Saturday, October 15, 2016

PATUNG LEMBU



Musa Samiri dilahirkan sezaman dengan nabi Musa. Beliau disembunyikan oleh ibu-bapanya di dalam sebuah gua untuk menghindar daripada dibunuh oleh tentera Firaun. Setiap kali memberi makan-minum kepada Samiri, Jibril datang dengan merupakan diri sebagai seorang lelaki cantik dengan menunggang kuda. Samiri mengambil tanah bekas tapak kaki kuda Jibril dan menyimpannya.

Menjadi hikmat Allah SWT Musa dipelihara oleh Firaun menjadi rasul dan Musa dipelihara Malaikat menjadi kafir. 

Semasa nabi Musa bermunajat di Bukit Tursina, banyak emas diambil daripada peninggalan Firaun dijadikan patung lembu. Musa Samiri mengeluarkan tanah bekas tapak kaki kuda Jibril dan meletakkan pada patung lembu emas. Dengan izin Allah patung itu berdebah. “Inilah tuhan kita” , kata mereka. Semua menyembah patung lembu emas itu.

Balik daripada munajat melihat kaumnya menyembah lembu nabi Musa marah lalu menerkam nabi Harun,  memegang kepala dan janggutnya sambil berkata, “Mengapa kamu biarkan mereka sesat masa aku munajat kepada Allah selama empat puluh hari?” 
Nabi Harun berkata, “Aku telah menasihat mereka, mereka degil dan tidak takut kepada aku.” 

Memang bani Israil tidak takut kepada nabi Harun. Mereka hanya takut kepada nabi Musa.
Nabi Musa berdoa kepada Allah dan mereka dihukum bertaubat dengan cara bunuh-membunuh sesama sendiri. Allah gelapkan hari itu atas permintaan mereka dan bunuh-membunuh berlaku antara mereka. Akibatnya ribuan mereka mati.

Itulah hukuman Allah dan taubat mereka diterima. Dosa mereka yang mati dan yang masih hidup diampunkan oleh Allah SWT.

-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment