukai dinaikkan, ini bayar balik. Mereka berkata, “Walaupun kami orang-orang Kristian yang seagama dengan orang Rom, kami lebih rela berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam”

Ini menunjukkan orang Islam menjaga amanah, wajib menjaga amanah lebih-lebih lagi kepada orang bukan Islam. Berlainan dengan orang Yahudi. Bagi orang Yahudi amanah hanya sesama bangsa Yahudi sahaja, dengan bangsa lain tidak perlu amanah.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment