Saturday, October 15, 2016

BAKHIL ILMU


Ibni Abas berkata bakhil bukan sahaja berkait dengan harta tetapi juga ilmu. Orang ada ilmu tetapi tidak menyampaikan ilmunya kepada orang ramai.

Disebut dalam suatu ayat, orang yang ada ilmu tetapi tidak menyampaikan ilmunya disimpul mulutnya dengan api neraka pada hari kiamat. Antara mereka yang menyembunyikan ilmunya ialah ahli kitab iaitu ulama Yahudi.  

Almaghdu bi’alaihim dalam surah al-Fatihah merujuk kepada ulama Yahudi yang dimurkai Allah. Mereka mengetahui kedatangan nabi Muhamad SAW tetapi tidak menyampaikan kepada pengikut-pengikutnya kerana mengejar kedudukan dan pengaruh dalam kehidupan dunia. 

Begitu juga ulama jahat yang dikenali dengan ulama sut di kalangan umat Muhamad SAW.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment