Saturday, October 15, 2016

NABI MUSA DITUDUH BURU’


Orang bani Israil mengetahui bahawa nabi Musa dilantik menjadi rasul secara menakjubkan. Pada masa bayi ibunya meletak nabi Musa dalam tempat bakar roti untuk mengelak daripada dibunuh oleh tentera Firaun. Allah mewahyukan kepada ibunya supaya meletak nabi Musa dalam tong untuk dihanyutkan dalam sungai. Tong itu melekat di dahan kayu di pengkalan istana Firaun. Nabi Musa dibawa ke Istana Firaun dan dibesarkan di istana Firaun dengan susuan ibunya sendiri. 

Setelah dilantik menjadi rasul Allah memberi mukjizat tongkat kepadanya untuk berhadapan dengan Firaun, kerajaan besar zaman itu. Tongkat nabi musa apabila dilempar menjadi ular dan laut terbelah menjadi dua belas lorong apabila dihunus tongkatnya.
Namun begitu bani Israil tidak mengikut ajarannya , menyakitinya dan menghina tubuh badannya.

Mengikut hadis apabila hendak mandi sungai nabi Musa mengasingkan dirinya daripada orang ramai. Nabi Musa pergi jauh daripada orang kerana tidak mahu auratnya dilihat orang. Nabi Musa mandi telanjang kerana zaman itu susah mendapat kain dan meletakkan kainnya di atas batu.

Bani Israil kata Musa mengasingkan diri kerana dia buru’. Dia bergelar nabi Musa, mereka menghina nabinya sendiri. 

Suatu hari Allah hendak buktikan nabi Musa tidak buru’. Nabi musa mandi terlanjang, meletakkan kainnya atas batu. Sudah mandi nabi Musa pergi ambil kainnya tiba-tiba batu melompat, nabi Musa kejar, kejar, kejar sambil berkata baju aku itu akhirnya bani Israil melihat nabi Musa tidak buru’

Allah maha berkuasa untuk membuat apa sahaja bagi menutup keaipan hamba-hambanya khususnya nabi Musa.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment