Qarun ialah orang bani Israil,
waris nabi Musa dan ulamak mengatakan beliau pandai membaca kitab Taurah. Qarun
bukan sahaja tidak menyokong bahkan melawan nabi Musa dan menjadi jutawan
kerana mendapat banyak projek daripada Firaun. Allah menyatakan dalam al-Quran betapa
banyaknya harta Qarun sehingga anak kunci gudangnya terpaksa dipikul oleh beberapa
orang yang gagah perkasa.
Pada suatu hari Qarun bersama
kroninya yang menyokong Firaun membuat perancangan untuk memfitnah nabi Musa. Mereka
upah seorang pelacur supaya mengisytiharkan diri di hadapan orang ramai dalam
satu majlis bahawa beliau telah berzina dengan nabi Musa. Nabi Musa dipanggil
hadir dalam majlis itu.
Ketika hendak membuat
perisytiharan dalam majlis yang dihadiri oleh nabi Musa, Allah palingkan lidah
pelacur itu dan berkata bahawa nabi Musa tidak pernah berzina dengannya dan
beliau diupah oleh Qarun untuk mengatakan Nabi Musa telah berzina dengannya. Rancangan
mereka digagalkan oleh Allah SWT.
Mereka merancang, Allah juga
merancang dan perancangan Allah sebaik-baik perancangan.
-
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment