Friday, October 14, 2016

HADIS MENGENAI KUBUR.



عنْ أَبِي سَعِيدٍ قالَ: "دَخَلَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم مُصَلاّهُ فَرَأَى نَاساً كَأَنْهُمْ يَكْتَشِرُونَ، قَالَ: أَمَا إِنّكُمْ لَوْ أَكْثَرْتُمْ ذِكْرَ هَاذِمٍ الّلذَاتِ لشَغَلَكُمْ عَمّا أَرَى، فَأَكْثِرُوا من ذِكْرِ هَاذِمِ اللذَاتِ المَوْتِ، فَإِنّهُ لَمْ يَأْتِ عَلَى الْقَبْرِ يَوْمٌ إِلاّ تَكَلّمَ فيَقُولُ: أَنَا بَيْتُ الغُرْبَةِ، أَنَا بَيْتُ الوَحْدَةِ أَنَا بَيْتُ التّرَابِ وَأَنَا بَيْتُ الدُودِ، فَإِذَا دُفِنَ العَبْدُ المُؤْمِنُ قَالَ لَهُ القَبْرُ مَرْحَباً وَأَهْلاً، أَمَا إِنْ كُنْتَ لأَحَبّ مَنْ يَمْشِي عَلَى ظَهْرِي إِلَيّ فَإِذْ وَلِيْتُكَ اليَومَ وَصِرْتَ إِلَيّ فَسَتَرَى صَنِيْعِي بِكَ، فَيَتّسِعُ لَهُ مَدّ بَصَرِهِ وَيُفْتَحُ لَهُ بَابٌ إِلَى الْجَنّةِ.

Dari Abu Said r.a katanya " Rasulullah saw masuk ke tempat sembahyangnya, lalu Ia melihat beberapa orang yang bercakap. Rasulullah saw pun menegur mereka dengan bersabda, ketahuilah sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut yang memusnah dan menghilangkan segala kelazatan tentulah menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini. 

Maka hendaklah kamu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru akulah rumah dagang, akulah rumah sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat, maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan berkatalah kubur kepadanya ; selamat datang dipersilakan dengan hormatnya. 

Ketahuilah bahawa engkau adalah  sekasih-kasih orang yang berjalan di atasku. Oleh itu apabila engkau diserahkan kepadaku dan terpulang kepadaku pada hari ini. Maka engkau akan melihat layananku kepadamu. 

Kubur itupun menjadi lapang seluas mata memandang dan dibuka untuknya satu pintu ke syurga.
                                        
وَإِذَا دُفِنَ الْعَبْدُ الْفَاجِرُ أَوِ الْكَافِرُ قَالَ لَهُ الْقَبْرُ لاَ      مَرْحَباً وَلاَ أَهْلاً أَمَا إِنْ كُنْتَ لأَبْغَضَ مَنْ يَمْشِى عَلَى    ظَهْرِى إِلَىَّ فَإِذْ وُلِّيتُكَ الْيَوْمَ وَصِرْتَ إِلَىَّ فَسَتَرَى صَنِيعِى بِكَ. قَالَ فَيَلْتَئِمُ عَلَيْهِ حَتَّى تَلْتَقِىَ عَلَيْهِ وَتَخْتَلِفَ أَضْلاَعُهُ. قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِأَصَابِعِهِ فَأَدْخَلَ بَعْضَهَا فِى جَوْفِ بَعْضٍ قَالَ :وَيُقَيِّضُ اللَّهُ لَهُ سَبْعِينَ تِنِّيناً لَوْ أَنَّ وَاحِداً مِنْهَا نَفَخَ فِي الأَرْضِ مَا أَنْبَتَتْ شَيْئاً مَا بَقِيَتِ الدُّنْيَا فَيَنْهَشْنَهُ وَيَخْدِشْنَهُ حَتَّى يُفْضَى بِهِ إِلَى الْحِسَابِ .قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :إِنَّمَا الْقَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَر   رواه الترمذي 
والبيهقي
Adapun jika seorang hamba yang keji atau kafir dikebumikan, berkatalah kubur itukepadanya:  “La marhaban wa la ahlan! Ingatlah, kau adalah orang yang paling ku benci yang berjalan di atasku. Sekarang aku diberi kuasa untuk menanganimu, 

dan kau telah kembali kepangkuanku maka akan kau lihat apa yang akan kuperbuat kepadamu.”Maka disempitkanlah kubur baginya hingga menghimpitnya dan membuat tidak karuan tulang-tulang rusuknya. Rasulullah saw menceritakan hal itu seraya memasukkan jari-jarinya ke celah-celah di antara jari-jari lainnya, lalu bersabda, 

“Lalu Allah mendatangkan baginya tujuh puluh ular besar yang apabila satu ekor saja dari ular-ular naga itu meniupkan nafas di bumi, niscaya takkan ada sesuatu pun yang tumbuh di bumi selama bumi itu ada. Lalu ular-ular besar itu menggigit dan mematuknya sampai hari penghisaban.”

Rasulullah saw juga mengatakan, “Sesungguhnya kubur itu merupakan salah satu taman di antara taman-taman surga atau salah satu lubang di antara  lubang-lubang neraka.” (HR. at-Tirmidzi

No comments:

Post a Comment